"Kami saksikan dengan tidak percaya, bagaimana pejabat pendakwa mula membongkar maklumat lanjut mengenai komisen yang dibayar itu, invois perjalanan dan bayaran lain yang dibuat," katanya pada sidang akhbar semalam.
Dua kapal selam jenis Scorpene dibeli pada tahun 2002 dengan kos sebanyak RM7.3 bilion oleh kerajaan Malaysia apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah Menteri Pertahanan. Cynthia berkata dua hakim telah dilantik untuk membicarakan kes di Perancis itu - Hakim Roger Le Loire dan Hakim Tournaire Serge.
"Ini berita baik. Lazimnya, hanya seorang hakim akan dilantik. Ini bermakna kes itu dilihat sebagai kes yang sangat penting," kata Cynthia lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan