Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Jumaat, 6 Mei 2011

Malaysia terbaik didunia untuk buang sisa radio aktif - Lynas

Dalam video ringkas yang dimuat-naik di laman sosial Facebook, syarikat perlombongan Australia - Lynas menyifatkan pantai timur di Malaysia sebagai “tempat terbaik di dunia” bagi mendirikan pusat pemprosen nadir bumi.
Dalam video sepanjang 26 saat itu, pengerusi eksekutif Lynas Corporation Nicholas Curtis menjelaskan sebab-sebab mengapa pusat berkenaan tidak didirikan di Australia meskipun telah mendapat kelulusan membina pusat penapisan di negara itu.

Katanya, mengikut perancangan asal, ia sepatutnya dibina di Australia tetapi “perkara itu tidak menjadi”.

"Australia bukan, malangnya, kompetitif dalam industri kimia berbanding pantai timur di Malaysia. Ia adalah tempat terbaik di dunia bagi mendirikan pusat berkenaan.”

NONECurtis berkata Lynas senang dengan persekitaran perniagaan dan infrastruktur di Malaysia dan “paling utama adalah rakyatnya”.

Namun, beliau tidak mengulas lanjut perkara berkenaan dalam rakaman itu.

Pendedahan bahawa pusat pemprosesan nadir bumi di Gebeng yang terletak kira-kira 25 kilometer dari timur laut Kuantan, Pahang telah menimbulkan kemarahan penduduk sekitar yang bimbang kemungkinan radiasi yang boleh menjejaskan kesihatan mereka dan juga orang ramai sekitar kawasan perindustrian tersebut.



darifacebook


ضامام Dhamam
sebelah Rumah Najib dan Mahyuddin adalah TEMPAT YANG LEBIH TERBAIK utk Lynas buat kilang ni! SETUJU TAK? :)

