Isnin, 17 Mei 2010
Ibrahim tokoh pendidikan
SELAMAT HARI GURU
MUHYIDDIN menyampaikan replika cek RM10,000 kepada Dr Ibrahim
sambil diperhati Alimuddin dan Pengarah Pelajaran Negeri Pahang,
Datuk Abdul Aziz Abdul Latif di Kuantan, semalam.
Bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Prof Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid, 66, dipilih Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2010 sempena sambutan Hari Guru 2010 peringkat Kebangsaan Ke-39, semalam.
Empat penerima Anugerah Tokoh Guru 2010 pula ialah bekas guru, Awang Mohamad, 59, dari Kelantan; Encharang Agas, 66, dari Sarawak; Ainun Jamilah Mohd Ali, 62, dari Terengganu dan Datuk Chuang Keng Kung, 72, dari Pulau Pinang.Mereka menerima wang tunai RM10,000, piala dan pingat disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran pada majlis dihadiri lebih 5,000 pengetua, guru dan pegawai perkhidmatan pendidikan di Kompleks Sukan, Universiti Malaysia Pahang (UMP), di sini.
Kus semangat..nasib baik bukan Ibrahim Ali Pekasam..
nyaris berhenti denyut nadi...

SIBU: SPR oh SPR
Pakatan Rakyat/DAP membenamkan keangkuhan BN-APCO dengan kemenangan tipis.
Majoriti 398 undi?
Ada sesuatu yang pelik
Menurut sumber undi dikira semula tanpa ada permintaan dari mana-mana pihak.
DAP menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sibu dengan majoriti 398 undi apabila calonnya, Wong Ho Leng menerima 18,845 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew dengan 18,447 undi dan calon Bebas, Narawi Haron 232 undi.
Hakikatnya sejarah undi pos adalah kepunyaan BN...
kenapa pengiraan undi pos memakan masa lama.?
kenapa borang 15 lambat dikeluarkan.?
Kelihatannya seperti ada yang tak kena...bila agaknya hendak berlaku adil..
Rakyat sentiasa tertipu.
Seramai 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis telah membuang undi secara pos pada hari Khamis dan Jumaat lepas.
Bagaimanapun Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke yang berada di Pusat Undi Pos Sibu siang tadi membuat kenyataan membantah ketelusan proses undi Pos itu .
Beliau mendakwa jumlah pemilih yang mengundi melalui pos telah melebihi bilangan pengundi pos yang berdaftar untuk P212 Sibu.
SPR sebelum ini mengumumkan tidak sampai enam puluh peratus daripada 52,158 pengundi dalam pilihanraya kecil p212 Sibu keluar mengundi hari ini.
Keadaan di pusat pengiraan undi pilihanraya kecil p212 sibu di Dewan Sivik Sibu kecoh apabila Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) masih belum mahu membuat pengumuman walaupun jumlah semua peti undi sudah siap dikira.
Tiada alasan diberikan oleh Suruhanjaya berkenaan meskipun pemimpin Pakatan Rakyat mendesak supaya badan itu segera berbuat demikian.
Beberapa pemimpin DAP, termasuk Penasihat parti itu, Lim Kit Siang pergi ke pejabat SPR di Wisma Sanyan untuk mendapatkan penjelasan.
Sementara itu pemimpin DAP lain seperti Ronnie Liu berhadapan dengan pegawai-pegawai pilihanraya di Dewan Sivik menuntut pengumuman keputusan dibuat segera.
Bagaimanapun SPR dikatakan meminta polis mengarahkan semua pemimpin Pakatan Rakyat yang berada dalam Dewan Sivik beredar keluar.
Langgan:
Catatan (Atom)