Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 12 Jun 2012

Ahmad Maslan pun ditawar saham Felda (FGVH)


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata bahawa beliau ditawarkan saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) atas dasar beliau terbabit dalam membantu proses penyenaraiannya, namun menolaknya demi membantu peneroka Felda.
"Saya tolak sebab saya dianggap orang yang terlibat dalam membantu penyenaraian (FGVH). Ada klausa di situ, peneroka, staf dan orang yang terlibat dalam penyenaraian (layak dapat saham).
"Saya menolak...pada saya, saya anggota pentadbiran...saya tiada kepentingan kecuali membantu peneroka," katanya kepada pemberita selepas memberikan penerangan mengenai konsep Gagasan IMalaysia di Seminar Pemahaman Wasatiyyah dan Gagasan 1Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan di sini, Selasa.
Jelasnya beliau tidak meminta sebarang saham namun ditawarkan untuk memiliki saham tersebut.
Semalam Ahmad memberitahu persidangan Dewan Rakyat bahawa keuntungan yang diperoleh daripada FGVH juga boleh dinikmati orang ramai memandangkan penyenaraian syarikat itu turut melibatkan kerajaan negeri dan pelabur institusi. - BERNAMA
Malay Merdeka: kentut pun tak bunyi....

Majlis Fatwa tidak kata Bersih 3.0 haram - Dr. Mashitah Ibrahim


 Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan fatwa yang mengatakan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu sebagai haram.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahimsebaliknya menjelaskan bahawa ahli Majlis Fatwa Kebangsaan hanya mengeluarkan nasihat mengenai perhimpunan berkenaan.
"Fatwa mengenai perhimpunan Bersih 3.0 tidak pernah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.
"Sebaliknya ia merupakan nasihat daripada ahli-ahli muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 4 hingga 6 Mei 2012," katanya ketika menjawab ucapan penangguhan pada persidanganDewan Rakyat hari ini.- Mstar
Malay Merdeka: selepas kena kutuk....

Juara 'bontot' kena tipu menteri padan muka!


Presiden persatuan Tentera Malaysia (PVTM) Mohd Ali Baharom berkata, demonstrasi pada 29 Jun iakan dibuat dengan mensasarkan Kementerian Pertahanan dan menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.kerana PVTM kecewa dengan menteri yang antara lainnya didakwa tidak menunaikan janjinya sebelum ini.

“Veteran kecewa kerana tidak dihargai sebagai contoh tentang isu kebajikan dan layanan menteri kepada persatuan bekas tentera.

“Sebelum ini juga Datuk Zahid ada berjanji seperti nak beri pencen kepada bekas tentera. Tetapi tak beri.
"Kemudian beliau juga berjanji nak memberi saguhati kepada bekas tentera yang tak pencen," katanya ketika menghubungi Malaysiakinihari ini.
Kumpulan tersebut meraih populariti melalui demonstrasi "senaman punggung" ke atas pengerusi bersama BERSIH 2.0 pada 15 Mei.
Namun ketika ditanya, Mohd Ali berkata mereka "tidak perlu" menjalankan tindakan sama ada dalam demonstrasi kali ini.
Malay Merdeka: padan muka!

Anwar tiada Rm 3 billion pencerahan bekas pengarah BPR

Abdul Razak Idrus Bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,memeberitahu ,BPR telah menyiasat perkara itu ekoran dakwaan yang dibuat dalam akuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid.
Katanya, sepasukan pengawai BPR telah ke Singapura dan United Kingdom untuk menyiasat dakwaan tersebut.
“Kami berjumpa dengan Murad dan beberapa saksi di Britain. Tetapi siasatan mendapat ‘tiada kes’ terhadap Anwar berhubung dakwaan dalam akuan bersumpah Murad,” katanya memetik semula laporan Malaysiakini.
Siasatan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyorok RM3 bilion dalam akaun asing dan mempunyai kaitan dengan kepentingan barat, didapati tidak berasas.

Beliau menjelaskan demikian di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 November 2009.
Bekas Pegawai Kanan BPR itu memberi keterangan dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh Anwar terhadap News Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan bekas Ketua Pengarang Kumpulannya, Datuk Abdullah Ahmad.
Anwar memfailkan saman itu pada 4 Julai 2003.
Artikel yang didakwa berunsur fitnah itu, disiarkan pada 2 Mac 2002.
Oleh itu, katanya, beliau membuat kesimpulan bahawa dakwaan dalam akuan bersumpah itu adalah tidak berasas dan mengarahkan supaya siasatan ditutup.
Murad menandatangani akuan bersumpah itu pada 20 Oktober 1999 – kira-kira sebulan selepas Anwar ditahan selepas dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada awal September tahun berkenaan.
Abdul Razak kemudiannya membuat akuan bersumpahnya mengenai perkara itu dan mengemukakannya kepada mahkamah.
NSTP diarah bayar RM100,000 pada Anwar
Mahkamah Tinggi mengarahkan NSTP membayar gantirugi RM100,000 kepada Anwar berhubung penyiaran artikel berunsur fitnah itu.
Mahkamah juga memerintahkan syarikat media itu membayar kos RM20,000 kepada Ketua Umum KEADILAN itu.
Sebelum itu, mahkamah memutuskan bahawa NSTP telah memfitnah Anwar dalam artikel yang disiarkan dalam akhbar NST pada 2 Mac 2002.
Artikel tersebut yang bertajuk ‘Anwar’s link to US lobbyist’ mendakwa Ketua Pembangkang itu menyorok RM3 bilion dalam akaun asing dan mempunyai hubungan dengan kepentingan barat.
Artikel itu berdasarkan kepada satu lagi artikel – ‘The Bush Administration’s dubious envoy to Taiwan’ – yang disiarkan dalam edisi Mac 2000 majalah mingguan politik New Republic.
Dalam keputusannya, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Harminder Singh Dhaliwall dipetik berkata, NSTP tidak boleh menyandarkan pembelaannya atas alasan kelayakan terhad kerana artikel tersebut berniat jahat dan lebih daripada sekadar menerbitkan semula artikel majalah New Republic.
Oleh itu, katanya, mahkamah mendapati artikel tersebut berunsur fitnah dan defenden perlu membayar gantirugi kepada Anwar.-KD

Menteri KDN: Polis ikut SOP yang betul tangani Bersih 3.0


 Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan prosedur operasi standard (SOP) yang betul bagi mengawal keadaan semasa kekecohan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, PDRMbertindak mengikut SOP bagi memastikan keadaan terkawal dari menjadi ganas sehingga boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.
"Pada masa yang sama polis perlu bertindak dengan cepat bagi memastikan keadaan terkawal.-Utusan Malaysia



Malay Merdeka:S ebagai rakyat yang perihatin, kita perlu menilai sejauh mana ketelusan kerajaan dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diberi kepada mereka dalam mentadbir negara ini

Kerusi Kepala Batas: Siapa Ganti Pak Lah

Pak Lah tidak memberi apa-apa kenyataan bahawa dia akan bertanding untuk kerusi parlimen Kepala Batas yang dipegangnya sejak tahun 1978. Namun demikian, media Umno telah sibuk menspekulasi siapakah yang akan diumum untuk menggantikan tempatnya.

“Ini memang cara Umno memukul beduknya. Sekalipun Pak Lah mahu bersara, dialah yang akan mencari orang yang sesuai untuk kerusi kuatnya itu. Kita tidak membina kubu kuat seperti itu lantas melepaskannya begitu sahaja. Jika dia mahu, Kepala Batas akan diwariskan kepada Khairy- itu yang pasti,” kata pemerhati Umno kepada Malaysia Chronicle.
Dia merujuk kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, yang berada dalam tekanan di kawasannya sendiri iaitu Rembau dan berkemungkinan juga, Chegubard atau Badrul Hisham Shahrin dari PKR akan mengalahkannya untuk kerusi Negeri Sembilan itu.
Ada cakap-cakap bahawa Khairy akan berpindah ke kubu kuat Pak Lah di Pulau Pinang. Tetapi, bagaimana dia akan melakukan itu tanpa rasa malu dan berhadapan dengan tohmahan dari Umno sendiri.
sekurang-kurangnya dua pemimpin Umno sedang bergelut untuk kerusi Kepala Batas. Mereka adalah ketua pemuda Umno Kepala Batas, Reezal Merican Naina Merican dan bekas duta Malaysia ke Filipina, Ibrahim Saad, bekas ahli parlimen tasik Gelugor yang juga timbalan menteri.
“Ibrahim mungkin ada kelabihan disini dan dia juga ada kaitan dengan orang lama manakala Reezal pula seorang mamak. Namun, Pak Lah mahukan reezal untuk menggantikannya,” ada sumber memberitahu The Malaysian Insider, dengan merujuk kepada Reezal yang berketurunan India Muslim.
Namun, disebalik faktor ‘mamak’ Reezal, dia bukanlah pilihan yang popular kerana dia juga dilihat sebagai boneka Khairy.
Ibrahim yang merupakan timbalan menteri di Pulau Pinang semasa BN memerintah negeri itu dilihat sebagai calon yang lebih berpotensi malah dia juga rapat kepada Najib.
Pak Lah, yang dikenali sebagai ‘Sleeping Beauty’ untuk satu tempoh pemerintahan yang tidak lama, merupakan perdana menteri Malaysia dari tahun 2003 hingga ke 2009. Menurut The Malaysian Insider, dia memenangi kerusi Kepala Batas untuk kali yang ke lapan pada tahun 2008 dengan majoriti undi 11,246 apabila menerima sejumlah 23,445 undi berbanding Subri Mohd Arshad dari PAS yang mendapat hnaya 12, 199 undi.
Malaysia Chronicle