Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Rabu, 4 Januari 2012

penduduk jalan kebun berang khidmat bas dihentikan

Lebih 200 penduduk di Kampung Jalan Kebun, dekat sini, semalam, berdemonstrasi di depan pondok bas di kampung itu, membantah tindakan pemberhentian perkhidmatan bas awam ke kampung itu sejak sebulan lalu.
Sambil mendesak kerajaan negeri dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyelesaikan masalah itu dalam tempoh seminggu, mereka membidas kegagalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, membantu mengatasi masalah itu.
Wakil penduduk, Buang Abdul Basir, 55, berkata pemberhentian perkhidmatan itu menimbulkan masalah kepada lebih 1,000 pengguna pengangkutan itu untuk ke tempat kerja.
“Kami minta kerajaan negeri dan Menteri Besar menyelesaikan kemelut ini dalam tempoh seminggu kerana ketiadaan bas menjadi lebih parah apabila sesi persekolahan bermula 4 Januari ini,” katanya.
Beliau berkata, penduduk mengadakan piket di depan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bagi meluahkan rasa kecewa jika masalah tidak diselesaikan dalam tempoh itu.
Buang yang juga Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP) berkata, setakat ini tiada wakil kerajaan negeri mengambil tahu kesulitan penduduk.
Kampung Jalan Kebun yang mempunyai lebih 15,000 penduduk sentiasa memerlukan pengangkutan bas awam termasuk 4,000 pelajar sekolah menengah dan rendah yang berulang-alik.
Berikutan ketiadaan perkhidmatan bas itu, sebahagian pengguna terpaksa menaiki teksi dan kereta sewa yang mengenakan bayaran purata RM35 pergi dan balik dari kampung itu ke Klang.
Sementara itu, wakil penganjur bantahan, Abdul Raof Mokhtar, berkata pihaknya bersimpati dengan penduduk kampung itu, terutama pengguna bas awam sejak syarikat bas menghentikan operasi baru-baru ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan