Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 15 Jun 2010

Israel samun RM12 juta

entera Zionis tak pulang wang sukarelawan Gaza
AMMAN: Tentera Israel bukan saja membunuh malah merompak wang tunai AS$3.5 juta (RM11.5 juta) serta merampas pelbagai peralatan milik aktivis misi bantuan Gaza selepas mereka diserang di perairan antarabangsa, 31 Mei lalu.
Mangsa serangan flotila yang terselamat ketika bercakap kepada stesen televisyen Iran, Press TV, memberitahu komando Israel merompak wang tunai dan pelbagai peralatan anggota konvoi bantuan berkenaan.
Beratus-ratus aktivis melaporkan kehilangan wang tunai, komputer riba, telefon dan pakaian selepas dibebaskan Israel, minggu lalu. Dianggarkan 600 telefon bimbit, 400 kamera video dan 350 komputer riba masih ada di tangan tentera Israel pada masa ini.
Malah, seorang aktivis Itali, Manolo Luppichini yang berada dalam kapal Sfintoni-8000 mendakwa, kad kredit miliknya yang dirampas askar Israel didapati digunakan untuk membeli barang.
Tentera Israel menyerang flotila berkenaan di Laut Mediterranean dan membunuh sekurang-kurangnya sembilan aktivis keamanan, lapan warga Turki dan seorang rakyat Amerika Syarikat di kapal Mavi Marmara selain mencederakan 50 yang lain.
Israel menahan sebelum membebaskan 700 aktivis dari 42 negara yang berada di atas kapal bantuan ketika ia cuba melepasi sekatan ke Gaza dan menyerahkan 10,000 tan bantuan kemanusiaan di wilayah yang daif itu.
Komando Israel mencuri kamera dan telefon bimbit ketika mengarahkan kami keluar dari kapal. Mereka merampas apa saja bentuk teknologi yang kami miliki, kata seorang aktivis, Alex Philips.
Kebanyakan aktivis misi bantuan itu juga membawa wang tunai dalam jumlah yang besar, hasil kempen pungutan derma yang dijalankan. Wang berkenaan untuk digunakan bagi tujuan amal di Gaza yang dikenakan sekatan Israel sejak tiga tahun lalu.
Mereka merampas lebih AS$3,500 (RM11,500) wang tunai dan lesen memandu saya. Mereka turut mengambil kad permit kerja saya di Arab Saudi sebagai guru. Mereka mengambil komputer riba dan pakaian, kata seorang lagi aktivis, Bllat Abdul Aziz.
Sementara itu, dakwaan itu turut diakui wartawan TV3 , Halim Mohamed yang mengesahkan semua barangan miliknya dan milik jurukamera, Mohd Jufri Judin, iaitu telefon bimbit, komputer riba, kamera digital, kamera video, buku nota, resit hotel, serta bahan yang boleh mengaitkan bukti kekejaman rejim Zionis turut dirampas.
Sebelum merampas semua barangan, kami diberitahu semua barangan itu akan dipulangkan semula tetapi tidak diberitahu bila. Apabila kami merujuk kepada pegawai Kedutaan Thailand yang membantu mengisi beberapa borang dan prosedur sebelum boleh dibebaskan, kami diberitahu jika dalam tempoh dua minggu tidak dipulangkan, bermakna barang yang dirampas tidak akan diserahkan semula, katanya.
Halim berkata, tentera Israel merampas semua barangan yang ada, kecuali dompet dan pasport sebelum membebaskan semua sukarelawan selepas menjalani pemeriksaan.
Bagaimanapun, semalam (Jumaat) saya ada menerima e-mel daripada seorang sukarelawan Ireland yang turut serta dalam misi kemanusiaan itu meminta delegasi serta sukarelawan yang barangan mereka dirampas menyenaraikan barangan mereka bagi memudahkan urusan pengambilan semula barangan melalui pejabat kedutaan, katanya ketika dihubungi semalam.(Sumber BHO)

Seluar dalam power

SAN DIEGO: Seorang saintis dari Universiti California, Joseph Wang, berjaya menghasilkan seluar dalam berteknologi tinggi dilengkapi pengesan bio elektronik untuk memantau denyutan jantung, tekanan darah dan beberapa isyarat penting tubuh.
Projek seluar menggunakan teknologi nano itu, dibiayai tentera Amerika Syarikat dan keberkesanannya akan diuji ketika di medan perang. (Sumber BHO)