Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Rabu, 9 November 2011

Shahrizat bengang: Keluarga saya memang layak bela lembu

Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil menegaskan bahawa keluarganya layak mendapat projek Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC) yang menelan jutaan ringgit.Itu memang diarahkan kepada saya, selaku ketua Wanita Umno, dan juga pengerusi Wanita BN," katanya lagi. Kata beliau, keluarganya layak mendapatnya (NFC) kerana mereka telah bekerja kuat.



Terdapat dua syarikat bersekutu (associate companies) yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat Jalil dan mendapat manfaat terus daripada dana yang disalurkan kepada NFC, iaitu:

National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd
-Saham-saham dimiliki oleh Dato’ Dr Mohamad Salleh Ismail (249,999 saham), Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh (250,000 saham) dan Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh (1 saham).








-Bertindak sebagai syarikat pemasaran daging-daging sembelihan NFC seperti promosi di laman web www.gemasgold.com.my
-Penyata kewangan terakhir yang difailkan ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia adalah bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2007.

Real Food Company Sdn Bhd
-Saham-saham dimiliki oleh keluarga Shahrizat Jalil sama ada melalui pegangan terus: Mohamad Salleh Ismail (500,000 saham), Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh (500,000 saham) dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh (500,000 saham) atau melalui syarikat yang dikuasai mereka iaitu Asian Bioscience Corporation Sdn Bhd (1,500,000 saham) dan National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd (2,000,000).












-Mengendalikan rangkaian restoran mewah milik keluarga Shahrizat Jalil di bawah jenama Meatworks seperti promosi di laman www.rfc.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan