Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Jumaat, 14 Oktober 2011

SULTAN KEDAH YANG DIPERTUAN AGONG BARU

Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya hari ini bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.
    
Sementara Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan hari ini.

- Bernama

Polis jangan subahat


Kenyataan Media
Pemuda PAS Malaysia
16 Dzu al-Kaedah 1432 / 14 Oktober 2011
Kursus Keusahawanan 5 Jam : Polis Jangan  Bersubahat
Saya tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman berhubung dengan tuduhan Pemuda PAS yang mengatakan 240 orang warga asing yang berkubu di Istana Dugang Country Resort adalah bertujuan untuk mendapatkan hak kewarganegaraan mudah. Superintendan Imran Abdul Rahman mengatakan bahawa tujuan warga asing berada di resort tersebut adalah untuk mengikuti kursus keusahawanan.
Rakyat Malaysia tidak menerima langsung alasan yang diberikan oleh pihak polis kerana perkara-perkara berikut:
  1. Tidak munasabah warga asing diberi kursus keusahawanan, sedangkan mereka tidak dibenarkan berniaga dalam negara kita. Apakah seorang warganegara asing yang datang ke negara ini atas permit pertanian dibenarkan berniaga dalam negara kita? Sejak bila pulak kerajaan Malaysia membenarkan pekerja buruh  daripada kalangan warga asing dibenarkan berniaga di negara kita?
  2. Pada peringkat awal pemandu bas diarah menurunkan warga asing tersebut di Jabatan Perdana Menteri(JPM). Tetapi di saat-saat akhir mereka menerima arahan untuk menuju ke Istana Dugang Country Resort. Tidak munasabah penganjur kursus keusahawanan menukar tempat kursus di saat-saat akhir daripada jabatan kerajaan ke resort di Kajang.
  3. Tidak munasabah warga asing ini diberi layanan kelas pertama untuk menghadiri kursus keusahawanan. Mereka diberi perkhidmatan bas dan resort. Badan kerajaan mana yang begitu bermurah hati membenarkan mereka berkursus?
  4. Dalam perjanjian dengan pemandu bas, perkhidmatan mereka diperlukan sehingga jam 1 tengahari rabu 12hb Oktober 2011. Sedangkan warga asing tersebut tiba di Putrajaya pada jam 6 pagi hari yang sama. Jika benar mereka menghadiri kursus keusahawanan maka Rakyat Malaysia ingin bertanya kursus keusahawan apa yang terlalu istimewa kepada warga asing yang hanya berkursus 5 jam sahaja(8 pagi – 1 tengahari).
  5. Jika benar mereka berkursus keusahawanan 5 jam sahaja dengan jarak 800 KM, pergi dan balik daripada Johor Baharu ke Putrajaya, mengapa mereka tidak berkursus di Johor Baharu sahaja. Mengapa begitu istimewa warga asing ini dilayan oleh pihak tertentu dalam negara ini.
Berdasarkan kepada tidak munasabahnya 240 orang warga asing ini berkursus keusahawanan di Istana Dugang Country Resort maka Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak pihak polis jangan cuba bersubahat melindungi penyelewangan yang sedang diperhatikan oleh seluruh rakyat Malaysia.
SUHAIZAN BIN KAIAT
PENGERUSI PEMULIHAN DEMOKRASI & MOBILISASI
PEMUDA PAS MALAYSIA
KETUA PEMUDA PAS  NEGERI JOHOR.

Sejak bila?....240 warga asing hadiri kursus keusahawan di Putrajaya?atau dapatkan ic?

bangi resort foreigners citizenship 121011

Sejak bila warga asing dapat kursus keusahawanan?


memang tak logik langsung!!!


Nampak sgt kerajaan utamakan rakyat asing dari warganegara!!!


ramai warga asing pulak tu....240 org.. mengikuti kursus keushawanan..


warga asing nih dtg dgn permit kerja tp utk jd usahawan..patutlah rakyat M'sia dlihat ramai menganggur... sponsor tak tahu sbb dah lari dulu...tinggal warga asing nih.. cuba la selidik sape bayar resort tu..


kera dihutan dsusukan,rakyat sendiri dpinggirkan.


orang pas sendri dah tanya kat salah seorang warga asing tur..


malaysia kini melaporkan: 
Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman menafikan dakwaan Pemuda PAS bahawa 240 warga asing yang menaiki sepuluh buah bas dari Johor kelmarin, dibawa ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendapat taraf warganegara yang membolehkan mereka mengundi.


