Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Khamis, 26 November 2009

RASUAH

Artikel ini dipetik dari merdekareview.com



Secara keseluruhannya, siri survey yang diadakan sejak kebelakangan ini menunjukkan bahawa 81% masyarakat Malaysia menganggap rasuah adalah masalah yang serius.  Seandainya anda meneliti keputusan survey terbaru yang diumumkan Merdeka Center, 89% responden kaum Cina menganggap rasuah adalah masalah serius, lebih tinggi daripada kaum lain.
Dalam survey yang sama, ketika diajukan soalan "sejauh manakah rasuah memberi kesan terhadap kehidupan anda?", keputusannya seperti berikut:-
21% -sangat (very much);
26% -sedikit-sebanyak (some);
22% -sedikit (little);
26%-langsung tiada (not at all).
Seandainya dianalisa dari perspektif etnik, paling ramai kaum India menganggap rasuah tidak memberi kesan terhadap dirinya (53%); sementara paling ramai bumiputera menganggap bahawa rasuah memberi kesan yang sangat dalam terhadap dirinya, dengan Melayu di Semenanjung (25%), bumiputera Muslim (29%) dan bumiputera bukan muslim (31%).
Sekiranya dianalisa dari perspektif pendapatan, 24% daripada golongan pendapatan keluarga yang kurang daripada RM3000, menganggap rasuah memberi kesan terhadap dirinya.  Selain itu, setengah daripada orang negeri Sabah menganggap rasuah memberi kesan terhadap dirinya (27% sangat dan 23% sedikit sebanyak).
Namun, daripada tahap seriusnya gejala rasuah, lebih orang berprihatin terhadap rasuah kecil-kecilan (petty corruption), misalnya duit kopi untuk polis.  Sebaliknya, terdapat 16% responden yang gagal menilai rasuah besar (grand corruption).  Sementara itu, hanya 42% orang dapat menyebut kes rasuah, malah 42% antara golongan ini mengambil berat terhadap skandal Projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Perdana Menteri baru, Najib Abdul Razak (gambar kiri) mengumumkan Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang membabitkan usaha memerangi rasuah.  Walaupun Najib memperolehi sokongan lebih daripada 60% baru-baru ini, namun hanya 34% responden yakin terhadap usaha Najib untuk membanteras rasuah, di samping 31% yang tidak yakin terhadap keberkesanan Najib membanteras rasuah.
Selain itu, responden yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan keberkesanan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terdiri daripada 34% masing-masing.  Responden juga tidak yakin dengan keberkesanan sistem kehakiman dalam usaha membanteras rasuah.  Antaranya, keberkesanan pasukan polis paling tidak diyakini (45%), dengan 23% responden yang yakin.
Pakatan Rakyat kelihatan "bersih" jikalau dilihat secara luaran, sepanjang tempoh 20 bulan pemerintahan mereka di negeri masing-masing.  Setelah tragedi kematian yang berlaku pada Julai 2009, berikutan siasatan rasuah terhadap Exco di Selangor, kebanyakan orang cenderung untuk bersimpati terhadap PR yang dilihat sebagai mangsa sabotaj kerajaan Barisan Nasional.
Namun, ini bukan bermakna PR mempunyai kesempatan untuk menyeleweng, atau alasan PR untuk melengahkan langkahnya dalam mengamalkan good governance.  Langkah setiap negeri PR tidak serentak.  Selcat di negeri Selangor mungkin sesuatu yang baru, namun bagaimana pula dengan negeri PR yang lain?  Bagaimana pula kerajaan CAT di Pulau Pinang?  Apakah kerajaan negeri yang didominasi PAS masih bergantung kepada pimpinan moral, namun tidak melihat kepada reformasi dari sistem?
*Sedutan daripada tulisan Tan Seng Keat, dalam kolumnya di MerdekaReview, edisi bahasa Cina.