"Jika hal yang sangat mudah seperti itu pun tidak tahu dan tidak ingat, tentulah mereka tidak ingat dan tidak tahu sama ada mereka terlibat atau tidak di dalam konspirasi sulit mengkhianati negara dan Yang di-Pertuan Agong dengan membawa warga asing menjadi pengundi haram di negara ini," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mengulas laporan pemimpin kanan SPR adalah ahli Umno.
"Mereka tidak sedar mereka menjadi ahli Umno. Kalau hal diri sendiri pun tak sedar, keupayaan mereka untuk menyedari benda yang besar-besar langsung tidak boleh diharapkan sama sekali.
"Tidak sedar bermakna tidak layak sama sekali. Mereka mesti letak jawatan serta merta kerana jika tidak, negara ini menanggung risiko yang mengerikan kerana orang-orang yang tidak sedar serta tidak ada keupayaan untuk ingat dan tahu itu memegang jawatan yang penting," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
"Dan ketika pelbagai bukti dikemukakan, termasuk yang bertulis dan terang-terangan, tidak boleh dipercayai sama sekali bahawa mereka tahu, ingat dan sedar bahawa di dalam daftar pemilih sekarang masih terdapat pengundi hantu atau warga asing yang menjadi pengundi setelah mendapat mendapat kad pengenalan melalui konspirasi mengkhianati negara.
Mahfuz tidak yakin Pengerusi SPR dan timbalannya itu tahu, ingat dan sedar mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang memutuskan terdapat pengundi hantu dalam daftar pemilih ketika membuat keputusan mengenai pilihan raya kerusi Dewan Undangan Negeri Likas.
"Oleh kerana mereka memegang jawatan yang sangat berkait rapat dengan masa depan dan pemerintahan negara, mereka boleh dilihat sangat berbahaya disebabkan sifat tidak sedar, tidak ingat dan tidak tahu itu.
"Sekali lagi saya nyatakan bahawa mereka mesti meletak jawatan," tegasnya.
Jika pemimpin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak ingat dan tidak tahu mereka menjadi ahli Umno, tentu mereka juga tidak tahu sama ada mereka terlibat atau tidak dalam konspirasi mengkhianati negara.
Demikian kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan