Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 31 Oktober 2011

Mneteri pertanian Noh Omar mengaku projek feedlot RM37 juta diberi kepada keluarga Shahrizat Jalil

NONE
Menteri pertanian dan industri asas tani, Datuk Seri Noh Omar mengakui bahawa projek Pusat Feedlot Kebangsaan bernilai RM73.64 juta yang digambarkan dalam keadaan "kacau-bilau" oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 telah diberikan kepada anggota keluarga menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Projek berkenaan telah diberikan secara tender terhad.Projek tersebut dianggap gagal dan Laporan Audit Negara sebelum ini menyebut badan (Pusat Feedlot Kebangsaan NFC) itu kekurangan 4,000 ekor lembu yang sepatutnya dibekalkan dan tindakan berkenaan menyebabkan program keusahawanan seperti yang disyaratkan oleh kerajaan tidak dapat dijalankan.
Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC) juga enggan mengulas dakwaan  bahawa projek tersebut hanya memenuhi 0.6 peratus daripada permintaan kerajaan dan jauh ketinggalan daripada sasaran 40 peratus dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.

200 mat rempit buat huru-hara di P.Pinang

Dianggarkan seramai 200 membuat huru-hara dengan  mengadakan tunjuk perasaan di bangunan bersejarah jam besar Pulau Pinang yang berhampiran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menuntut ‘litar perlumbaan’ dibina bagi kegunaan mereka.
Tindakan mereka dipercayai didalangi politik kerana kebanyakan penunggang berkemeja-T berwarna kuning dengan tertera perkataan ‘LGE rasis’ - merujuk kepada ketua menteri Lim Guan Eng - dan projek 'Selamatkan Pulau Pinang'.

NONEMereka juga membawa sepanduk yang berbunyi “Kami mahu litar lumba”.
Kumpulan, yang diketuai oleh Ahmad Shahabuddin - wakil Pertubuhan Islam Gabungan Amal - berbaris di sepanjang kawasan itu dengan motosikal mereka kira-kira jam 1 tengahari dan membunyikan hon selama kira-kira 15 minit sebelum disuraikan oleh polis.


komentar:
Mat rempit atas nama NGO pertubuhan Islam Gabuangan Amal? Jenis Islam dan Amal apa ni?
Kumpulan songkok tinggi terlibat (lihat gambar).
Ini bukan saja mat rempit  ini mat bangang keldai umno.

Kerajaan belum laksanakan bahasa kebangsaan


Semua dokumen perjanjian dalam negeri melibatkan agensi-agensi kerajaan dikehendaki menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya — selari dengan keputusan Kabinet memartabatkan Bahasa Kebangsaan dalam urusan awam negara ini mulai sekarang.
Perkara itu, sebahagian daripada 10 urusan rasmi kerajaan, ditekankan dalam pekeliling terbaru dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akhir minggu lalu.
Bagaimanapun pekeliling itu tidak menyebut tindakan yang akan diambil JPA jika peraturan baru ini dilanggar.
“Semua dokumen perjanjian dalam negara oleh agensi kerajaan hendaklah menggunakan Bahasa Kebangsaan sepenuhnya. Dokumen tambahan atau lampiran, sekiranya ada, boleh disediakan dalam Bahasa Inggeris,” kata pekeliling itu yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah.
Justeru, tegas beliau, semua ketua jabatan hendaklah memastikan penggunaan Bahasa Kebangsaan dilaksanakan dengan baik dan betul serta secara menyeluruh dalam perkhidmatan awam.
Selain dokumen-dokumen perjanjian dalam negara, kata beliau, keputusan itu melibatkan semua surat-menyurat rasmi dalam negara oleh agensi kerajaan hendaklah menggunakan Bahasa Kebangsaan sepenuhnya.
Malah menurut beliau, agensi-agensi kerajaan dikehendaki memberi surat balasan beserta dokumen lampiran dalam Bahasa Kebangsaan termasuk surat-menyurat yang diterima daripada mana-mana pihak yang menggunakan bahasa selain Bahasa Kebangsaan.
Pertengahan bulan ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semua penjawat awam diwajib menggunakan bahasa kebangsaan dalam segala urusan rasmi dan pentadbiran kerajaan termasuk ketika bermesyuarat, surat-menyurat atau seminar.
katanya, Kabinet bersetuju dengan keputusan itu bagi memantapkan peranan bahasa Melayu selain memperkasakannya sebagai bahasa ilmu.
Selain itu, kata Abu Bakar, dalam urusan mesyuarat melibatkan kehadiran warganegara Malaysia, semua urusan berkaitan dengan mesyuarat termasuk e-mel, notis, minit, memorandum, laporan, nota pembentangan dan dokumen edaran bagi mesyuarat anjuran agensi kerajaan yang melibatkan kehadiran ahli mesyuarat atau peserta dari kalangan warganegara Malaysia hendaklah disediakan dalam Bahasa Kebangsaan.
“Semua perbincangan, taklimat, pembentangan dan persembahan dalam mesyuarat anjuran agensi kerajaan yang melibatkan kehadiran ahli atau peserta dari kalangan warganegara Malaysia hendaklah dibuat dalam Bahasa Kebangsaan,” kata beliau lagi.
Abu Bakar juga berkata, semua urusan berkaitan dengan penganjuran majlis rasmi termasuk surat, e-mel dan notis jemputan, pengacaraan, bacaan doa, ucapan aluan, perasmian dan penutup, pembentangan serta dokumen edaran anjuran agensi kerajaan yang melibatkan kehadiran peserta dari kalangan warganegara Malaysia hendaklah disediakan dalam Bahasa Kebangsaan.
Abu Bakar menambah, pengiklanan kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam oleh pihak berkuasa melantik, kementerian dan agensi kerajaan hendaklah disiar atau diterbitkan menggunakan Bahasa Kebangsaan.
“Semua urusan bagi perkhidmatan kaunter di agensi kerajaan hendaklah menggunakan Bahasa Kebangsaan. Walau bagaimanapun, bagi memudahkan komunikasi dengan pelanggan-pelanggan bukan warganegara Malaysia, petugas-petugas kaunter perkhidmatan boleh menggunakan bahasa yang difahami oleh pelanggan berkenaan.
“Semua maklum balas berkaitan aduan dan isu di media massa mengenai perkhidmatan awam oleh agensi kerajaan hendaklah disediakan dalam Bahasa Kebangsaan. Bagi siaran dalam media massa berbahasa Inggeris, terjemahan dalam Bahasa Inggeris boleh disertakan sebagai dokumen lampiran bagi memastikan maksud asal maklum balas tidak disalah tafsir,” katanya lagi.
Sementara itu, menurut Abu Bakar, surat antarabangsa semua surat rasmi oleh agensi kerajaan kepada pihak-pihak di luar negara digalakkan menggunakan Bahasa Kebangsaan dan disertakan terjemahan dalam Bahasa Inggeris.
“Sekiranya ada dokumen tambahan yang perlu disertakan bersama surat tersebut, ia bolehlah disediakan dalam Bahasa Inggeris,” katanya lagi.
Bagaimanapun katanya, semua dokumen perjanjian oleh agensi kerajaan di peringkat antarabangsa hendaklah menggunakan Bahasa Inggeris.
“Terjemahan dalam Bahasa Kebangsaan boleh disediakan bagi tujuan rekod dan semakan. Sekiranya terdapat sebarang pertikaian di masa hadapan, dokumen asal dalam Bahasa Inggeris akan menjadi rujukan yang sahih,” katanya lagi.
Katanya, semua urusan berkaitan dengan mesyuarat termasuk e-mel, notis, minit, memorandum, laporan, nota pembentangan dan dokumen edaran di mesyuarat anjuran agensi kerajaan yang melibatkan kehadiran ahli mesyuarat atau peserta dari kalangan bukan warganegara Malaysia, boleh disediakan dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris.
“Semua perbincangan, taklimat, pembentangan dan persembahan dalam mesyuarat anjuran agensi kerajaan yang melibatkan kehadiran ahli atau peserta dari kalangan bukan warganegara Malaysia boleh dikendalikan dalam Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris,” katanya lagi.
Malah katanya, semua urusan berkaitan dengan penganjuran majlis rasmi termasuk surat, e-mel dan notis jemputan, pengacaraan, bacaan doa, ucapan aluan, ucapan perasmian dan ucapan penutup, pembentangan serta dokumen edaran anjuran kementerian dan agensi kerajaan yang melibatkan kehadiran peserta dari kalangan bukan warganegara Malaysia, hendaklah disediakan dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris.