Jumaat, 15 Jun 2012
Siapakah itu Zamil Ibrahim ejen Umno beli MP Pakatan
Terbaru meletup kisah Zamil Ibrahim yang bertindak sebagai salah seorang ejen kepada Umno BN untuk memujuk dua Ahli Parlimen Pakatan untuk lompat parti dengan tawaran RM2 juta.
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan, bekas
Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim adalah bekas tahanan di Pulau Jerjak bagi kes dadah.
Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim adalah bekas tahanan di Pulau Jerjak bagi kes dadah.
“Zamil merupakan bekas Angkatan Muda KEADILAN Kedah. Dia keluar parti bersama-sama Ezam Mohd Nor. Kemudian dia menyertai Kita. Sebelum ini, dia hanya penjual burger. Isterinya pula hanya penjual kosmetik tradisional.
“Komisen yang diperoleh daripada Umno BN membolehkan dia hidup senang dan tinggal di banglo mewah di Kedah. Tidak mungkin kekayaannya hari ini hasil jualan burger dan ubat tradisional,” kata Saifuddin dalam sidang media semalam. Zamil Ibrahim menerima komisen berjuta-juta ringgit daripada Umno BN untuk memujuk Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berpaling tadah.-KD
Malay Merdeka: Untung lah jadi baruah..komisen berjuta-juta...namanya juga baruah...biasanya baruah ini adalah pengkhianat..seperti dizaman kesultanan Melaka.
Langgan:
Catatan (Atom)