Sama ada dipenjarakan atau tidak, penganiayaan yang dilakukan melalui manipulasi proses kehakiman dan media terus-menerus melakar persepsi bahawa insan bernama Anwar Ibrahim melakukan kesalahan tidak bermoral dan tidak sesuai menjadi Perdana Menteri.Barang siapa yang pernah bekerja sebagai wartawan tahu benar apa itu agenda setting. Sama ada sedar atau tidak, komen Raja Petra memenuhi agenda UMNO.
"Biarlah orang tua masuk penjara, mati di penjara pun tak apa," kononnya. Harapan bukannya pada orang tua, tetapi bertapak atas kesedaran kita bahawa kebangkitan rakyat cukup mustahak dalam perjuangan demokrasi dan keadilan.
Rakyat ialah pemilik tanah air ini yang sebenar-benarnya. Namun rakyat hanya menjadi peminta belas ehsan di pintu Putrajaya, di mana para pemimpin UMNO-BN dan mereka yang bergantung kepada kuasanya memerintah rakyat.
Kalau dahulu rakyat berasa lega selepas Mahathir diundurkan tetapi UMNO kekal, kini rakyat hanya akan merasa lega kalau UMNO diundurkan dalam pilihan raya akan datang.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan