"Dia (Ibrahim Ali) ahli politik jaguh kampung di dunia antarabangsa dan masanya hampir berakhir. Dia juga halangan kepada 1Malaysia," kata ahli parlimen Rembau itu di blog web mikronya.Khairy berkata: “Dia bukan pengundi Rembau, bukan juga ahli Umno. Dia tiada hak menyuruh saya letak jawatan.”

"(Universiti) Oxford tak ajar budaya bahasa Melayu yang halus mulus. Mana dia faham makna 'yang tersurat dan tersirat'.
"Kalau macam itu baik berhenti jadi ahli parlimen, sama macam (Wee) Ka Siong. Takkan K (Khairy) sanggup gadai bangsa sendiri...," tegasnya.(sumber MK)


