Siasatan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyorok RM3 bilion dalam akaun asing dan mempunyai kaitan dengan kepentingan barat, didapati tidak berasas.
Selasa, 12 Jun 2012
Anwar tiada Rm 3 billion pencerahan bekas pengarah BPR
Abdul Razak Idrus Bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,memeberitahu ,BPR telah menyiasat perkara itu ekoran dakwaan yang dibuat dalam akuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid.
Siasatan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyorok RM3 bilion dalam akaun asing dan mempunyai kaitan dengan kepentingan barat, didapati tidak berasas.
Katanya, sepasukan pengawai BPR telah ke Singapura dan United Kingdom untuk menyiasat dakwaan tersebut.
“Kami berjumpa dengan Murad dan beberapa saksi di Britain. Tetapi siasatan mendapat ‘tiada kes’ terhadap Anwar berhubung dakwaan dalam akuan bersumpah Murad,” katanya memetik semula laporan Malaysiakini.Siasatan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyorok RM3 bilion dalam akaun asing dan mempunyai kaitan dengan kepentingan barat, didapati tidak berasas.
Beliau menjelaskan demikian di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 November 2009.
Bekas Pegawai Kanan BPR itu memberi keterangan dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh Anwar terhadap News Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan bekas Ketua Pengarang Kumpulannya, Datuk Abdullah Ahmad.
Anwar memfailkan saman itu pada 4 Julai 2003.
Artikel yang didakwa berunsur fitnah itu, disiarkan pada 2 Mac 2002.
Oleh itu, katanya, beliau membuat kesimpulan bahawa dakwaan dalam akuan bersumpah itu adalah tidak berasas dan mengarahkan supaya siasatan ditutup.
Murad menandatangani akuan bersumpah itu pada 20 Oktober 1999 – kira-kira sebulan selepas Anwar ditahan selepas dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada awal September tahun berkenaan.
Abdul Razak kemudiannya membuat akuan bersumpahnya mengenai perkara itu dan mengemukakannya kepada mahkamah.
NSTP diarah bayar RM100,000 pada Anwar
Mahkamah Tinggi mengarahkan NSTP membayar gantirugi RM100,000 kepada Anwar berhubung penyiaran artikel berunsur fitnah itu.
Mahkamah juga memerintahkan syarikat media itu membayar kos RM20,000 kepada Ketua Umum KEADILAN itu.
Sebelum itu, mahkamah memutuskan bahawa NSTP telah memfitnah Anwar dalam artikel yang disiarkan dalam akhbar NST pada 2 Mac 2002.
Artikel tersebut yang bertajuk ‘Anwar’s link to US lobbyist’ mendakwa Ketua Pembangkang itu menyorok RM3 bilion dalam akaun asing dan mempunyai hubungan dengan kepentingan barat.
Artikel itu berdasarkan kepada satu lagi artikel – ‘The Bush Administration’s dubious envoy to Taiwan’ – yang disiarkan dalam edisi Mac 2000 majalah mingguan politik New Republic.
Dalam keputusannya, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Harminder Singh Dhaliwall dipetik berkata, NSTP tidak boleh menyandarkan pembelaannya atas alasan kelayakan terhad kerana artikel tersebut berniat jahat dan lebih daripada sekadar menerbitkan semula artikel majalah New Republic.
Oleh itu, katanya, mahkamah mendapati artikel tersebut berunsur fitnah dan defenden perlu membayar gantirugi kepada Anwar.-KD
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan