Khamis, 27 Mei 2010
Khairy Jamaluddin bakal pegang portfolio Pertahanan
Khairy menerima anugerah pelatih terbaik dan akademik terbaik daripada Menteri Besar
Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam majlis perbarisan Tamat Kursus Asas
Perajurit Muda Siri 1/2010 Rejimen 508 Askar Wataniah di Kem Rasah, N.Sembilan pada 23/5/01.
Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno diramalkan akan memegang portfolio pertahanan dalam rombakan kabinet
Najib yang bakal dibuat dalam waktu terdekat. Para pemerhati politik melihat perkembangan terbaru KJ selepas tamat latihan askar wataniah tempohari.
Sebagai memantapkan pengetahuan dalam bidang pertahanan negara KJ juga dilihat cuba mempengaruhi golongan muda terutamanya anggota tentera agar tetap memberi sokongan kepada beliau.
Ini juga sebagai deal antara Pak-Lah dan Najib. Biarpun ketinggalan dalam menganggotai kabinet, KJ dilihat bakal memegang jawatan sebagai menteri penuh.
Kita tunggu dan lihat ramalan yang diperkatakan ramai ini.
Langgan:
Catatan (Atom)