Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Khamis, 3 Mei 2012

gambar 49 perusuh Bersih di war-warkan


 Lanjutan insiden keganasan ketika perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih 28 April lalu, pihak polis hari ini mengedarkan 49 keping gambar individu yang dipercayai dapat membantu siasatan berhubung keganasan sewaktu perhimpunan tersebut berlangsung.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, kenyataan mereka diperlukan untuk membantu siasatan dalam perbagai kesalahan bawah Kanun Keseksaan.
Dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, Mohmad berkata, kesemua 49 nama itu diminta menyerahkan diri di balai polis berdekatan secepat mungkin.Namun begitu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, antara 49 individu tersebut, tiada seorang pun daripada mereka dikenal pasti sebagai anggota polis
.






Malay MerdekaJumaat Mac 9, 2012-Malaysia diiktiraf negara paling selamat di Asia Tenggara dan ke-19 di dunia menerusi laporan Indeks Keamanan Global (GPI) 2011, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. 


Kontrakwajib ditandatangani kongkong aktiviti pelajar baru universiti di perkenal.


Apabila semester baru bermula pada bulan September, semua pelajar universiti awam perlu menandatangani kontrak yang mengandungi apa yang 'patut' dibuat dan 'larangan' di kampus.
"Kontrak itu akan disediakan oleh individu di universiti-universiti tetapi kementerian akan memastikan keseragaman secara umum," kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Rabu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat di kementerian mengenai pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan pembelajaran sepanjang hayat.
Beliau berkata setiap universiti awam juga akan menubuhkan jawatankuasa aduan pelajar untuk mendengar dan bertindak terhadap aduan.
"Ini adalah kali pertama saluran seperti ini dibuka. Jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh naib canselor universiti yang akan mengadakan pertemuan apabila terdapat aduan oleh pelajar," katanya.
Mengenai penglibatan pelajar di perhimpunan Bersih baru-baru ini, Mohamed Khaled berkata:
"Terpulang kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap pelajar jika mereka ditangkap kerana merusuh atau mengambil bahagian dalam perhimpunan haram. Mereka juga seperti individu lain."
Beliau menambah universiti boleh memutuskan jika tindakan perlu diambil terhadap pelajar mereka dengan melihat sama ada imej mereka (universiti) telah tercemar.
Semasa sesi taklimat, seorang pegawai kementerian berkata kontrak itu akan membantu universiti memantau aktiviti pelajar di kampus.
"Pelajar tidak perlu takut dengan kontrak ini kerana ia adalah satu mekanisme untuk memantau aktiviti-aktiviti pelajar di universiti.
"Pelanggaran kontrak boleh berlaku dalam dua keadaan. Jadi, kepentingan kedua-dua pihak akan dilindungi," katanya.
Dalam reaksinya, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Datuk Dr Zaini Ujang berkata penasihat undang-undang UTM sedang merangka kontraknya.
"Ia perlu dimuktamadkan sebaik sahaja Akta tersebut diwartakan," katanya, sambil menambah semua naib canselor telah diberi taklimat mengenai pindaan AUKU.
Sedikit masa dulu, berlaku pertempuran antara bahagian hal ehwal pelajar universiti dan pelajar yang enggan patuh kepada peraturan-peraturan kampus yang ketinggalan zaman.
Pindaan membenarkan para pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti politik, yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada bulan lepas dan menjadi salah satu ikrar pembaharuan yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Malay Merdeka: pelajar dilarang menyokong pembangkang...

Prof Aziz Bari ceritakan kenapa ditangkap dedah sikap dan kejahilan polis mengenai undang-undang



ditulis oleh prof Aziz Bari :


Saya ditahan sekitar jam 350 petang semalam dekat OCBC ketika hendak pergi basuh muka di paip di situ. |

Penguatkuasa DBKL dan polis ramai-ramai keroyok saya dan menjerit: "Ini baju kuning tangkap!".

Saya tak kenal atau ingat identiti mereka tetapi saya terus diseret dan dimaki hamun.

Mereka kelihatan hendak mengejar orang lain tetapi bila mereka gagal mereka terus cekup saya hanya kerana saya pakai baju kuning BERSIH! Aneh. Sejak bila pakai baju kuning satu jenayah di Malaysia?

Itu sudah cukup jelas untuk memberi kita isyarat tentang integriti polis dan agensi lain termasuk DBKL.

"Tua tak sedar diri, dah tua duduk rumah sajalah."

