Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Jumaat, 8 Julai 2011

Najib setuju perhimpunan di stadium

TAK PERCAYA? SILA LIHAT DAN DENGAR KLIP INI




 Bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia John Malott mendakwa pentadbiran Najib telah memperlekehkan rakyat yang menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bebas dengan menggunakan segala kuasa untuk mengetepikan hak mereka termasuk angkatan tentera.
Dalam rencana disiarkan menerusi Wall Street Journal, di bawah judul “Running Scared in Malaysia”, Malott mengecam kerajaan Malaysia dengan berkata pentadbiran Najib menggunakan segala ruang yang ada untuk mengelakkan perhimpunan bangkangan, yang dijadual untuk diadakan esok.
Malott berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah memperkecilkan kuasa Yang di-Pertuan Agong yang pada 5 Julai lalu telah perkenaan menerima pertemuan kepimpinan Bersih 2.0 dan “meminta agar diadakan penyelesaian menerusi perundingan” umtuk menyelesaikan isu semasa.
Pandangan Malott (gambar) ini dilihat akan membawa kesan ke atas hubungan Malaysia dan pelaburan di peringkat antarabangsa.
“Minggu ini, anggota tentera telah mengadakan latihan (persediaan) mengawal perhimpunan dengan kain rentang mengatakan ‘bersurai atau kami akan tembak!’.
“Polis (pula) mengadakan sekatan jalan dan menahan rakyat Malaysia hanya kerana memakai kemeja-T, warna Bersih, gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya Malaysia,” tulis Malott dalam rencananya kali ini.
Bekas duta itu juga menggariskan keputusan campur tangan Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan meminta kedua-dua Najib dan Bersih 2.0 mengadakan perundingan bagi menyelesaikan isu yang timbul sekarang.
Malott yang menjadi duta Amerika Syarikat ke Malaysia dari 1995 hingga 1998 berkata, tindakan seumpama itu tidak pernah wujud dan diambil oleh mana-mana Agong di negara ini.
Malott berkata situasi politik di Malaysia berubah setiap hari dan kelihatan meruap sehingga “tidak siapa yang tahu apa yang akan berlaku esok.”
Katanya, isu utama Bersih 2.0 bukanlah kebebasan untuk berhimpun tetapi keadilan proses demokratik Malaysia dan pembaharuan sistem pilihan raya, yang Putrajaya telah mengisytiharkan tidak sah dan mahu tahu bagaimana sesiapa boleh menentang psatu ilihan raya bebas dan adil.
“Ia satu persoalan yang mudah kepada jawapan. Umno, yang Encik Najib adalah presiden, merupakan parti pemerintah yang paling tua di dunia, dan ia semakin bimbang,” katanya.

Bersih tak dapat permit pulak!

Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar NONESingh Ishar Singh menafikan dakwaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) bahawa mereka telah diberikan permit bagi mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Merdeka, esok.
Sekretariat BERSIH 2.0 menjelaskan pihaknya dimaklumkan secara lisan oleh polis bahawa permit itu sudah diluluskan namun tidak lama kemudian Polis Dang Wangi menjelaskan bahawa ia telah menolak permohonan itu.
Status terbaru Facebook Bersih berbunyi "Minta maaf semua, Wakil BERSIH bertanyakan kepada polis sebanyak 3 kali adakah ini permit ? Polis kata "ya". Tetapi sekarang polis menjelaskan ia adalah surat menolak permohonan permit".

BERSIH 2.0 dapat permit polis


“BERITA BAIK! Balai Polis Dang Wangi telefon Bersih, minta kami datang ambil permit untuk himpunan aman di Stadium MERDEKA! Kini terserah kepada PM & Pengurusan Stadium Merdeka untuk membuat langkah sepatutnya,” tulis BERSIH.
Sementara itu, ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Wong Chin Huat ketika dihubungi mengesahkan mereka telah diberikan permit berkenaan.
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah diminta untuk datang ke Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk mengambil permit bagi mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Merdeka, esok.


Menulis pada laman sosialnya di Facebook dan Tweeter, BERSIH 2.0 berkata mereka diminta berbuat demikian melalui sebuah panggilan telefon.

PATRIOT PEMUDA UMNO PERTUBUHAN HARAM - NAZRI AZIZ

Memang haram jadah! Pertubuhan Patriot pemuda umno adalah pertubuhan haram dan patut ditangkap polis. tapi polis pilih kasih demikian kenyataan Menteri Nazri Aziz yang dilaporkan portal The malaysiainsider.

“Sudah tentu mereka (Patriot) haram. (Peruntukan) undang-undang ini mudah. Di negara ini, jika anda mahu menubuhkan sebuah pertubuhan dan diiktiraf sebagai satu pertubuhan, anda kena mendaftar dengan Pendaftar Pertubuhan,” kata beliau ketika dihubungi.
Oleh kerana Patriot bukan merupakan badan yang didaftarkan, kata beliau, ahli-ahlinya sepatutnya sudah ditahan jika mereka telah mengadakan perhimpunan atau majlis di bawah nama itu.
“Polis boleh menahan mereka, ya. Tiada pilih kasih. Patriot bukan (badan) didaftarkan dan tidak boleh melakukan apa-apa di bawah namanya,” kata beliau.

KL lumpuh menjelang 9 Julai

Menjelang 9 hb Julai ini Kuala Lumpur akan di"lumpuhkan" daripad aktiviti biasa oleh pihakpihak berkuasa. Selain penutupan jalan..terminal bas dan perhubungan awam akan 
mengalami gangguan

.
Anggota polis mengadakan sekatan jalan raya menjelangnya perhimpunan haram Bersih Sabtu in
di Jalan Pahang menghala ke Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur, malam Khamis. Kira-kira 15 anggota 
polis dari Balai Polis Dang Wangi terlibat dalam operasi tersebut. Kesemua anggota ini mengadakan
 sekatan jalan raya bermula 8 malam tadi dan berakhir 2 pagi. - Foto BERNAMA 

Kawasan-kawasan di sekitar Kuala Lumpur yang akan ditutup kepada trafik pada Sabtu ialah:

— Jalan Syed Putram Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara


— Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara

— Kawasan sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran.

Manakala 91 individu 'dibuang daerah' sementara sehari atau dilarang masuk ke Kota Kuala Lumpur termasuk sibaruah Ahli Parlimen Bandar baharu Kulim yang entah macamana boleh tercelah atas apa kapasitipun tak tahulah...akan tetapi elok jugalah jikalau Si pariah Zulkkifli Nordin ini dihalang terus dari mencemari Kuala Lumpur malah seharusnya Negara Malaysia sekalipun!

senarai nama mereka yang dilarang memasuki ibu negara pada Sabtu ini.

Bersih

Ambiga Sreenevasan
Mohamad Sabu
Hishamuddin Md Rais
Khairul Anwar Ahmad Zainuddin
Maria Chin Abdullah
Chua Tian Chang
Kamarulzaman Mohamad
Dr Mohd Hatta Md Ramli
Syed Shahir Syed Mohamud
Syed Ibrahim Syed Noh
Teresa Kok
Badrul Hisha Shaharin
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Arutchelvam Subramaniam
Wong Chin Huat
Ong Boon Keong
Enalini Elumalai
Haris Fathillah Sathiasingam Mohd Ibrahim
Khalid Yunus
Zulkifli Noordin
Dr Zubir Harun
Abd Hadi Awang
Anwar Ibrahim
Lim Kit Siang
Nik Abdul Aziz Nik Mat
Nurul Izzah Anwar
Kohila Yanasekaran
Zaid Kamaruddin
Khoo Teng Swee
Fadiah Nadwa Fikri
Yap Swee Seng
Salahuddin Ayub
Mahfuz Omar
Nasarudin Hasan
Mazlan Aliman
Dr Syed Azman Syed Nawawi
Dr Dzulkifli Ahmad
Dr Mujahid Yusof
Khalid Abd Samad
Mohammad Nizar Jamaluddin
Azman Shapawi Abd Rani
Suhaizan Kaiat
Nor Azli Musa
Mohd Firdaus Jaafar
Loke Siew Fook
Lau Wen San
Mohd Azmin Ali
Mat Shuhaimi Shafie
Satipul Bahari Amamt
Wan Hassan Mohd Ramli
Mohamad Izzudin Hilmi Mohd Zaini
Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin
Muhammad Hilman Idham
Mohd Shukri Che Ab Razab
Mohd Syukri Kamaruddin
Ahmad Syazwan Muhammad Hasan
Choo Chon Kai
Sarasvathy Muthu
Soh Sook Hwa
Nurul Izham Nurul Anuar
Abd Rahim Osman
Mohd Sibri Ismail
Mohd Lukam Muda
Prof Kamaruddin Kachar
Mohd Noor Nordin Abdullah

Perkasa

Ibrahim Ali
Rahman bin Abu Bakar
Syed Hassan Syed Ali
Irawah Fahmi Ideris
Roslan Kassim
Sharifuddin Abd Hamid
Dr Zubir Harun
Ameir Hassan
Ahmad Saad
Ahmad Zaini Ismail
Muhammad Zaid Md Arip
Abdullah Mansor
Zaira Jaafar
Norkhaila Jamaludin

Pemuda Umno

Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Megat Firdouz Megat Junid
Reezal Merican Naina Merican
Megat Zulkarnaian Omardin
Rizalman Mokhtar
Tengku Azman Tengku Zainol Abidin
Lokman Noor Adam
Abdul Azeez Rahim
Ungku Saleh Ungku Jamal
Arman Azha Abu Hanifa
Tun Faisal Ismail Aziz

Kurang 36 jam menjelang perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu ini, pihak berkuasa mula memperketatkan tindakan penguatkuasaan dengan mengarahkan supaya operasi Hentian Puduraya, yang terletak di pusat bandar raya Kuala Lumpur ditutup buat sementara waktu mulai tengah malam ini dan dipindahkan ke lokasi lain.

Nampaknya dengan tindakan-tindakan keras itu peniaga-peniaga yang menyuarakan komplen sebelum ini akan mengalami keuntungan besar..begitu juga dengan pemandu teksi yang bacul bercakap akan beroleh pendapatan luarbiasa!