Ahad, 24 Julai 2011
PRU beberapa bulan lagi..BN kucar-kacir - Muhyiddin Yassin
"Kita tidak mempunyai banyak masa. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi...kalau sebelum ini kita mempunyai Team 1, Team 2 dan sebagainya, saya mahu mulai sekarang, kita hanya mempunyai satu team sahaja iaitu Team BN," kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin ketika merasmikan perhimpunan agung tahunan ke-19 parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) ke-19 di Seri Kembangan di ibunegara hari ini.- Bernama.
RTM, TV3 bakal tayang drama/cerrita basi polis
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan video perhimpunan 9 Julai lalu yang dirakamkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kemungkinan video itu akan disiarkan berulang kali atau tidak, Rais berkata semua itu akan bergantung kepada keadaan dan kesesuaian.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pula berkata beliau telah menyerahkan rakaman video itu kepada stesen penyiaran termasuk Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) dan TV3.
Video itu turut menayangkan bagaimana orang ramai ditahan dengan cara baik, diminta menunjukkan kad pengenalan diri dan beg, orang tua yang mengalami sakit pinggang dibantu polis untuk naik di atas kereta polis dan pertanyaan kepada tahanan dengan berhemah.
Polis menafikan Allahyarham Baharudin Ahmad dibelasah pihak berkuasa dan mendakwa tulang rusuk lelaki itu patah adalah mungkin disebabkan oleh rawatan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) yang diberikan.“Mengenai gigi yang patah, ini mungkin kerana tiub dimasukkan ke dalam mulutnya kerana pegawai perubatan cuba menyedarkannya semula,” kata Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid.
“Sayang seribu kali sayang, skrip ini hanya sesuai di zaman televisyen hitam putih, sedangkan sekarang zaman IT yang bergerak pantas seperti kilat,” kata Idris (pertama dari kanan, berketayap) dalam satu kenyataan media.“Hampir dua minggu baru polis menyiarkan video versi polis sedangkan seluruh dunia sudah menyaksikan kegaganasan polis sewaktu berhadapan dengan peserta demo".
“Inilah nasib polis apabila bernaung di bawah kerajaan BN yang tidak bijak mengurus hal ehwal kepolisan.
“Insya Allah profesional polis akan dipertingkatkan jika Pakatan Rakyat diberi mandat di dalam PRU ke-13 nanti,” kata ahli jawatankuasa pusat PAS, Idris Ahmad.

Umno Kedah perli Najib sambut harijadi dengan pulut kuning
Semalam Umno Negeri Kedah mengadakan majlis meraikan ulang tahun ke-58 dengan Perdana Menteri Najib memotong pulut kuning dua tingkat. Sambutan bermula sebaik sahaja beliau tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, dalam rangka lawatan sehari ke Perlis.
Langgan:
Catatan (Atom)