Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Jumaat, 27 April 2012

BERSIH 3.0 sudah dipuncak Everest


Lihatlah kejayaan dua pendaki mengibar bendera ‘Bersih 3.0 Mendaki Bantah Puncak Everest’ bertujuan menunjukkan kepada dunia betapa sistem pilihan raya di Malaysia tidak bersih.
Bendera Bersih 3.0 berjaya dipacak di puncak Gunung Everest beberapa jam sebelum Kuala Lumpur ‘dikuningkan’ dalam Himpunan Duduk Bantah esok.


PENYOKONG BERSIH DI SERATA DUNIA

dari gunung kinabalu



dari mekah



dari madinah
bersih in mecca 




BERSIH 3.0 Diharuskan.


Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Razali (gambar) berkata
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
“Ketahuilah sesungguhnya sebesar-besar pengkhianatan ialah pengkhianatan pemerintah kepada orang awam. Ketahuilah jangan sampai kehebatan manusia menghalang seseorang menyatakan kebenaran apabila dia mengetahuinya. Ketahuilah sesungguhnya sebaik-baik Jihad adalah perkataan yang benar di hadapan pemerintah yang zalim.” 
(Hadis riwayat Ahmad)
“Kegagalan melaksanakan pilihan raya secara adil dan bersih merupakan satu kezaliman pemerintah terhadap hak-hak rakyat untuk memilih pemimpin yang baik dan beramanah,”
Pelbagai penyelewengan pengurusan harta negara oleh pentadbiran negara yang dipimpin oleh Barisan Nasional telah diserlahkan menerusi Laporan Audit Negara 2010 yang lalu sehingga melibatkan pelbagai ketirisan dana negara.
Jelasnya, Al-Quran memperingatkan :
di dalam surah Hud, ayat 113 yang bermaksud: Dan janganlah kamu cenderung hati bersama orang-orang yang zalim, pasti kamu disentuh api neraka.
Katanya, antara kezaliman yang berlaku juga ialah apabila Pilihan raya Umum untuk memilih pemerintah tidak dijalankan secara telus dan adil.
Khairuddin menegaskan, hak berhimpun menyatakan pandangan adalah hak setiap rakyat Malaysia yang dijamin oleh perlembagaan.
“Islam juga menggesa umatnya menyatakan kebenaran di hadapan pemerintah yang zalim dan mengkategorikannya sebagai salah satu jihad menggunakan lidah,” ujarnya lagi.
Beliau menambah, penggunaan institusi kerajaan untuk membantu kempen parti politik pemerintah yang berlaku sejak sekian lama adalah kezaliman terhadap hak rakyat Malaysia yang terdiri daripada kalangan penyokong pemerintah dan pembangkang.
Oleh itu, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia termasuk umat Islam hadir beramai-ramai dalam Himpunan Bersih 3.0, esok untuk bersama-sama memperjuangkan keadilan dan menentang kezaliman.





Minang Hanyut buat operasi IC di Cheras


Harakahdaily,27 Apr 2012

CHERAS: Task force memberikan status warganegara kepada warga asing semata-mata untuk menjadi pengundi BN pada pilihan raya didapati berlaku di Cheras, dakwa satu sumber.

Ia dibuat melalui kumpulan yang dinamakan 'Lagenda Minang Hanyut'.

Menceritakan kepada Harakahdaily sumber tersebut mendakwa, ianya berlaku sekitar bulan Januari dan Februari lalu di Kampung Cheras Baru.

Ketika itu diwarwarkan bahawa pilihan raya umum akan berlaku pada Mac atau April.

Menurutnya, sindiket di kampung itu diketuai seorang individu bernama 'Pak Ngah' berketurunan Minang yang dipercayai mempunyai 'kabel kuat' dengan seorang menteri kabinet.

"Bukan Kampung Cheras Baru sahaja dia punya pelanggan, tapi seluruh Ampang.

"Siapa warga asing yang kahwin dengan orang kita walaupun baru setahun di sini, mereka boleh dapat IC dengan syarat kena undi BN," katanya yang mengaku sebelum ini adalah jentera Umno.

Sumber itu juga memberitahu, beliau dimaklumkan terdapat sebanyak 1,280 kuota untuk Pak Ngah mendaftar warga asing di sekitar Ampang untuk mereka menukar status sebagai penduduk tetap dan boleh mendapatkan IC.

Mengulas modus operandinya pula, sumber itu berkata, warga asing yang mahu menukar pasport mereka kepada IC biru perlu bertemu dengan 'Pak Ngah' dengan membawa sejumlah wang yang dipercayai sebagai 'kos pemprosesan'.

"Saya tengok sendiri warga asing itu jumpa Pak Ngah, serah pasport dan sejumlah wang dalam satu sampul surat.

"Seminggu kemudian Pak Ngah beri orang itu IC," katanya lagi.

Menurutnya lagi, dia mendedahkan hal itu kepada Harakahdaily kerana bimbang masa depan rakyat negara ini yang akhirnya terjajah di bumi sendiri.

"Bagus la BN menang, tapi negara tergadai buat apa.

"Sebab itu saya harap himpunan Bersih 3.0 ini boleh hentikan semua perbuatan mengkhianat negara ini," katanya.

Pengerusi SPR dan timbalannya pengkhianat negara paling bahaya

"(Pengerusi SPR), Tan Sri Abdul Aziz (Mohd Yusof) dan (timbalannya) Datuk Wan Ahmad (Wan Omar) kata mereka tidak ingat dan tidak tahu mereka menjadi ahli Umno.

