Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Rabu, 6 Februari 2013

Rakyat Malaysia Paling Percaya Maklumat Dalam Talian


Masyarakat awam di Malaysia paling percayakan maklumat yang diperoleh daripada enjin carian dalam talian, diikuti oleh media tradisional dan sosial, demikian menurut hasil 'Tinjauan Pengukur Kepercayaan 2013' Edelman Malaysia.
"Apa yang ternyata di sini ialah ruang dalam talian yang merangkumi media digital dan sosial, tidak boleh dipandang remeh sebagai sumber maklumat yang dipercayai.
"Skor kepercayaan yang tinggi terhadap "media dimiliki" ini menunjukkan keperluan mendesak bagi semua pertubuhan mengemas kini dan menggunakan sepenuhnya aset korporat mereka seperti portal sesawang, surat berita, YouTube, malah juga Twitter untuk menyebarkan maklumat," kata Pengarah Urusan Edelman Asia Tenggara, Bob Grove.
Walaupun skor kepercayaan pada umumnya lebih tinggi dalam kaji selidik ini, namun perlu dimaklumi bahawa jurang kepercayaan antara institusi penting dan pucuk pimpinan, yang membayangkan krisis yang mungkin berlaku dalam kepimpinan.
Hasil kaji selidik ini juga menunjukkan bahawa meskipun responden umum mempercayai perniagaan, hanya 26 peratus mempercayai pemimpin perniagaan bercakap benar, dan hanya 21 peratus mempercayai pemimpin kerajaan bercakap benar.
Pengarah Urusan Edelman Malaysia, Raymond Siva, berkata hasil kaji selidik Pengukur Kepercayaan Edelman 2013 di Malaysia, jelas menunjukkan bahawa warga Malaysia mengharapkan pertubuhan-pertubuhan lebih memperlihatkan sifat-sifat kemasyarakatan berbanding kebolehan mengendali, untuk mendapatkan kepercayaan mereka.
"Jelaslah bahawa pengaruh dan kuasa beralih daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pemimpin kerajaan kepada pakar dan rakan sebaya," katanya.
Ketika membentangkan hasil kaji selidik itu pada satu sidang akhbar di sini, Selasa, beliau berkata, pemimpin kerajaan dan perniagaan mestilah mengubah pendekatan pengurusan mereka untuk meningkatkan penglibatan mereka dengan mendapatkan input pekerja, pengguna, penggiat dan pakar-pakar seperti ahli akademik, dan menyesuaikan diri mengikut maklum balas mereka.
Beliau berkata dinamik kepercayaan telah berevolusi daripada Piramid Pengaruh tradisi, yang menonjolkan maklumat dalam bentuk monolog, serta dikawal dan diarahkan oleh hanya segelintir, kepada Diamond Pengaruh, yang menampilkan maklumat dalam bentuk dialog.
"Dalam persekitaran di mana kepercayaan masih amat rapuh, ini adalah peluang yang ketara bagi perniagaan dan kerajaan mendapatkan semula 'lesen' untuk memimpin," tegasnya.
Tinjauan itu juga menunjukkan bahawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terus menjadi institusi paling dipercayai di Malaysia, dengan kadar yang meningkat daripada 68 peratus kepada 76 peratus tahun ini.
Edelman ialah firma perhubungan awam bebas terbesar di dunia, yang mempunyai 66 pejabat dan lebih 4,500 pekerja di seluruh dunia, serta ahli gabungan di lebih 30 bandar.
Antara hasil lain yang diperoleh daripada orang awam di Malaysia menunjukkan sektor industri yang paling dipercayai ialah teknologi (85 peratus), bank (82 peratus) dan industri tenaga (81 peratus).
Sektor yang paling kurang dipercayai ialah arak dan spirit (56 peratus) dan media (66 peratus), meskipun kedua-duanya menyaksikan peningkatan dua angka.
Di peringkat global, tinjauan itu mendapati bahawa rasuah dan insentif salah yang memacu perniagaan serta keputusan dasar disebut sebagai sebab-sebab utama bagi rasa tidak percaya terhadap perniagaan dan kerajaan.
Katanya prestasi lemah dan ketidakcekapan juga merupakan faktor utama bagi kurangnya kepercayaan terhadap kerajaan.
Dari segi syarikat multinasional, warga Malaysia meletakkan kepercayaan yang lebih tinggi terhadap syarikat-syarikat yang beribu pejabat di Jerman, Kanada dan Sweden berbanding syarikat yang berpangkalan di Brazil, China dan India.
Sama seperti trend di seluruh Asia Pasifik, warga Malaysia juga lebih mempercayai perniagaan besar berbanding perniagaan kecil.
Pengukur Kepercayaan Edelman 2013 di Malaysia dihasilkan oleh firma penyelidikan Edelman Berland dan melibatkan temu bual dalam talian selama 20 minit yang dikendalikan dari 16 Okt hingga 29 Nov, 2012. BERNAMA

Anwar Ibrahim akui Kerajaan Selangor belum mampu beri pendidikan percuma


 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi alasan Selangor tidak melaksanakan pendidikan percuma kerana ia adalah tanggungjawab kerajaan pusat biarpun Selangor mencatat lebihan RM2.5 bilion tahun lepas.
Menurut Anwar, pendidikan percuma mampu dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan kerana dakwanya, hasil kelapa sawit dan petroleum negara menghampiri RM150 bilion setahun.
Bagaimanapun beliau sedia maklum kerajaan persekutuan mengalami defisit.
Anwar yang juga penasihat ekonomi Selangor berkata demikian dalam ucapannya "Pendidikan Percuma di Malaysia Suatu Realiti" di Konvensyen Antarabangsa Pendidikan anjuran Unisel dan kerajaan negeri di sini.
Kerajaan Selangor mempunyai dua universiti iaitu Universiti Selangor (Unisel) yang mempunyai kampus di sini dan Bestari Jaya manakala Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) di Bangi. BERNAMA