jakim: mufti perlis melampau


Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tidak wajar menyamakan mereka yang menentang penyatuan Umno-PAS sebagai pengkhianat Islam, kata seorang pegawai Jakim.
Zamihan Mat Zain, yang baru-baru ini memberikan pandangan kontroversial mengenai isu Wahabi dan Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais berkata, adalah terlalu “melampau apabila Mufti Perlis menghukum ulama Islam dan umat Islam yang tidak mahu menerima pandangannya sebagai sesat, khawarij dan pengkhianat Islam.”
“Tahukah tuan Mufti Perlis tuduhannya itu bukan hanya ditujukan kepada seorang imam terkenal atau penulis blog sahaja tetapi penghukuman tersebut dijatuhkan bersama nilai cerca dan menghina ke atas jutaan umat Islam, para ilmuan Islam dan pejuang Islam.
“Bukan perbincangan kepartian yang diutarakan di sini tetapi melampau dalam menghukum adalah sikap yang amat memalukan institusi agama negara, inikan pula dihentam secara melulu,” kata beliau dalam tulisan blognya.
Sehubungan itu, Zamihan yang kini berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu, Teras Institut Latihan Islam Malaysia berkata, “dengan ini diminta agar Mufti Perlis menarik kembali dan bertaubat dari kata-kata yang menghukum ulama Islam dan umat Islam secara umum sebagai sesat, khawarij dan pengkhianat Islam.”
“Mohon tarik balik dan bertaubat dengan segera sebelum terlambat,” kata beliau lagi.
“Kita sokong penyatuan Umno dan PAS, tetapi untuk mengatakan seseorang itu pengkhianat Islam hanya kerana tidak bersetuju atau tidak membantah penyatuan Umno dan Islam, saya anggap ia satu kenyataan yang tidak wajar datang daripada seorang mufti,” katanya ketika diminta penjelasan mengenai tulisan dan pandangannya dalam entri blog.
Ketika ditanya tokoh agama lain seperti Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria pernah memberikan pandangan mengenai perlunya kerjasama politik PAS dan Umno, Zamihan yang pernah terlibat dalam perang kenyataan dengan Juanda (gambar) dalam isu Wahabi lebih seminggu lalu berkata:
“Ya, ada... tetapi pandangan Tan Sri Harussani tidak melabelkan seseorang itu sebagai pengkhianat Islam jika membantah penyatuan Umno dan PAS.”
“Tidak wajar sebab dalam isu PAS dan Umno ini isu politik kepartian... BN atau PAS adalah parti politik sedangkan Islam bukan parti politik, ia mempunyai nilai yang tinggi, agama yang bersifat universal,” katanya sambil menambah, perkataan “khawarij” seolah-olah menganggap seseorang itu sebagai “pengganas.”
Beberapa pihak tidak bersetuju dengan kenyataan Juanda khususnya dari PAS sendiri.
Bagaimanapun dalam kenyataan lewat semalam, Juanda yang kini berada di Arab Saudi atas jemputan kerajaan negara itu mempertahankan kenyataannya sambil berkata mengapa pemimpin-pemimpin PAS harus melenting apabila beliau mengatakan pihak yang menentang penyatuan Umno dan parti Islam itu sebagai pengkhianat Islam.
“Hairan kenapa ada yang melenting? Ini demokrasi? Saya cakap ikut nas al-Quran dan Hadis. Itu tugas saya,” kata beliau kepada The Malaysian Insider dalam kenyataan SMS.
Beliau juga berkata, jika Hamas dan Fatah boleh musalahah-berdamai hari ini di Mesir, “kenapa tidak Malaysia?”
“Golongan ekstrem dalam dua parti (Umno dan PAS) mesti disekat. Malaysia sedang menuju wajah baru. Lupakan sikap lama yang buruk,” katanya lagi.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata tidak timbul soal siapa pengkhianat Islam jika Umno dan PAS tidak bersatu.
Oleh itu katanya, apa yang perlu masyarakat faham ialah sebenarnya memutuskan hubungan silaturrahim sesama Islam tidak dibenarkan dalam agama.
“Saya rasa kita perlu faham sebenarnya kita tidak boleh putuskan hubungan silaturahim. Apa yang terjadi sekarang ialah cuma perbezaan pandangan politik dan itu merupakan perkara biasa.
“Jangan terlalu cepat mengeluarkan kata-kata pengkhianat itu. Sebuah negara demokrasi diberi kebebasan untuk berpolitik dan menubuhkan parti politik,” katanya.
Seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, terpulang kepada Mufti Perlis itu untuk berkata apa-apa sekalipun kerana ia merupakan permainan Umno.
“Dia (Juanda) nak kata apa, dia punya suka nak kata apa pun.
“Umno main sentimen ini kerana Umno sebenarnya dah tenat dan ada masalah penyakit dalam jiwa. Kita perlu sedia pakar sakit jiwa untuk pimpinan Umno kerana takut mereka akan tertekan sehingga menyebabkan mereka bunuh diri atau terjun bangunan. Jadi kita perlu bersedia,” katanya berseloroh.
Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad juga menganggap kenyataan Juanda sebagai seorang yang tidak memahami situasi yang berlaku antara Umno dan PAS.
Kelmarin akhbar melaporkan kenyataan Juanda yang menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.
Selain itu Juanda berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.
“Penyatuan (Umno dan PAS) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,” katanya.

Najib: Rampas selangor dengan apa cara sekalipun.



Datuk Seri Najib Razak Presiden Umno itu malam tadi berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga Umno Selangor perlu menggunakan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki mereka.
Pilihan raya umum disebut-sebut akan diadakan tahun ini.pilihan raya umum ke-13 — yang disifatkannya “sudah hampir tiba.”
Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum sebelum bulan Ramadan, awal Ogos ini.
Pakatan Rakyat kuasai Selangor tiga tahun lalu.
“Kita tidak harus membiarkan maruah parti terus tercemar dan tercalar dengan terus bersedih kerana kekalahan lepas.menggesa Umno Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dapat merampas kembali negeri itu katanya dipetik Bernama hari ini.
Najib (gambar) juga mengingatkan bahawa dalam sistem demokrasi terbuka, sejarah kegemilangan sesebuah parti politik tidak menjamin kelangsungan kuasa mereka.
“Sejarah itu sepatutnya kita ambil sebagai iktibar kerana politik adalah suatu bentuk 'game', yang berkisar kepada nombor dan persepsi.