Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Rabu, 2 Mei 2012

Ketua Wanita MCA Melaka sertai Bersih 3.0





Ketua Wanita MCA negeri Melaka, Datuk Kian Sit Har terbabit secara langsung dengan penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, 28 April lalu.



Malay Merdeka: Datuk Kian kat dia tak suka perasuah macam ali rustam....


Laporan polis Chegu Bard


Laporan polis Che'guBard

Balai: Balai Polis Jln Dang Wangi / K.Lumpur
No. Report: Dang Wangi / 017106 / 12
Tarikh: 30 April 2012 / 1719 PM

Pada 28 April 2012, lebih kurang jam 7 petang berdekatan Masjid India Kuala Lumpur ketika saya dan seorang kawan saya SANI MD SHAH melihat beberapa anggota polis beruniform tanpa tanda nama seolah merusuh merosakkan beberapa gerai – gerai penjaja di kawasan hadapan Masjid India, tiba – tiba saya dikerumun oleh sekumpulan anggota polis (lebih 15 orang beruniform beruniform) terus memukul, menumbuk, menendang saya dan kawan saya berkali kali. 

Saya turut dipukul dengan objek tumpul.  Dalam keadaan lemah saya dibawa berjalan kaki dari kawasan Masjid India ke Dataran Merdeka berjalan kaki. 

Melalui Jalan Tunku Abdul Rahman. Sepanjang perjalanan ramai lagi anggota polis berlari datang memukul saya. 

Sampai di Dataran Merdeka anggota polis yang membawa saya terus menjerit “Woi, ni ha chegubard orang kuat Anwar bontot !”

Serentak dengan itu saya terus dikerumun berpuluh – puluh anggota polis (semuanya berunifrom) memukul dengan perbagai gaya saya muntah, darah keluar dari telinga, luka di kepala, hidung dan mulut. 

Saya jatuh terus dipijak dan disepak. Saya diangkat, saya merayu meminta belas kasihan, namun ketika itu seorang anggota polis terus melompat dan menendang dada saya. Saya rebah ketika itu ada yang menjerit rampas telefon dia. 

Saya cuba rebahkan badan mengiring ke kiri kerana telefon bimbit saya di poket kiri. Ada polis seluk poket kanan saya dan mengeluarkan sesuatu dan menunjukkan kepada kawanya sambil bersorak. Di mana saya sedar kemudianya wang tunai kira – kira lebih RM 200 di poket kanan telah hilang.

Anggota polis ada yang menghina dengan perkataan lucah (seperti mak kau ni pelacur), maki hamun bersifat permusuhan kaum dan agama (seperti kau ni hamba keling, kau pun pergilah sembah patung macam keling). 

Malah saya turut di ugut bunuh dengan menyatakan kalau berani buatlah report panggil media, jangan harap kami akan kena tindakan tetapi kau yang akan kena pijak sampai mampus. Saya juga diludah.

Ada juga anggota polis yang sebut “kau bunuh polis ya…kalau aku bunuh kau tak siapa tahu tau”

Sampai di hujung padang dataran Merdeka saya dimasukkan ke dalam trak bersama kawan saya dan dalam trak ada 13 orang lagi. 

Trak tertutup dengan ruang udara amat terhad amat panas, dalam keadaan berhimpit, kesakitan dan luka kami dibiarkan. 30 minit terbiar di Dataran sebelum trak berjalan, hampir sejam perjalanan dan 30 minit terus dibiar bila tiba di destinasi (Pulapol).

Di Pulapol saya mohon untuk membuat laporan polis tetapi anggota polis cuma suruh saya tunggu. Saya tolak untuk dapat rawatan dalam tahanan. 
Tidak ada sebarang kenyataan diambil saya hanya diminta serahkan MyKad dan gambar saya dirakamkan. Hanya dibebaskan sekitar 2.30 pagi dipaksa menaiki bas dan turun dipintu belakang Pulapol. 

Saya terus dikejarkan oleh teman – teman yang menanti diluar untuk mendapatkan rawatan di HUKM.

Saya mohon satu siasatan dan tindakan wajar diambil. Jelas sejak dari awal perhimpunan sebelum apa – apa berlaku polis sudah tidak memakai tanda nama ? Maknanya mereka sudah merancang untuk mengganas dari awal ? Adakah semua ini dirancang oleh pihak atasan ?

Saya tegaskan walaupun dipukul  dan dihina teruk saya tidak menyalahkan anggota polis. 

Polis juga mangsa seperti rakyat lain. Polis telah diperbodohkan oleh Umno dan barisan nasional. Pertama sekali jika Dataran Merdeka dibuka semua akan berlansung aman. 