“Maklumat yang kita peroleh menunjukkan semua warga asing itu berada di Desa Pinggiran Putra untuk menghadiri kursus keusahawanan.

“Mereka (warga asing) bukan dibawa untuk pergi ke JPN seperti yang didakwa oleh pihak terbabit,” katanya seperti dilaporkan harian berbahasa Melayu (sinar  harian) itu.




Kursus Keusahawanan 5 Jam : Polis Jangan  Bersubahat Pemuda PAS mendakwa penjelasan pihak polis bahawa sekumpulan 240 warga asing, dari Johor yang dikesan di Selangor kononnya untuk beri taraf warganegara asing dan kemungkinan hak mengundi kelak, mereka hadir untuk mengikuti kursus keusahawanan menimbulkan banyak persoalan berbanding jawapan munasabah.
Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Suhaizan Kaiat berkata, beliau tertarik dengan kenyataan Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman berhubung dengan tuduhan Pemuda PAS yang mengatakan 240 orang warga asing yang berkubu di Istana Dugang Country Resort adalah untuk mendapatkan hak kewarganegaraan mudah.
Suhaizan berkata, penjelasan Imran bahawa tujuan warga asing berada di resort tersebut adalah untuk mengikuti kursus keusahawanan menimbulkan beberapa persoalan yang memerlukan tindakan pihak berkuasa.
“Rakyat Malaysia tidak menerima langsung alasan yang diberikan oleh pihak polis,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Suhaizan berkata tidak munasabah warga asing diberi kursus keusahawanan sedangkan mereka tidak dibenarkan berniaga dalam negara ini.
“Apakah seorang warganegara asing yang datang ke negara ini atas permit pertanian dibenarkan berniaga dalam negara kita? Sejak bila pula kerajaan Malaysia membenarkan pekerja buruh daripada kalangan warga asing dibenarkan berniaga di negara kita?” kata beliau.
Suhaizan menambah, pada peringkat awal pemandu bas diarah menurunkan warga asing tersebut di Jabatan Perdana Menteri tetapi di saat-saat akhir mereka menerima arahan untuk menuju ke Istana Dugang Country Resort.
“Tidak munasabah penganjur kursus keusahawanan menukar tempat kursus di saat-saat akhir daripada jabatan kerajaan ke resort di Kajang,” kata beliau lagi.
Malah katanya, tidak munasabah warga asing ini diberi layanan kelas pertama untuk menghadiri kursus keusahawanan dan “mereka diberi perkhidmatan bas dan resort.”
“Badan kerajaan mana yang begitu bermurah hati membenarkan mereka berkursus?” tambah beliau.
Malah menurut beliau, dalam perjanjian dengan pemandu bas, perkhidmatan mereka diperlukan sehingga pukul 1 tengah hari Rabu lalu sedangkan warga asing tersebut tiba di Putrajaya pada pukul 6 pagi hari yang sama.
“Jika benar mereka menghadiri kursus keusahawanan maka rakyat Malaysia ingin bertanya kursus keusahawanan apa yang terlalu istimewa kepada warga asing yang hanya berkursus lima jam sahaja (dari 8 pagi hingga 1 tengah hari),” kata beliau yang turut mempersoalkan “jika benar mereka berkursus keusahawanan lima jam sahaja dengan jarak 800 kilometer, pergi dan balik, mengapa mereka tidak berkursus di Johor Baru sahaja?”
“Mengapa begitu istimewa warga asing ini dilayan oleh pihak tertentu dalam negara ini,” kata beliau.
Suhaizan juga berkata, berdasarkan kepada tidak munasabahnya 240 orang warga asing ini berkursus keusahawanan di Istana Dugang Country Resort, maka “Pemuda PAS mendesak pihak polis jangan cuba bersubahat melindungi penyelewangan yang sedang diperhatikan oleh seluruh rakyat Malaysia.”
Kelmarin, PAS mendakwa pihaknya telah mengesan satu cubaan mendaftar warga asing menjadi warganegara secara haram dan diberi hak sebagai pengundi - kumpulan dipercayai dibawa dari Johor untuk merampas kembali Selangor.
Timbalan Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda Pas Pusat, Mohd Adram Musa berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan sindiket ini lewat malam tadi.
“Kira-kira 240 orang dibawa menggunakan enam bas dipercayai dari Johor untuk didaftarkan sebagai warganegara di sini (di Selangor),” katanya yang tidak menolak kemungkinan mereka akan diberi status kerakyatan untuk mengundi.

Khalid Samad menang saman fitnah terhadap utusan malaysia


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan pengarang dan penerbit Utusan Malaysia supaya membayar RM60,000 kepada anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad kerana memfitnah dalam laporan muka depannya dua tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim Dr Prasad Sandosham Abraham yang mengumumkan jumlah yang perlu dibayar oleh Utusan dan penerbit Utusan Melayu (M) Bhd.

Mahkamah Tinggi pada 30 September lalu mendapatiUtusan bersalah memfitnah Khalid setelah plaintif (Khalid) berjaya membuktikan kenyataan itu - yang diambil dari blog ahli parlimen Bandar Baru Kulim, Zulkifli Nordin - salah.

Hakim bagaimanapun menarik perhatian mengapa ahli parlimen Bandar Baru Kulim itu tidak dinamakan sebagai defendan.

Mahkamah menolak pelindungan bersyarat sebagai pembelaan dalam kes tersebut kerana hakim berkata kehidupan di Malaysia perlu mengambil kira sensitiviti semua kaum, tidak seperti undang-undang di Australia atau United Kingdom.

Dalam penghakiman lisannya, hakim berkata semua defendan bersalah memuatturun artikel dari blog tersebut tanpa memeriksa kandungannya (berhubung sensitiviti).

Hakim Sandosham menetapkan 11 Oktober untuk mendengar penghujahan tentang gantirugi.

Beliau berkata, mahkamah mendapati menggelar seseorang sebagai Abu Jahal dan sebagai kafir adalah fitnah.

Dalam saman yang difailkan tahun lalu, Khalid menamakan Utusan dan ketua pengarang kumpulan Mingguan Malaysia, Datuk Aziz Ishak dan penerbit Utusan dan Mingguan Malaysia sebagai defendan.

Khalid mendakwa, pada 11 September 2009, Aziz - selaku ketua pengarang kumpulan kedua-dua akhbar tersebut - dengan niat jahat, membenarkan penerbitan dan pencetakan perkataan fitnah terhadapnya di muka depan akhbar berkenaan.

Beliau juga mendakwa bahawa artikel bertajuk 'Zulkifli bidas Pak Janggut' secara langsung atau tidak langsung merujuk kepadanya walaupun namanya tidak disebut.

KHIR toyo yakin BN sukar tawan Selangor

Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo (gambar)  berkata, BN mungkin sukar untuk merampas semula negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang.Menurutnya, masih ada kawasan hitam kepada BN di Selangor.“Masih ada kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang hitam yang bermakna sukar untuk dimenangi BN. 
“Walaupun BN telah melakukan pelbagai usaha BN untuk merampas semula Selangor tetapi rakyat di kawasan hitam itu belum menampakkan tanda-tanda akan menukar kerajaan,” katanya ketika dihubungi. 
Bagaimanapun, Adun Sungai Panjang itu tidak mahu menamakan kerusi-kerusi yang hitam kepada BN itu. 
BN pimpinan Dr Mohd Khir menyerahkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008. 
Dalam pilihan raya umum tersebut, Pakatan Rakyat menang 36 daripada 56 kerusi DUN dan 17 kerusi Parlimen. 
Kerusi bandar 
PKR pula  menang 24 kerusi iaitu 15 DUN dan sembilan Parlimen, jumlah yang tidak pernah dijangkakan manakala DAP menang di 13 kerusi DUN dan empat Parlimen. PAS memperoleh lapan DUN dan empat Parlimen. 
Umno hanya memperoleh 18 kerusi DUN dan empat Parlimen, sesuatu yang tidak pernah dijangkakan sama sekali dan MCA menyumbangkan dua kerusi DUN dan satu Parlimen manakala semua calon MIC dan Gerakan di Selangor tewas.