Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 19 Mac 2012

RPK mohon tumpang wawancara dengan Anwar - Wikileaks


Wikileaks: Penjelasan dari Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim


Pertamanya kami mahu menjelaskan bahawa permohonan yang diajukan oleh Wikileaks kepada Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah satu wawancara antara Julian Assange dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Kemudiannya barulah pihak kami diberitahu Raja Petra mahu menumpang dalam wawancara tersebut. Makanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau hanya menyatakan persetujuan untuk permintaan yang asal iaitu wawancara antara beliau dengan Julian Assange. Oleh itu Quick Roll Productions, pihak produksi yang terlibat dengan wawancara ini telah membuat keputusan editorial untuk meneruskan format wawancara antara Julian Assange dengan Anwar Ibrahim tanpa melibatkan penumpang lainnya. Keputusan editorial tersebut semata-mata dibuat oleh Quick Roll Productions dan tidak dipaksakan oleh Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke atas mereka.
Keduanya, kami merasa terpanggil apabila Dato’ Seri Najib Razak menggunakan isu ini sebagai pelantar untuk mentohmah Dato’ Seri Anwar Ibrahim kononnya takut berdebat dengan Raja Petra. Kami kesal kerana Dato’ Seri Najib Razak bercakap tidak berdasarkan fakta yang sebenar kerana tidak timbul soal debat sedangkan yang dipersetujui antara Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan Julian Assange adalah wawancara satu sama satu. Akan tetapi oleh kerana YAB Perdana Menteri beriya-iya bercakap soal debat, kami berpendirian adalah sangat baik untuk rakyat dan negara ini sekiranya Dato’ Seri Najib Razak bersetuju untuk berdebat dengan YB Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Perdebatan antara YB Ketua Pembangkang dengan YAB Perdana Menteri berkaitan isu nasional pastinya memberi manfaat yang banyak kepada rakyat dan negara Malaysia. Justeru keengganan Dato’ Seri Najib Razak untuk berdebat dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim memunculkan tanda tanya di kalangan rakyat terbanyak, sama ada YAB Perdana Menteri takut ataupun tidak punya komitmen untuk menyuburkan amalan Demokrasi di negara ini.
Ibrahim Yaacob
Ketua Staf
Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim

komisen dan skandal pembelian scorpene dibongkar 2 minggu lagi

ops scorpene dinner 220711 cynthia gabrielPengarah Suaram Cynthia Gabriel (kiri) berkata meskipun NGO itu tidak menaruh banyak harapan, namun akhirnya selepas "menunggu dengan penuh debaran" selama dua tahun sistem kehakiman di Perancis akan mendengar kes itu.

"Kami saksikan dengan tidak percaya, bagaimana pejabat pendakwa mula membongkar maklumat lanjut mengenai komisen yang dibayar itu, invois perjalanan dan bayaran lain yang dibuat," katanya pada sidang akhbar semalam.

Dua kapal selam jenis Scorpene dibeli pada tahun 2002 dengan kos sebanyak RM7.3 bilion oleh kerajaan Malaysia apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah Menteri Pertahanan. Cynthia berkata dua hakim telah dilantik untuk membicarakan kes di Perancis itu  - Hakim Roger Le Loire dan Hakim Tournaire Serge.

"Ini berita baik. Lazimnya, hanya seorang hakim akan dilantik. Ini bermakna kes itu dilihat sebagai kes yang sangat penting," kata Cynthia lagi.

Kumpulan hak asasi manusia Suaram, yang memfailkan saman sivil terhadap firma gergasi pertahanan tentera laut Perancis DCNS kerana didakwa membayar komisen kepada pemimpin di Malaysia, akan diberi akses kepada kertas siasatan pendakwaraya dalam dua minggu lagi. 

Hassan Ali semacam bangsat dan celaka di persidangan DUN..konon sebagai pejuang islam hati busuk!

"Saya dipecat sebagai ahli PAS dengan bermaruah. Saya bukan rasuah, saya bukan liwat," katanya sinis ketika ditanya persediaannya untuk sidang DUN kali ini. NONEPada sidang kali ini, Hasan dipindahkan tempat duduknya daripada barisan exco ke kawasan ADUN bebas, berdekatan wakil Pelabuhan Klang.
Hasan sebelum ini berjanji mendedahkan video tentang penyiaran video membuktikan amalan memurtadkan umat Islam yang dijanjikannya, dalam masa dua minggu tetapi gagal melakukannya.


malaymerdeka: Hassan memang budak jahat...orang pejuang islam tidak mengata orang lain..hassan ni jual agama...bangsat!

Kerajaan memang ada hubungan dagangan dengan Israel- Menteri Mustapha Mohamed

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, beliau  kerajaan tidak pernah menyembunyikan fakta bahawa negara ini mempunyai hubungan dagangan dengan Israel. Beliau akan memperjelaskan isu mengenai hubungan perdagangan dengan Israel pada sidang Parlimen dalam masa terdekat.
Kerana dalam perkembangan dunia hari ini amat sukar untuk mengasingkan perdagangan dengan negara luar termasuk Israel,” katanya kepada pemberita selepas majlis seminar panel penasihat peringkat Kelantan di Politeknik Kota Bharu, hari ini.
Mustapa yang juga Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional Kelantan berkata, hubungan perdagangan dengan Israel melibatkan perniagaan yang dijalankan oleh syarikat-syarikat multinasional.



malaymerdeka: akhirnya tokpa akui kerajaan Umno jadi rakan dagang Israel.