Sabtu, 13 Februari 2010
zahirkan kasih sayang anda tanpa seluar dalam sempena Hari Kekasih
Selasa lalu, Sinar Harian melaporkan terdapat cara terbaru memancing remaja Islam menyertai sambutan Hari Kekasih hujung minggu ini. Kini tersebar luas pesanan ringkas (SMS) mengajak remaja Islam, termasuk pelajar institusi pengajian tinggi bersama-sama merayakannya dengan slogan ‘Bare Your Loves, No Panties During Valentines’ (zahirkan kasih sayang anda tanpa seluar dalam sempena Hari Kekasih). -Sinar Harian
Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Selangor mengecam kempen “no panties” pada Hari Kekasih (Valentine) yang hangat dipromosikan di kalangan pelajar-pelajar wanita institusi pengajian tinggi Ketuanya, Dr Ruziaton Hasim berkata, kempen itu bertujuan menggesa golongan pemudi mengambil tindakan sedemikian sempena sambutan Hari Kekasih sebagai luahan tanda cinta sejati mereka terhadap pasangan masing-masing.Menurutnya, perkara ini amat menyedihkan apabila usaha ini tidak dilihat sebagai tindakan menjijikkan di kalangan pelajar wanita, malahan mereka menyambutnya dengan gembira.“Reaksi sedemikian datang dari golongan pelajar Melayu yang seharusnya memiliki nilai kesopanan dan tahap kecerdasan minda yang tinggi dengan kebolehan intelek yang baik dan ia amat menyedihkan.“Golongan pelajar terpengaruh dan disibukkan oleh aktiviti tidak sihat sebegini sebenarnya tertipu oleh pihak yang mempromosikan kempen ini,”
Biarkan zahrain jual air tebu tepi jalan.
Zaharain hashim dikatakan mengkhianati penyokongnya. Sewajarnya manusia berjiwa Umno ini dibiarkan meninggalkan PKR lebih awal dan begitu juga kuduk-kuduk PKR yang membebankan. Zulkifli Nordin, Wangsa Maju dan yang menjadi nanah busuk dalam PKR .Pemimpin tahi minyak ini merugikan undi rakyat.
Anwar juga tidak bersetuju bahawa DAP 'tidak dapat disentuh' dan berkata PKR, PAS dan DAP telah berjaya duduk bersama membincangkan pelbagai isu. jawatan ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim daripada PKR merupakan 'pengkhianatan' terhadap mereka yang bertungkus-lumus memenangkannya dalam pilihan raya lepas, kata ketua umumnya.Beliau juga menambah, segala tuduhan yang dilemparkan Zahrain terhadap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak berasas sama sekali
"Ini belum pernah terjadi, beliau telah mengkhianati semua yang bekerja keras membantunya memenangi kerusi tersebut (Bayan Baru) untuk PKR dan Pakatan Rakyat," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Langgan:
Catatan (Atom)