Berikutan ketiadaan perkhidmatan bas itu, sebahagian pengguna terpaksa menaiki teksi dan kereta sewa yang mengenakan bayaran purata RM35 pergi dan balik dari kampung itu ke Klang.
Rabu, 4 Januari 2012
penduduk jalan kebun berang khidmat bas dihentikan
Lebih 200 penduduk di Kampung Jalan Kebun, dekat sini, semalam, berdemonstrasi di depan pondok bas di kampung itu, membantah tindakan pemberhentian perkhidmatan bas awam ke kampung itu sejak sebulan lalu.
Sambil mendesak kerajaan negeri dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyelesaikan masalah itu dalam tempoh seminggu, mereka membidas kegagalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, membantu mengatasi masalah itu.
Wakil penduduk, Buang Abdul Basir, 55, berkata pemberhentian perkhidmatan itu menimbulkan masalah kepada lebih 1,000 pengguna pengangkutan itu untuk ke tempat kerja.
“Kami minta kerajaan negeri dan Menteri Besar menyelesaikan kemelut ini dalam tempoh seminggu kerana ketiadaan bas menjadi lebih parah apabila sesi persekolahan bermula 4 Januari ini,” katanya.
Beliau berkata, penduduk mengadakan piket di depan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bagi meluahkan rasa kecewa jika masalah tidak diselesaikan dalam tempoh itu.
Buang yang juga Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP) berkata, setakat ini tiada wakil kerajaan negeri mengambil tahu kesulitan penduduk.
Kampung Jalan Kebun yang mempunyai lebih 15,000 penduduk sentiasa memerlukan pengangkutan bas awam termasuk 4,000 pelajar sekolah menengah dan rendah yang berulang-alik.
Berikutan ketiadaan perkhidmatan bas itu, sebahagian pengguna terpaksa menaiki teksi dan kereta sewa yang mengenakan bayaran purata RM35 pergi dan balik dari kampung itu ke Klang.
Berikutan ketiadaan perkhidmatan bas itu, sebahagian pengguna terpaksa menaiki teksi dan kereta sewa yang mengenakan bayaran purata RM35 pergi dan balik dari kampung itu ke Klang.
Sementara itu, wakil penganjur bantahan, Abdul Raof Mokhtar, berkata pihaknya bersimpati dengan penduduk kampung itu, terutama pengguna bas awam sejak syarikat bas menghentikan operasi baru-baru ini.
lembu sharizat di gigit J.E
SHAHRIZAT : HIMPUNAN JALANAN HANYA BAWA KEKECOHAN - utusan melayyu
Perhimpunan kempen "Bebaskan Anwar 901" pada Isnin ini, tidak wajar diadakan kerana ia akan membawa kepada kekecohan semata-mata, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Shahrizat Abdul Jalil.
malaymerdeka:
sharizat dah mula seriau dengar perkataan penjara...
dan oemberontakan rakyat
Tanggal 9 Januari 2012 bakal dicatatkan sebagai lembaran sejarah hitam Malaysia berkenaan dengan sistem kehakiman. Sama ada dipenjarakan atau tidak, penganiayaan yang dilakukan melalui manipulasi proses kehakiman dan media terus-menerus melakar persepsi bahawa insan bernama Anwar Ibrahim melakukan kesalahan tidak bermoral dan tidak sesuai menjadi Perdana Menteri.
Barang siapa yang pernah bekerja sebagai wartawan tahu benar apa itu agenda setting. Sama ada sedar atau tidak, komen Raja Petra memenuhi agenda UMNO.
"Biarlah orang tua masuk penjara, mati di penjara pun tak apa," kononnya. Harapan bukannya pada orang tua, tetapi bertapak atas kesedaran kita bahawa kebangkitan rakyat cukup mustahak dalam perjuangan demokrasi dan keadilan.
Rakyat ialah pemilik tanah air ini yang sebenar-benarnya. Namun rakyat hanya menjadi peminta belas ehsan di pintu Putrajaya, di mana para pemimpin UMNO-BN dan mereka yang bergantung kepada kuasanya memerintah rakyat.
Kalau dahulu rakyat berasa lega selepas Mahathir diundurkan tetapi UMNO kekal, kini rakyat hanya akan merasa lega kalau UMNO diundurkan dalam pilihan raya akan datang.

persediaan Anwar keneraka
“Jika saya dipenjarakan, terlibat dalam kemalangan atau ditembak, kami telah bincangkan situasi satu, dua dan tiga itu secara kolektif sebagai satu kumpulan," kata Anwar Ibrahim pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kepimpinan Pakatan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
Kepimpinan Pakatan juga mempunyai pelan kontingensi dan sedar mengenai apa yang mungkin terjadi pada 9 Januari, apabila keputusan perbicaraan kes liwat keduanya akan disampaikan.
Kepimpinan Pakatan juga mempunyai pelan kontingensi dan sedar mengenai apa yang mungkin terjadi pada 9 Januari, apabila keputusan perbicaraan kes liwat keduanya akan disampaikan.
Parti lawak dan lucah pilihan pelakon dan pengarah terkenal
Parti lawak dan lucah melayu Umno jadi kesesuaian artis melayu bagi Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik.
Afdlin bersama pelakon komedi merangkap Presiden Seniman Harun Salim Bachik atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid bin Salim telah menyerahkan borang keahlian mereka menyertai Umno di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur hari ini. Masuk Umno kerana mahu mencari rezeki lebih.
Kedua-dua mereka akan menjadi ahli Umno Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang.Kini terdapat 40 orang ahli Umno Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang yang terdiri daripada kalangan artis, antaranya Tan Sri Jins Shamsudin dan Jamal Abdillah.

Langgan:
Catatan (Atom)