Hanya kerana hendak menunjukkan simbol perhubungan antara China dan Malaysia , membazirkan wang jutaan ringgit untuk dua ekor panda sama sekali tidak memenuhi maksud perhubungan diplomatik yang baik. kos hidup yang meliputi soal perumahan, khidmat kesihatan dan keperluan asas masih dihadapi rakyat berpendapatan rendah dan ia perlu lebih diutamakan kerajaan daripada dua ekor beruang panda.mengutamakan keselesaan dua ekor haiwan yang bukan untuk keperluan asasi warga rakyat adalah melanggar maqasid syariah
=====================
Hampir separuh kakitangan dari sebuah agensi kerajaan di sini dilaporkan berhutang dengan along menyebabkan ramai dikalangan mereka dihimpit kesusahan lebih-lebih lagi kad pengeluaran wangautomatik (ATM) turut dipegang oleh ceti haram. Perkara mengejutkan itu didedahkan oleh Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur, Samsudin Mohamad Fauzi


