Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Rabu, 9 November 2011

Muhyidin ranking ke 5 atau 6 dalam Umno - AJK umno PJ

Pegawai khas kepada Tengku Razaleigh Hamzah, yang juga AJK Umno Petaling Jaya Utara berkata, status Muhyiddin mungkin berada di tangga ke lima dalam carta 'orang yang diberi prioriti' oleh Umno.
"Muhyiddin pun tak sedar dia dipinggir dalam Umno, mungkin dia duduk di nombor 5 atau 6," katanya kepada Harakahdaily.

Lukhman yang juga Ahli Majlis Tertinggi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) berkata, orang pertama yang diberi keutamaan oleh Umno adalah Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Kedua pula adalah kepada Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Maznah Rais.

"Tempat ketiga diberikan kepada pengampu-pengampu Najib dan yang 'menyalak' kepada (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) seperti Senator Ezam Mohd
Nor dan Zaid Mat Arip serta ahli parlimen bebas yang mengutuk pembangkang.

"Muhyiddin tak ada dalam ranking empat yang utama, apatah lagi naib-naib presiden Umno.

"(Dalam Umno) Kalau mengampu kerajaan baru dapat ruang," katanya yang menyifatkan hanya 'ruang terpilih' yang ada dalam Umno.

Shahrizat bengang: Keluarga saya memang layak bela lembu

Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil menegaskan bahawa keluarganya layak mendapat projek Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC) yang menelan jutaan ringgit.Itu memang diarahkan kepada saya, selaku ketua Wanita Umno, dan juga pengerusi Wanita BN," katanya lagi. Kata beliau, keluarganya layak mendapatnya (NFC) kerana mereka telah bekerja kuat.



Terdapat dua syarikat bersekutu (associate companies) yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat Jalil dan mendapat manfaat terus daripada dana yang disalurkan kepada NFC, iaitu:

National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd
-Saham-saham dimiliki oleh Dato’ Dr Mohamad Salleh Ismail (249,999 saham), Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh (250,000 saham) dan Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh (1 saham).








-Bertindak sebagai syarikat pemasaran daging-daging sembelihan NFC seperti promosi di laman web www.gemasgold.com.my
-Penyata kewangan terakhir yang difailkan ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia adalah bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2007.

Real Food Company Sdn Bhd
-Saham-saham dimiliki oleh keluarga Shahrizat Jalil sama ada melalui pegangan terus: Mohamad Salleh Ismail (500,000 saham), Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh (500,000 saham) dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh (500,000 saham) atau melalui syarikat yang dikuasai mereka iaitu Asian Bioscience Corporation Sdn Bhd (1,500,000 saham) dan National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd (2,000,000).












-Mengendalikan rangkaian restoran mewah milik keluarga Shahrizat Jalil di bawah jenama Meatworks seperti promosi di laman www.rfc.com.my

Umno dah macam ditaktor - Ku Li

Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Menteri Pelancongan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata kepimpinan semasa Umno tidak lagi membenarkan suara-suara yang membangkang daripada didengar.NONE
"Sekarang ini nampaknya orang macam saya, Tan Sri (Abdul) Kadir (Sheikh Fadzir) tak ada tempat dah nak bersuara di sana (dalam Umno)," kata Razaleigh ruang itu ditutup kerana Umno sekarang hanya bergantung kepada satu idea sahaja.
Beliau memberi contoh, semasa perhimpunan agung Umno, di mana, ahli-ahli yang mahu bercakap perlu mendapat kebenaran 'orang atasan' termasuk mendedahkan perkara yang hendak dibangkitkan untuk diluluskan terlebih dahulu.
"(Sekarang) perhimpunan agung Umno untuk perkara-perkara yang sedap didengar sahaja,"(Dulu) nak kutuk ke, semua boleh cakap, tak ada masalah." kata bekas menteri pelancongan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir kecewa.

Kenapa rakyat malaysia mengamuk di Motor GP Sepang


Dua minggu lebih sudah kejohanan motor GPMoto dilitar Sepang berlangsung dengan insiden kematian tragis pelumba Itali. Seorang penulis sukan yang melihat melalui skrin besar kejadian tersebut berada dipaddock utama  melahirkan keresahan sikap rakyat malaysia yang dikatakan buruk setelah tidak dapat menerima bahawa kejohanan tersebut dibatalkan.
Dikatakan penonton rakyat Malaysia  telah bertindak membaling apa sahaja yang ada di tangan mereka - botol air mineral, payung, air kotak dan juga bungkusan makanan di atas trek sambil melaung-laungkan kata-kata maki ke arah anggota-anggota pasukan yang bertanding. Penonton mat salleh melihat gelagat rakyat Malaysia sambil mengeleng-geleng kepala tanda kecewa kata penulis yang menamakan dirinya Mat Lan Mat Din dari Klang.
Memang patutpun mereka berang sebab harga tiket mahal giler...lepas tu dapt tengok dua lap jer... Kalau macam Mat Lan tur mungkin tak terasa sebab dia dihantar oleh editornya company sponsor. Macam Mat Salleh pulak nak heran apa mereka guna USD atau paund sterling..Nilai duit malaysia jauh lebih kecik!