Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 17 Mei 2010

SIBU: SPR oh SPR



Pakatan Rakyat/DAP membenamkan keangkuhan BN-APCO dengan kemenangan tipis.
Majoriti 398 undi?
Ada sesuatu yang pelik
Menurut sumber undi dikira semula tanpa ada permintaan dari mana-mana pihak.

DAP menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sibu dengan majoriti 398 undi apabila calonnya, Wong Ho Leng menerima 18,845 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew dengan 18,447 undi dan calon Bebas, Narawi Haron 232 undi.


Hakikatnya sejarah undi pos adalah kepunyaan BN...
kenapa pengiraan undi pos memakan masa lama.?
kenapa borang 15 lambat dikeluarkan.?


Kelihatannya seperti ada yang tak kena...bila agaknya hendak berlaku adil..
Rakyat sentiasa tertipu.


Seramai 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis telah membuang undi secara pos pada hari Khamis dan Jumaat lepas.

Bagaimanapun  Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke yang berada di Pusat Undi Pos Sibu siang tadi membuat kenyataan membantah ketelusan proses undi Pos itu .

Beliau mendakwa jumlah pemilih yang mengundi melalui pos telah melebihi bilangan pengundi pos yang berdaftar untuk P212 Sibu.

SPR sebelum ini mengumumkan tidak sampai enam puluh peratus daripada 52,158 pengundi dalam pilihanraya kecil p212 Sibu keluar mengundi hari ini.



Keadaan di pusat pengiraan undi pilihanraya kecil p212 sibu di Dewan Sivik Sibu kecoh apabila Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) masih belum mahu membuat pengumuman walaupun jumlah semua peti undi sudah siap dikira.

 Tiada alasan diberikan oleh Suruhanjaya berkenaan meskipun pemimpin Pakatan Rakyat mendesak supaya badan itu segera berbuat demikian.

Beberapa pemimpin DAP, termasuk Penasihat parti itu, Lim Kit Siang pergi ke pejabat SPR di Wisma Sanyan untuk mendapatkan penjelasan.

Sementara itu pemimpin DAP lain seperti Ronnie Liu berhadapan dengan pegawai-pegawai pilihanraya di Dewan Sivik menuntut pengumuman keputusan dibuat segera.

Bagaimanapun SPR dikatakan meminta polis mengarahkan semua pemimpin Pakatan Rakyat yang berada dalam Dewan Sivik beredar keluar.

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan