Aziz Muda
Isnin, 27 Jun 2011
pakai baju Bersih nak guling Agong
Tak masuk akal pakai baju Bersih nak guling Agong
Aziz Muda
Aziz Muda
Pemuda PAS Pusat menyifatkan dakwaan yang mengatakan bahawa aktivis PSM mahu memerangi Yang di-Pertuan Agong adalah sangat melucukan.
“Bagaimana mereka boleh memerangi Yang di-Pertuan Agong hanya dengan menaiki bas tanpa senjata dan bergerak secara terbuka di tempat awam.
“Sangat tidak masuk akal dengan persiapan membawa baju, risalah, bendera dan pembesar suara sahaja boleh menggulingkan Yang di-Pertuan Agong,” kata Pengerusi Pemulihan Demokrasi Dan Mobilisasi Rakyat Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat(gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, jika usaha seumpama itu boleh menggulingkan Yang di-Pertuan Agong maka tahap keselamatan negara kita adalah sangat lemah.
Mdenurutnya, jika benar mereka berniat sedemikian tentulah mereka telah mempersiapkan diri dengan senjata, alat komunikasi yang canggih, kenderaan kalis peluru dan lain-lain lagi.
Beliau menyuatakan demikian sebagai mengulas pihak polis telah menahan 30 orang aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) di Plaza Tol Sungai Dua Pulau Pinang, kelmarin mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana didakwa berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong.
Mereka ditangkap ketika menaiki bas bagi kempen menyokong Himpunan Bersih 2 pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur. Antara yg ditangkap adalah Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr S Jayakumar Devaraj.
Dalam tangkapan itu polis telah menjumpai 28 helai pakaian warna hitam dan merah tertera nama dan gambar bekas pemimpin Parti Komunis Malaya(PKM) iaitu Chin Peng, Abdullah CD, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah.
Turut ditemui 7,000 risalah PSM, 600 risalah Himpunan Bersih 2, 25 naskah sosialis, satu set pembesar suara, 15 bendera PSM dan bebarapa helai baju T.
Mereka dituduh membawa faham komunis ke negara ini dan mahu memerangi Yang di-Pertuan Agong.
Menurut Suhaizan, fahaman dan gerakan komunis bukan lagi menjadi ancaman kepada negara.
Katanya, mereka telah meletakkan senjata dan sudah menjadi masyarakat sivil sekarang.
“Perjuangan komunis sudah menjadi bahan sejarah dalam negara kita,” katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.
Katanya lagi, PSM mengiktiraf sumbangan parti-parti berhaluan kiri yang secara tidak langsung menyumbang kepada kemerdekaan negara.
Pengiktirafan PSM itu, ujarnya adalah hak mereka yang perlu kita hormati.
“Soalnya adakah pengiktirafan kepada perjuangan parti-parti berhaluan kiri sebelum merdeka boleh dianggap mengembalikan fahaman komunis yang sudah menjadi bahan sejarah?
“Apakah pengiktirafan seumpama ini boleh dianggap memerangi Yang di-Pertuan Agong?” soalnya.
Katanya, jika mereka mahu memerangi Yang di-Pertuan Agong apa perlunya mereka menghantar memorandum pada Himpunan Bersih 2.
Beliau berkata, Dewan Pemuda PAS sangat yakin bahawa tuduhan yang dikenakan kepada aktivis PSM adalah tuduhan yang direka semata-mata untuk menyekat kemaraan rakyat yang akan turun dalam Himpunan Bersih 2.
“Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak semua aktivis PSM tersebut dibebaskan dengan segera.
“Berikan mereka hak untuk bersuara dan berhimpun tanpa senjata seperti yang telah dijamin oleh perkara 10 Perlembagaan Malaysia,” katanya lagi.
Zahid Hamidi Jahil!
Naib Presiden Umno yang juga bekas menteri agama, Zahid Hamidi menonjolkan sikap dungu dan kejahilannya tentang hukum feqah, demikian menurut Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali sebagai respons kepada laporan Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk “Nik Aziz digesa solat istikharah”.
“Tidak cukup dengan kebiadapan Utusan yang menyiarkan karikatur yang menggambarkan persepsi yang negatif terhadap Islam, pada hari ini kita membaca pula kenyataan Naib Presiden Umno yang menggesa supaya pemimpin PAS melakukan solat istikharah dalam menangani isu seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang,” kata Khairuddin.
“Tidak cukup dengan kebiadapan Utusan yang menyiarkan karikatur yang menggambarkan persepsi yang negatif terhadap Islam, pada hari ini kita membaca pula kenyataan Naib Presiden Umno yang menggesa supaya pemimpin PAS melakukan solat istikharah dalam menangani isu seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang,” kata Khairuddin.
Jelasnya, solat istikharah tidak dilaksanakan untuk bertujuan yang bertentangan dengan hukum syarak.
Dalam isu ini, katanya seseorang itu tidak dianggap bersalah melakukan kesalahan zina selagimana tidak didatangkan dengan empat orang saksi.
Justeru, beliau meminta para alim ulama di dalam Umno seharusnya menasihatkan pemimpin mereka supaya berhati-hati sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan urusan agama sebelum masyarakat turut menjadi haru biru dek kerana kenyataan tersebut. |
RM50 sokong Datuk T
Seorang bapa kesal apabila anaknya yang masih bersekolah diperalat trio ‘Datuk T’ yang mengupah mereka sebagai penyokong sewaktu muncul di Kompleks Mahkamah Jalan Duta Jumaat lalu.
Hal itu didedahkan Suhaimi Ali, 47, bapa kepada pelajar berusia 17 tahun yang mendapat tahu anaknya diupah RM50 untuk ‘bekerja’ selama tiga jam pada hari berkenaan.
“Saya terkejut dan tak tahu, tiba-tiba tengok (dia) masuk akhbar,” kata Shuhaimi yang berang kerana anaknya, Faisal Syafiq, 17, diperalat dan diperdaya trio ‘Datuk T’.
Beliau yang menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu, Jalan Kuching di sini, dimaklumkan anaknya, kira-kira 30 pelajar sekolah lain turut ditawar RM50 atas tujuan sama.
Berdasarkan penerangan Faisal, Shuhaimi berkata, pelajar tidak dimaklumkan bentuk kerja yang akan dilakukan, sebaliknya diminta menaiki bas.
“Dari Taman Wahyu ada kira-kira 30 orang tetapi mereka dapat tahu ada dua bas semuanya. Mereka ditawar kerja itu oleh penduduk tempatan dikenali sebagai Isa – orang suruhan pemimpin Umno bahagian bergelar Datuk.
“Anak saya cuma sekadar ikut kawan yang mengajaknya bekerja,” katanya yang enggan membuat laporan polis kerana bimbang dimanipulasi pihak tertentu.
Suhaimi membuat pendedahan itu kerana risau pihak sama akan memperalat pelajar sekolah lain untuk berdemo menentang Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
“Saya takut 9 Julai nanti, mereka akan guna taktik sama untuk peralat pelajar lain,” katanya.
Langgan:
Catatan (Atom)