Jumaat, 6 Mei 2011
Najib: Rampas selangor dengan apa cara sekalipun.
Datuk Seri Najib Razak Presiden Umno itu malam tadi berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga Umno Selangor perlu menggunakan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki mereka.
Pilihan raya umum disebut-sebut akan diadakan tahun ini.pilihan raya umum ke-13 — yang disifatkannya “sudah hampir tiba.”
Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum sebelum bulan Ramadan, awal Ogos ini.
Pakatan Rakyat kuasai Selangor tiga tahun lalu.
“Kita tidak harus membiarkan maruah parti terus tercemar dan tercalar dengan terus bersedih kerana kekalahan lepas.menggesa Umno Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dapat merampas kembali negeri itu katanya dipetik Bernama hari ini.
Najib (gambar) juga mengingatkan bahawa dalam sistem demokrasi terbuka, sejarah kegemilangan sesebuah parti politik tidak menjamin kelangsungan kuasa mereka.
“Sejarah itu sepatutnya kita ambil sebagai iktibar kerana politik adalah suatu bentuk 'game', yang berkisar kepada nombor dan persepsi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan