Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Jumaat, 15 Jun 2012

Siapakah itu Zamil Ibrahim ejen Umno beli MP Pakatan

Terbaru meletup kisah Zamil Ibrahim yang bertindak sebagai salah seorang ejen kepada Umno BN untuk memujuk dua Ahli Parlimen Pakatan untuk lompat parti dengan tawaran RM2 juta.
Nampak macam hebat sangat si Zamil ni..siapa kah dia Zamil ini?
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan, bekas
Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim adalah bekas tahanan di Pulau Jerjak bagi kes dadah.
“Zamil merupakan bekas Angkatan Muda KEADILAN Kedah. Dia keluar parti bersama-sama Ezam Mohd Nor. Kemudian dia menyertai Kita. Sebelum ini, dia hanya penjual burger. Isterinya pula hanya penjual kosmetik tradisional.
“Komisen yang diperoleh daripada Umno BN membolehkan dia hidup senang dan tinggal di banglo mewah di Kedah. Tidak mungkin kekayaannya hari ini hasil jualan burger dan ubat tradisional,” kata Saifuddin dalam sidang media semalam. Zamil Ibrahim menerima komisen berjuta-juta ringgit daripada Umno BN untuk memujuk Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berpaling tadah.-KD
Malay Merdeka: Untung lah jadi baruah..komisen berjuta-juta...namanya juga baruah...biasanya baruah ini adalah pengkhianat..seperti dizaman kesultanan Melaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan