Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Jumaat, 5 Ogos 2011

Serbuan gereja: Hassan Ali diperguna Umno?

“Kelihatannya seperti serangan terhadap penganut Kristian tetapi barangkali niat sebenarnya untuk mendapatkan sokongan penganut Islam di Selangor untuk menyetujui tindakan sebegini. Jika penganut Islam Selangor menyokong tindakan kasar ini, maka Najib merasakan ianya wajar meskipun tindakan sebegini yang meniupkan kebencian terhadap agama lain adalah berdosa. Jika para penganut Islam bosan dengan segala tingkah laku gilanya. Ia akan menjadi seperti serampang dua mata yang memakan dirinya sendiri,” jelas pemimpin PAS Hatta Ramli .-( Malaysia Chronicle.)


Ahli Parlimen Shah Alam yang juga timbalan pesuruhjaya PAS selangor, Khalid Samad menegaskan pandangan Hasan Ali yang dikeluarkan petang semalam bukan pendirian PAS Selangor. Itu pandangan peribadi Hassan Ali sebagai Exco yang bertanggungjawab hal ehwal agama.


“Ia lebih daripada sekadar hanya menjadi keterlaluan. Ini adalah permulaan suatu usaha terancang untuk menjadikan orang-orang Melayu terkejut, paranoid dan takut kepada orang-orang Cina, Yahudi dan Kristian. Apa yang Umno mahukan adalah undi orang-orang Melayu dan India. Jadi mereka akan mainkan muslihat kebencian ini, kita tidak pasti sejauh mana mereka akan pergi tetapi saya fikir kita semua mesti bersedia dan berhati-hati,”  Naib Presiden PKR Tian Chua.