Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Khamis, 4 Februari 2010

SAIFUL BUKHARI AZLAN MENYERAH


MOHD Saiful Bukhari Azlan menerangkan kepada pihak mahkamah cara menggunakan 'intercom' untuk memasuki Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di Kuala Lumpur, hari ini. Turut serta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga dari kiri). Pihak mahkamah melawat kondominium itu hari ini, tempat kes liwat melibatkan Anwar didakwa berlaku. - Foto Bernama


Mohd Saiful Bukhari Azlan (tiga, kiri) menunjukkan katil di bilik tidur utama tempat beliau diliwat Anwar Ibrahim kepada Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah (dua, kiri) ketika melawat kondominium, tempat kesalahan itu didakwa dilakukan di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, hari ini. Lawatan itu adalah sebahagian daripada perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar, 63, dengan pengadunya, Mohd Saiful, 25. Perbicaraan hari kedua kes itu di Mahkamah Tinggi ditangguhkan pada pukul 11.43 pagi selepas sesi keterangan secara tertutup bagi membolehkan hakim melawat kondominium terbabit. - foto BERNAMA 
Dato Seri Anwar Ibrahim yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Perbicaraan bermula 18 bulan selepas Anwar didakwa di mahkamah pada Ogos 2008.


 Mohd Saiful yang disoal Peguam Cara Negara Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, berkata kejadian itu berlaku pada 26 Jun 2008 di Unit 11-5-2, Desa Damansara Kondominium, Bukit Damansara di sini, selepas beliau diarahkan ke kondominium itu untuk berbincang mengenai jadual kerja Anwar dan menghantar beg hitam berisi dokumen.

Mohd Yusof: Apa buat dengan dokumen bila masuk?

Mohd Saiful: Selepas menyerahkan beg hitam berisi dokumen, kami berbincang jadual kerja dan tidak lama selepas itu beliau tanya satu soalan.


Mohd Yusof: Apa soalan?

Mohd Saiful: Dalam Bahasa Inggeris, Can I **** you today?

Mohd Yusof : Apa reaksi kamu?

Mohd Saiful :Saya merasa marah dan takut. Saya menolak pelawaan itu dan tidak mahu melakukannya. Beliau dengan nada marah berkata "What"?
Mohd Yusof :Selepas itu apa yang berlaku?

Mohd Saiful :Saya ulang perkataan yang sama, saya tidak sanggup melakukannya. Dia agak marah pada ketika itu dan saya takut. Kemudian dia arahkan saya ke bilik tidur utama. Saya ikut arahan dan pergi dulu.

Mohd Yusof :Dalam bilik itu apa yang berlaku?

Mohd Saiful :Anwar pergi ke hujung bilik untuk menutup langsir dan lampu, selepas itu dia arahkan saya membersihkan diri di dalam bilik air. Saya masuk ke bilik air dan membilas badan tetapi tidak mandi. Ketika itu saya membuka pakaian dan mengambil tuala, apabila keluar dari bilik air saya membawa kemeja dan gantung di tempat menggantung baju.

Mohd Yusof :Ketika kamu keluar dari bilik air, di mana Anwar berada?

Mohd Saiful :Dia berdiri di hujung penjuru katil dengan memakai tuala putih. Dia mengarahkan saya pergi kepadanya. Apabila saya pergi kepadanya, dia memeluk saya sambil berdiri.

Pada peringkat itu, Karpal memohon supaya perbicaraan dijalankan secara tertutup dan dibenarkan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Mohd Yusof pula menjelaskan pihak pendakwaan pihaknya tiada masalah jika perbicaraan itu dijalankan secara terbuka, tetapi menyerahkan kepada budi bicara mahkamah jika ia boleh memberikan keadilan.

Berikutan itu, Mohamad Zabidin menangguhkan prosiding dan memerintahkan perbicaraan itu dijalankan secara tertutup hari ini.

Dalam keterangannya sebelum itu, Mohd Saiful yang menjadi saksi pertama pendakwaan, berkata beliau pergi ke kondominium itu yang difahamkan dimiliki oleh seorang lelaki, Hasanuddin, dengan menaiki van Fiat merah dengan nombor pendaftaran WPK5925 kepunyaan bapa tunangnya.

Mohd Yusof :Ada kamu bawa apa-apa ke sana?

Mohd Saiful :Saya bawa dokumen yang perlu diserahkan kepada Anwar yang diberi oleh Ibrahim Yaakob dari pejabat. Saya tidak pasti apa dokumen itu, saya letakkan di dalam beg hitam.

Mohd Yusof :Ketika masuk ke kondominium itu ada pengawal tanya apa-apa?

Mohd Saiful :Ada. Saya tidak jawab hendak pergi ke mana tetapi saya kata "Mokhtar" (kata laluan untuk kondominium itu). Saya diberitahu untuk katakan itu oleh kakitangan pejabat PKR. Saya tak tanya kenapa, bila saya cakap pengawal terus beri laluan.

Mohd Yusof :Kemudian?

Mohd Saiful :Daripada tempat letak kereta saya naik lif ke B2 dan menuju ke blok sebelah. Selepas itu saya sampai ke satu pintu, ada interkom di sebelah kanan. Saya tekan Unit 11-5-2, ada suara lelaki kata "ya", saya kata "Mokhtar" dan pintu pun terbuka. Saya kemudian naik lif ke Tingkat 5.

Mohd Yusof :Apabila keluar daripada lif, kamu ke unit kanan atau kiri?

Mohd Saiful :Saya menuju ke kanan, saya berselisih dengan seorang lelaki yang baru keluar daripada unit yang saya hendak pergi. Lelaki itu senyum kepada saya tetapi saya tidak kenal dia.

Mohd Yusof :Kemudian?

Mohd Saiful :Apabila sampai saya membuka pintu. Dalam unit itu saya melihat Anwar duduk di meja makan, saya duduk berhadapan dengan Anwar dan menyerahkan beg hitam itu kepadanya.

Pada permulaan prosiding, Mohd Saiful menjelaskan beliau hanya bekerja sebagai pembantu khas Anwar selama empat bulan dari awal Mac hingga 28 Jun 2008 kerana tidak rela dan tidak sanggup diliwat.

"Bagaimanapun dalam e-mel kepada Anwar, saya berikan alasan bahawa saya tidak berdisiplin, sering datang lewat ke pejabat dan dimarahi oleh beliau.

"Saya juga katakan bahawa saya tertekan kerana diberikan bilik, sedangkan saya kurang kelayakan berbanding pekerja lain dan saya nyatakan selagi saya menjadi pembantunya perkara itu akan menjadi isu," katanya.

---------------------------------------------------------
HARAKAHDAILY.NET TIDAK DAPAT DILAYARI.
apadahjadi?......