Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Khamis, 26 April 2012

PENDEDAHAN MENGEJUTKAN: PENGERUSI DAN TIMBALAN SPR MERUPAKAN AHLI UMNO!

NONE
"Saya tahu Aziz ahli Umno, cawangan mana, nombor ahli Umno. Satu-satu SPR di dunia, ketua dan timbalannya secara rasmi menjadi ahli politik yang bertanding dalam pilihan raya.

"Saya juga ada maklumat di cawangan mana Tan Sri Aziz dan timbalannya (Wan Ahmad) menjadi ahli (Umno)," kata Saifuddin Nasution seperti dipetik akhbar  Sinar Harian hari ini tersebut.


Abdul Aziz menjadi Pengerusi SPR pada Januari 2009 manakala Wan Ahmad pula kira-kira setahun sebelum Pilihan Raya Umum 2008.


+ Kenapa BN takut pilihanraya bersih? 
Kenapa tidak memberi hak mengundi secara automatik  kepada sesiapa yang layak? 
Kenapa daftar pengundi tidak telus dan bersih?
Kenapa boleh terjadi 300 orang pengundi dalam sebuah rumah?
+ Kenapa orang mati masih layak mengundi? 
Kenapa orang asing boleh menjadi warganegara dan pengundi sah dalam satu hari?
Kenapa SPR tidak pernah mengenali penyelewangan pilihanraya?
+ Kenapa dakwat kekal yang dijanjikan tiba-tiba ditarik perlaksanaannya pada PRU-12?
 Kenapa Najib Razak yang hampir kalah pada 1999 tiba-tiba menang dengan majoriti lebih 95 kali  ganda pada 2004?

Terkini, Pengerusi SPR pula berkata daftar pengundi Malaysia adalah yang terbersih di seluruh dunia. 
sehingga kini SPR masih gagal membersihkan daftar pengundi.

Kewujudan lebih 3.1 juta pengundi berdaftar di kawasan selain daripada alamat di kad pengenalan "Maklumat ini diserahkan kepada SPR oleh Jabatan Pendaftaran Negara pada tahun 2002 dan SPR (sehingga kini masih) tidak berbuat apa-apa dengannya," kata
Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan