Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 8 Julai 2014

Khalid Ibrahim semakin didesak

RAKYAT SELANGOR MENGUNDI PAKATAN RAKYAT SEMASA PRU13, BUKAN KHALID IBRAHIM SEMATA-MATA

Saya mengecam kenyataan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendakwa “kerajaan tidak boleh membuat perubahan sewenang-wenangnya” sebagai merujuk kepada kedudukan Dato' Menteri Besar Selangor yang kini disandang beliau.

Apatah lagi kenyataan beliau tersebut telah dijadikan modal politik oleh media-media milik UMNO-BN seperti Utusan Malaysia dan TV3 untuk menghentam Pakatan Rakyat. Media-media tersebut juga mutakhir ini kelihatan begitu bersungguh-sungguh mempertahankan kedudukan Tan Sri Khalid serta memberikan ruang kepada penyokong-penyokongnya untuk memburukkan parti.

Kenyataan ini jelas menzahirkan kedangkalan beliau dalam memahami bahawa jawatan Dato' Menteri Besar itu sendiri diperolehi melalui pencalonan oleh Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) khususnya dan konsensus Pakatan Rakyat amnya, yang telah dipilih majoriti rakyat Selangor semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang lalu. Amat malang apabila proses ini tidak dianggap penting dan dibelakangi. Ini jelas menunjukkan beliau meletakkan dirinya melebihi kepentingan parti, seolah-olah beliau merupakan faktor utama kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor.

Jika Tan Sri Khalid merasakan Kerajaan Negeri Selangor yang berjaya dibentuk oleh Pakatan Rakyat selepas PRU13 adalah berpunca daripada pencapaian dirinya seorang, maka ternyata beliau silap. Mungkin beliau lupa "terpaksa lari" dari mempertahankan kerusi DUN Ijok kerana dilaporkan mungkin tewas sekiranya kekal di sana. Malah beliau gagal mempertahankan jumlah majoriti yang diperolehi di DUN Pelabuhan Klang dan kini terpaksa melantik penyelaras DUN yang memegang pelbagai jawatan lain termasuk sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) dengan gaji mewah untuk menjalankan tugas beliau sebagai wakil rakyat kawasan.

Saya ingin tegaskan bahawa Tan Sri Khalid tidak mungkin menang di DUN Ijok atau Pelabuhan Klang pada tahun 2008 dan 2013 sekiranya bertanding sebagai calon Bebas ataupun Barisan Nasional (BN). Rakyat Selangor telah memilih KEADILAN dan Pakatan Rakyat kerana yakin dengan agenda dan manifesto yang ditawarkan secara kolektif dan bukan kerana Tan Sri Khalid.

Saya menuntut Tan Sri Khalid berhenti daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan dangkal dan menghina kebijaksanaan rakyat serta akur dengan desakan agar beliau berundur segera. KEADILAN telah sepakat mendesak pengunduran Tan Sri Khalid dan ini telah pun diputuskan lebih awal iaitu dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Parti pada 15 Januari 2014. KEADILAN juga menghormati pandangan DAP dan PAS sebagai parti rakan di samping mahu mengingatkan konsensus Pakatan Rakyat tidak tertakluk kepada majoriti kerusi semata-mata sebagaimana kes di Perak dan pelantikan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, apatah lagi hanya individu.

SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ketua Angkatan Muda Keadilan
merangkap Ahli Parlimen Bukit Katil