Polis telah dipergunakan oleh Najib yang penuh ketakutan dengan baying – baying sendiri kerana pilihanraya terlalu hamper tetapi dia sedar kebencian rakyat terhadapnya pula tidak berkurangan. 

Keduanya kalau ada pun kesalahan,  ada beberapa peserta demonstrasi  tolak halangan polis kerana termakan provokasi tetapi kami tetap tidak langgar perintah mahkamah iaitu kami tidak memijak padang Dataran Merdeka. Namun tolakan terhadap halangan polis itu yang kemudian jelas semua berundur tidak sama sekali menghalalkan rakyat dipukul, cubaan polis menggunakan kenderaan melanggar demonstran di kawasan yang ternyata jauh dari kawasan perintah mahkamah.

Kononnya polis bertindak kerana khabar angin ada anggota polis mati. Khabar angin ini dibawa oleh agen – agen BN sendiri. 

Polis sendiri bertindak kerana tertipu dengan agen Bn, polis dimangsakan. Umno Bn menipu dan ‘brainwash’ polis untuk menukar mereka supaya menjadi alat regim yang hilang pertimbangan. 
Polis perlu sedar hakikat ini, kalau bersalahpun saya tujukan kepada anggota atasan polis yang sedar dan bersekongkol dengan pemimpin regim memperkudakan anggota bawahan dilapangan. Najib Razak dan sepupunya Hishamuddin perlu mengambil tanggungjawab penuh terhadap apa yang terjadi.

Tarikh 28 April 2012 harus dikenang dengan sebagai Hari Rusuhan Polis yang memukul, melanggar, menangkap,memaki hamun, mencuri, merosakkan harta benda kerana diperalat dan diperdaya regim Bn. 

Selain itu tarikh itu harus dikenang sebagai hari kemerdekaan dan penyatuan rakyat dimana ia merupakan himpunan terbesar rakyat Malaysia perbagai latar belakang bersatu dalam menuntut kebaikan untuk negara tercinta.

Jika benar penganjur berniat jahat, bayangkan kekuatan 200,000 lebih orang kalau digunakan untuk berdepan dengan hanya 10,000 anggota polis pasti tidak mampu ditahan laghi. 

Namun itu bukan tujuannya. Jangan lari fokus mengenai sapa pecah pagar atau sebagainya… isu utamanya ialah jangan ada PRU sebelum senarai pemilih dibersihan, pembersihan SPR harus bermula dengan Ketua dan Timbalanya yang jelas ahli Umno harus letak jawatan.  

Mana ada dalam dunia pengendali pilihanraya anggota parti politik ? Bayangkan jika perlawanan bola sepak pengadil turun ke padang memakai jersey salah satu pasukan tentu kecoh stadium.

Sekian

che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Tibai dulu baru minta maaf - Ketua Polis Negara minta maaf pada wartawan Malay mail

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar meminta maaf kepada jurugambar akhbar The Malay Mail, Muhammad Arif Kartono yang mendakwa dirinya dikasari polis ketika membuat liputan pada perhimpunan di Dataran Merdeka, Sabtu lepas.

"Polis minta maaf atas insiden yang berlaku. Dalam keadaan kekalutan dan kelam-kabut polis tidak dapat membezakan antara peserta perhimpunan dan media," katanya kepada Muhammad Arif, 23, yang ditemui semasa pertemuan dengan media di Bukit Aman di Kuala Lumpur, hari ini.

Semasa pertemuan itu, Ismail melihat sendiri kesan kecederaan di muka Muhammad Arif yang masih kelihatan lebam di wajahnya.

Muhammad Arif, yang memakai kemeja corak berkotak dan berseluar jeans, bersalaman mesra dengan Ismail sebelum kedua-dua mereka mengambil gambar bersama.- lapor malaysiakini.com



Malay Merdeka: Polis hanya minta maaf pada wartawan (suratkhabar BN)?



Kisah wartawan Malaysiakini dikasari polis

(Cerita asal Koh Jun Lin dalam Malaysiakini)

