Jawapan bodoh dan melucukan itu sepatutnya diberikan kepada cucu mereka yang bersekolah tadika. Malahan lebih meloyakan apabila menyatakan bahawa ianya merupakan satu fitnah.
Dengan kenyataan tersebut maka rakyat berkeyakinan bahawa pengerusi dan timbalannya sedang memakai lampin pakai buang kerana tidak mampu mengurus diri sendiri. Lebih memudaratkan lagi apabila menguruskan sesuatu kepentingan rakyat iaitu menguruskan Pilihanraya.
Laporan akhbar sinarharian hari ni mendedahkan bagaimana orang penting SPR ini menjadi tidak keruan bagai diserang amukan pocong.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak pernah mendaftar atau memohon untuk menjadi ahli Umno, walaupun tidak menolak kemungkinan namanya tersenarai dalam parti tersebut.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengakui beliau pernah menjadi ahli Umno sambil menegaskan, apa yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat satu "fitnah, tidak matang dan bertujuan menjatuhkan imejnya."



Tiada ulasan:
Catat Ulasan