Rabu, 25 November 2009
Habis manis sepah bersepah
Jika benarlah seperti yang dihebohkan menegenai insuran kereta lama...nyatalah ketidak patutan dan ketidak perihatinan kerajaan kepada golongan kurang berada. Sebelumnya kita dikejutkan dengan syarat mewajibkan kenderaan lama diperiksa di Puspakom sebelum membaharui cukai jalan. Perkara sebegini benar-benar menekan rakyat.
Adakah patut::
1.kini premium insurans kereta lama pula ditingkatkan secara mendadak.
2 Pemilik kereta lama yang berusia 15 -20 tahun ke atas tidak lagi dibenarkan mengambil insurans pihak ketiga (third party)
3 Oleh kerana bertukar dari insuran pihak ketiga kepada insuran pihak pertama (first party), tiada sebarang diskaun tanpa tuntutan (No Claim Discount) seperti kelaziman bila kita memperbaharui insurans. Ini bermakna mereka perlu membayar premium yang lebih tinggi.
4 minimum harga yang perlu dinsuranskan ialah RM 10 ribu, biar pun kereta tersebut mungkin berharga RM 5 ribu sahaja di pasaran. Secara keseluruhan, kos untuk memperbaharui insurans kereta lama yang berusia 15 tahun ke atas telah meningkat sehingga 200%.
Memandangkan kerajaan masih gagal melaksanakan pengangkutan awam yang cekap, maka kereta masih merupakan satu kemestian dan keperluan kepada setiap keluarga termasuk di kalangan mereka berpendapatan sederhana dan rendah.
Sebarang dasar yang membabitkan industri permotoran harus mendahulukan rakyat berbanding konglomerat industri permotoran.

Langgan:
Catatan (Atom)