KUALA LUMPUR: Menyingkap kembali pengalamannya
di Bersih 3.0, wartawan Malaysiakini Koh Jun Lin
berkata beliau ditahan ketika merakam aksi polis
 mengasari para peserta perhimpunan.
Koh ditahan di persimpangan Jalan Raja Laut dan 
Jalan Parlimen berdekatan dengan Dataran Merdeka
 ketika merakamkan aksi polis meleraikan
 sekumpulan para peserta demonstrasi aman Bersih 3.0.
“Walaupun menunjukkan tag media di baju jurugambar 
saya, dan memberitahu bahawa saya seorang wartawan,
 saya telah diperintah oleh dua orang polis untuk
meletakkan kamera saya.
"Saya memberikan respon dengan merendahkan 
kamera, dan menjerit ‘Media! Media!’ dan cuba
mencapai ke dalam poket saya untuk mendapat
 penutup kanta, tapi pegawai polis tersebut tidak
 berpuas hati,” tulis Koh di Malaysiakini.
Situasi tersebut berlaku pada jam 5.30 petang
 di mana beliau ditahan dan kamera dan tag
media beliau dirampas polis.
“Semasa dibawa melepasi sebarisan pegawai
 polis dan orang beruniform di Jalan Raja, satu
 daripada anggota polis mengambil kesempatan
 melepaskan tumbukan ke perut saya,” tulis Koh,
 sambil menambah kesakitan itu masih dirasai
 ketika beliau menulis artikel beliau.
Koh berkata ketika ditahan, ada pihak polis
 yang tahu beliau ialah wartawan, tapi soalan
 beliau mengapa beliau ditahan terus tidak
diendahkan.
“Saya ditahan di luar Royal Selangor Club, 
bersama 200 tahanan yang lain, sehingga 7
 malam di mana saya memberikan bantuan
merawat luka-luka yang dialami oleh ramai
dari mereka yang ditahan,” tulis beliau.
Beliau berkata ketika memberikan rawatan
 kepada tahanan, beliau sempat bertanya
 pada semua tahanan, “Adakah mereka dipukul?”
“Jawapan yang saya terima adalah ‘Ya’
 dan secara sinisnya, ‘Siapa yang tak kena?”
 tulis beliau.
Koh berkata beliau berjaya berunding untuk
 mendapatkan kembali tag medianya dengan
menukarkannya dengan MyKad.
Kemudian, ada pegawai polis datang
memulangkan kembali kamera beliau,
 namun kad memori kamera itu dirampas.
“Saya tak tahu apa di dalam, tapi pihak 
atasan telah melihat gambar tersebut dan
 mereka hendakkannya sebagai bukti,”
 kata pegawai polis itu kepada Koh.
Koh berkata beliau terkilan dengan jawapan
 tersebut kerana kad memori tersebut adalah
 hasil kerjanya yang paling penting untuk
hari tersebut.
“Antara gambar yang ada ialah bagaimana
 polis mengejar dan menahan sekumpulan
peserta, deraan yang dialami oleh seorang
 pegawai polis, tembakan gas pemedih mata,
 gambar berlumuran darah wartawan
TV Al-Hijrah Mohd Azri Mohd Salleh Khalid
bersama tag media beliau yang beliau berkata
 dipukul oleh sekumpulan pendemo,” kata Koh.
“Di sebelah lewat petang, saya dibawa di
 dalam bas bersama tahanan lain, dan saya
dapat melihat lebih banyak kekejaman polis.
 Tahanan dalam bas, yang sudah merasai
keperitan aksi polis, melihat dengan seram
 ketika bas berjalan bagaimana para pendemo
 dipukul, termasuk seorang di atas jalan raya
 sedang ditendang oleh beberapa pegawai
 polis,” kata Koh.
Koh berkata beliau dibawa ke Pulapol 
di Titiwangsa dan seorang superintenden
 polis berkata tahanan beliau adalah satu
 kesilapan dan mengarahkan pegawainya
 untuk melepaskannya dengan serta merta.
“Tiada dokumentasi yang dilakukan pada
 penahanan saya atau rampasan terhadap
 kad memori saya,” kata Koh.

'water canon' paling kurang menyakitkan - KPN


"Penggunaan meriam air cara paling kurang menyakitkan untuk menyuraikan khalayak," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada Majlis Santai Media bersama Ketua Polis Negara di Bukit Aman pagi tadi.
Kenyataan Ismail dibuat susulan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam yang mendakwa gas pemedih mata dan meriam air berkimia tidak membahayakan kesihatan peserta BERSIH.

Malay Merdeka: meriam air cara paling kurang menyakitkan?..cara yang sakit macamana..yang tak sakit macamana...kurang ke..lebih ke..tetap sakit sebab namanya sakit dan bertujuan untuk menyakitkan!

Zahida dan Shafie Afdal sudah berkahwin kata akhbar MCA


Ruangan hiburan akhbar milik MCA, The Star, iaitu The Daily Chilli mendakwa, Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal telah berkahwin dengan artis Zahida Rafik secara senyap-senyap.


Berikut adalah kenyataan penuh Shafei:

“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan di dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi (No. K/P: 740214146237) No report AMPANG/007017/12 yang bertarikh 13 Mac 2012 yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik.

“Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah TIDAK BENAR sama sekali dan kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluaskan salinan laporan polis berkenaan adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata.

“Sehubungan dengan itu, saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini.

Sekian, terima kasih.

Dato’ Seri Mohd Shafie Afdal – Putrajaya, 23 April 2012.”




Malay Merdeka:waduh..! ini chili MCA bener-bener pedes (pedas)!.....


dari bawah laut ke tinggi Everest Bersih 3.0 membara segenap pelusuk dunia! Pengerusi SPR digesa letak jawatan.


'Duduk Bantah' Melbourne desak Pengerusi SPR letak jawatan.

 Dari serendah laut di Aceh sehingga setinggi ke gunung Everest, semuanya berkumpul memberi solidariti kepada kira-kira 250,000 warga pelbagai generasi yang turun di jalanan Kuala Lumpur bagi menunjuk bantahan kepada korupsi pilihanraya.

Kira-kira (hampir 1500)  1,250 warganegara hadir di Dataran Persekutuan (Federation Square) Melbourne, Australia Sabtu lepas untuk menzahirkan desakan menuntut pilihanraya yang bersih dan adil di Malaysia.
 
(Antara orang ramai yang berkumpul di Federation Square, Melbourne, Sabtu lepas serentak dengan rakan-rakan mereka di Kuala Lumpur dan seluruh dunia)

Antara tuntutan mereka adalah mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof meletakkan jawatan.


‘Duduk Bantah’ dengan peserta turun memakai pakaian berwarna kuning, sambil memegang pelbagai sepanduk yang mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk meletakkan jawatan serta mengibarkan bendera Malaysia tercinta.

Perhimpunan tersebut telah dirasmikan oleh ahli Senator Victoria, Colleen Hartland dari parti The Greens Australia. 

Dalam ucapan ringkas beliau menyatakan sokongan kepada pergerakan itu. Seterusnya acara diteruskan dengan ucapan dari Encik Hong Lim, Ahli Parlimen Clayton, Melbourne. 
Seusai perhimpunan, peserta bersurai secara aman dengan bantuan pihak berkuasa mengawal baik keadaan lalu lintas.- harakahdaily.net



Malay Merdeka: Banyak aksi ngeri polis malaysia mengawal perhimpunan aman dengan berhemah (?) dapat disaksikan di you tube. Polis diluar negara tak berhemah sebab biarkan perhimpunan berlangsung di datran negara mereka!


bagai melepas anjing tersepit - bantuan kepada polis cedera dinafikan - kesal peserta Bersih

Peserta bantu polis tersepit
Saiful menunjukkan gambar yang tersiar di sebuah akhbar arus perdana yang tidak menceritakan kisah sebenarnya yang berlaku.



“Mereka yang mengangkat kereta itu terdiri daripada 10 hingga 15 orang rata-ratanya berniat mahu menyelamatkan mangsa yang mungkin tersepit di bawah kereta dan bukan sengaja untuk membalas dendam terhadap anggota polis.
“Dalam keadaan kelam kabut kami cuba mengawal situasi namun terdapat dua atau tiga orang (bukan berpakaian kuning) bertindak menjerit dan cuba melakukan keganasan melampau malah kami cuba menghalang dan turut membelasah seorang daripada mereka yang cuba melarikan beg dari kereta polis itu,” kata  Saiful Mokhtar, 33, eorang aktivis kepada Sinar Harian.
“Kami sendiri yang mengeluarkan dan menyelamatkan anggota polis daripada menjadi mangsa ganas individu terbabit yang berterusan masih mahu melakukan provokasi meskipun ramai yang cuba meleraikannya.
“Saya juga hairan kerana rata-rata yang melakukan provokasi melampau dan mengajak supaya memukul anggota polis terdiri daripada mereka yang berpakaian biasa dan apa yang berlaku ketika itu amat pelik malah saya sendiri juga tidak sempat untuk menghalang salah seorang mereka daripada menendang beberapa motosikal anggota trafik yang diletakan dibahu jalan beberapa meter di lokasi sama,” katanya.
Saiful berkata, turut menimbulkan persoalan insiden yang berlaku seolah-olah dirancang kerana visual yang dirakamkan sebuah stesen TV diambil dari tingkat atas sebuah lagi pusat membeli-belah.
Malay Merdeka: apa celop...apa celop to'...apa celop..apa celop toi'...tugas ku kali ini keris taada sarung...wakabelu..wakabelu...jangan takut to'....budak ramai to'...
budak kita to' pandai simpan belang...
apa celop to'....apa celop...apa celop...apa celop to'
are you ready boy......wont stop!...ha..ha...ha..
apa celop...apa celop....