Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Ahad, 6 Mei 2012

Fatwa hadiri bersih dari Majlis Fatwa Kebangsaan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.

Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas.

"Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama 
Dalam pada itu, beliau berkata pemimpin, individu atau media dinasihat menghentikan sikap suka mendedahkan secara terbuka perkara-perkara keji yang didakwa dilakukan mana-mana pihak. -Bernama



Malay Merdeka: Majlis penjual Agama berfatwa pujangga.....

3 bekas IGP yang meroyan bagai ketam ngajor anak merangkak

Tiga orang bekas ketua polis negara menyeru supaya pasukan berkenaan mengambil tindakan tegas ke atas penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 yang didakwa mahu menawan Dataran Merdeka dan mengguling kerajaan, lapor akhbar Berita Minggu.
Laporan berkenaan memetik kenyataan Tan Sri Rahim Noor, Tan Sri Musa Hassan dan Tun Haniff Omar yang bimbang perhimpunan tersebut diadakan untuk mencetus anarki dan keadaan darurat.



Malay Merdeka: Ayam-ayam pencen ni .... mengada-ngada....sebab..nak tahu kenapa? siapa mereka?
Hanif Omar - tauke judi - genting dan resot world...tauke judi .......
Rahim Noor - penumbuk negara ( menumbuk muka dan belasah Anwar Ibrahim hingga lebam) 
Musa Hassan - pernah dituduh menerima rasuah RM2 juta bagi membebaskan 3 anggota sindiket judi haram di Ibu Pejabat Polis Kluang , Johor di bawah Ordinan Dharurat 1969.
Pada 25 Mac 2010, Ahli Parlimen Subang R Sivarasa membuat laporan di Balai Polis Damansara Utama bagi menentukan kesahihan ijazah atau diploma milik Musa Hassan.
Dalam Perbicaraan Kes No: 45-48-98 dan 48-49-98 pada 14 Disember 1998, Musa mendakwa memiliki ijazah undang-undang ketika memberi keterangan bersumpah. Tapi keterangan lain pada 25 Jun 2009, semasa kes Pendakwa Raya melawan Datuk Ramli Yusuf di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Sabah . Semasa disoal balas oleh peguam James Tsai, peguambela Datuk Ramli, Musa Hassan hanya memiliki ‘Diploma in Law and Management Studies’