"Jika hal yang sangat mudah seperti itu pun tidak tahu dan tidak ingat, tentulah mereka tidak ingat dan tidak tahu sama ada mereka terlibat atau tidak di dalam konspirasi sulit mengkhianati negara dan Yang di-Pertuan Agong dengan membawa warga asing menjadi pengundi haram di negara ini," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mengulas laporan pemimpin kanan SPR adalah ahli Umno.


"Mereka tidak sedar mereka menjadi ahli Umno. Kalau hal diri sendiri pun tak sedar, keupayaan mereka untuk menyedari benda yang besar-besar langsung tidak boleh diharapkan sama sekali.

"Tidak sedar bermakna tidak layak sama sekali. Mereka mesti letak jawatan serta merta kerana jika tidak, negara ini menanggung risiko yang mengerikan kerana orang-orang yang tidak sedar serta tidak ada keupayaan untuk ingat dan tahu itu memegang jawatan yang penting," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.


"Dan ketika pelbagai bukti dikemukakan, termasuk yang bertulis dan terang-terangan, tidak boleh dipercayai sama sekali bahawa mereka tahu, ingat dan sedar bahawa di dalam daftar pemilih sekarang masih terdapat pengundi hantu atau warga asing yang menjadi pengundi setelah mendapat mendapat kad pengenalan melalui konspirasi mengkhianati negara.


Mahfuz tidak yakin Pengerusi SPR dan timbalannya itu tahu, ingat dan sedar mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang memutuskan terdapat pengundi hantu dalam daftar pemilih ketika membuat keputusan mengenai pilihan raya kerusi Dewan Undangan Negeri Likas.


"Oleh kerana mereka memegang jawatan yang sangat berkait rapat dengan masa depan dan pemerintahan negara, mereka boleh dilihat sangat berbahaya disebabkan sifat tidak sedar, tidak ingat dan tidak tahu itu.

"Sekali lagi saya nyatakan bahawa mereka mesti meletak jawatan," tegasnya.


Jika pemimpin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak ingat dan tidak tahu mereka menjadi ahli Umno, tentu mereka juga tidak tahu sama ada mereka terlibat atau tidak dalam konspirasi mengkhianati negara.

Demikian kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar .

Penipu! letak jawatan! Pengerusi SPR dan Timbalannya sah ahli Umno!

NONEDalam  satu kenyataan hari ini Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini mengotakan janjinya mendedahkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Omar adalah ahli Umno.

Saifuddin menjelaskan nombor keahlian Abdul Aziz ialah 113804 dan berdaftar di Cawangan Sri Ampang Baru dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya dalam Parlimen Ampang, Selangor.
Manakala nombor keahlian Umno bagi Wan Ahmad pula ialah 2374564 dan beliau berdaftar dalam Cawangan Kubang Bunggor DUN Chetok bagi Parlimen Pasir Mas di Kelantan.
Akhbar Sinar Harian hari ini pula mendedahkan kedua-dua pemimpin SPR itu mengakui mereka ialah ahli Umno, namun memberi alasan ‘lupa’ dan tidak tahu mendaftar di cawangan mana.

Pengerusi SPR dan Timbalan harus letak jawatan setelah akui jadi ahli UMNO

 Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof  dan Timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar harus meletakkan jawatan setelah tidak menolak bahawa mereka adalah ahli Umno.
Kepercayaan rakyat tambah meyakinkan bahawa SPR tidak telus dan bersikap berat sebelah setelah mengetahui pengakuan mereka.
Piliharaya bersih  perlu diurustadbir oleh mereka yang tidak bias mana-mana pihak.

Pengerusi SPR dan timbalannya diserang penyakit amnesia mengaku jadi ahli umno

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar menjadi nyanyuk secara tiba-tiba apabila masing-masing mengluarkan kenyataan tidak ingat bilakah mereka menjadi ahli Umno. Namun mereka memberikan jawapan yang sama dan serupa iaitu memang ahli umno namun katanya orang lain yang mendaftarkan.
Jawapan bodoh dan melucukan itu sepatutnya diberikan kepada cucu mereka yang bersekolah tadika. Malahan lebih meloyakan  apabila menyatakan bahawa ianya merupakan satu fitnah.
Dengan kenyataan tersebut maka rakyat berkeyakinan bahawa pengerusi dan timbalannya sedang memakai lampin pakai buang kerana tidak mampu mengurus diri sendiri. Lebih memudaratkan lagi apabila menguruskan sesuatu kepentingan rakyat iaitu menguruskan Pilihanraya. 
Laporan akhbar sinarharian hari ni mendedahkan bagaimana orang penting SPR ini menjadi tidak keruan bagai diserang amukan pocong.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak pernah mendaftar atau memohon untuk menjadi ahli Umno, walaupun tidak menolak kemungkinan namanya tersenarai dalam parti tersebut.
Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof

 Datuk Wan Ahmad Wan OmarTimbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengakui beliau pernah menjadi ahli Umno sambil menegaskan, apa yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat satu "fitnah, tidak matang dan bertujuan menjatuhkan imejnya."
Bagaimanapun Wan Ahmad tidak ingat bila dan cawangan mana beliau didaftarkan sebagai ahli kerana pendaftaran itu dilakukan orang lain.