Ini antara dialog yang digunakan oleh watak jahat utama Shark (lakonan Syamsul).Baru empat hari ditayangkan, KL Gangster sudah pun meraih kutipan sebanyak RM6.2 juta,secara tidak rasmi ianya bakal memecah panggung 'box office".
Pekida dilaporkan mahu menyaman Syamsul kerana watak-watak dalam filem genre aksi itu menggunakan perkataan seperti "abang long" dan "ayahanda"yang dikatakan ada kena mengena dengan Pekida.
Tercetusnya kononnya kontroversi Pekida ini telah melonjakkan kutipan KL Gangster.
Datuk Yusof Haslam dan Pekida ...
cuba perhatikan (dalam gambar) wajah wakil Pekida ini..ada muka pendakwah ke..ada muka yang sepatutnya berlakon sebagai pelakon tambahan dalam kedua filem samseng tersebut..
Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) - NGO Melayu-Islam sering dianggap sebagai kumpulan samseng "tiga line".
Samada disedari atau tidak promosi atau kontroversi sebegini adalah mainan biasa bagi menguasai
pasaran..Ini ternyata kerana kedua-dua filem 'KL gangster' terbitan SKOP Production dimiliki oleh Yusof Haslam dan filem 'Kongsi" terbitan David Teoh, mereka berdua bijak dalam mengatur strategi pasaran.
Tidak mustahil jika mereka telah berpakat dengan Pekida untuk melakukan sesuatu bagi memanaskan pasaran filem mereka.
Pekida juga memang ada hubungan dengan golongan artis.