Itulah antara ejekan yang saya dengar sewaktu diheret oleh anggota polis untuk dikumpul di depan DBKL. Kemudian saya ada mendengar rungutan yang polis turut mengejek kami: "Ini semua anjing Anwar Ibrahim'"

Sewaktu diheret polis mengugut seorang petugas media yang cuba mengambil gambar saya ditangkap. Begitu juga ketika kami semua dikumpul dekat Kelab Diraja Selangor.

Macam samseng
Pelik, adakah undang-undang menyekat orang ambil gambar di negara ini? Seorang pelajar fotografi mengadu kameranya yang berharga ribuan ringgit dimusnahkan oleh seorang anggota polis.

Umumnya saya lihat polis bertindak ganas dan memihak kepada Umno-BN. Pada saya hari itu polis kelihatan macam samseng PERKASA. Mereka nampak jelas marah dengan Pakatan Rakyat.

Tetapi yang lucunya bila saya tinggikan suara dan tanya undang-undang apa yang mereka gunakan anggota polis tersipu-sipu dan cepat-cepat beredar. Ini berlaku ketika kami dihimpun macam pendatang asing dekat Kelab Diraja Selangor.

Itulah gelagat anggota polis berpangkat rendah yang mulanya cuba tunjuk garang dan samseng. Para pegawai mereka duduk jauh-jauh.

Pada satu peringkat saya jerit seorang pegawai supaya segera beri rawatan kepada seorang Orang Kena Tahan (OKT) yang terbaring kesakitan. Pegawai ini panik dan tak tahu buat apa-apa. Saya kata, "awak ada budi bicara dan kalau orang ini mati awak akan disoal."

Pegawai ini pucat tak terkata apa-apa.

Itu semua menunjukkan pasukan polis ini jahil dan keliru dan takut dengan kerajaan Umno-BN. Mereka hanya berani bila mereka bergerak dalam gerombolan. Mereka mungkin tak ada akses kepada Internet dan hanya dengar arahan bos mereka saja.

Sikap samseng dan mentaliti gerombolan pasukan polis ini kelihatan apabila ada tahanan baru sampai.

Tahanan ini akan dibawa melalui kumpulan anggota polis pangkat rendah dan ketika inilah anggota polis ini akan mengambil kesempatan mengejek dan memaki hamun tahanan yang sudah lemah longlai diheret itu.

Ada juga yang akan mengambil kesempatan menumbuk, menyepak dan menampar tahanan itu.

Pada satu tahap seorang anggota Unit Amal PAS yang sedia ditahan bersama kami diseret ke dalam gerombolan anggota polis itu. Riuh rendah kedengaran di sebalik van dan trak itu.

Apa yang kelihatan apabila anggota Unit Amal itu diseret kembali ke dalam kumpulan, beliau lembik; mungkin telah dipukul oleh anggota-anggota polis yang menyeringai macam singa dalam kandang menunggu mangsa itu.

Dalam garang dan samseng itu polis ini tidak tahu apa-apa. Ketika di Kelab Diraja Selangor, saya lihat pihak polis panik bila kami ramai-ramai tanya sama ada kami ini ditahan atau ditangkap. Maklumlah konstabel dan koperal apa tahu.

Pegawai pun tidak berani duduk dekat sebab ada OKT yang tanya soalan dalam bahasa orang putih. Lucu. Masa di DBKL seorang sarjan yang tadinya kasar dan sombong mula berlembut apabila makin ramai di kalangan tahanan yang panggil saya "profesor".

Gambaran kebodohan dan ketakutan

Sewaktu di Pulapol, Ketua CID Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin ada datang. Bukan main lagilah Cawangan Khas (SB) dan komando polis mengiringi dia. Begitu juga pegawai-pegawai lain yang datang bersama. Berdesup-desup mereka tabik dan hentak kaki.

Itulah agaknya gambaran kebodohan dan ketakutan mereka. Ikut perintah orang atas tak kira apa.

Di Pulapol peguam tak dibenarkan masuk langsung. Dan suasana dalam khemah kelam, di situ tak teratur. Pihak polis macam tak pasti apa yang perlu dibuat sedangkan ini bukan kali pertama mereka menangani demonstrasi BERSIH.

Ini jauh berbeza dengan imej tenteram yang cuba ditunjukkan oleh media milik Umno-BN termasuk RTM.

Satu lagi yang saya nampak ialah majoriti anggota polis yang bertugas ialah Melayu. Ada segelintir India dan Cina. Tapi yang bongkak, sombong dan ganas ialah Melayu dan India. Mereka inilah yang bongkak dan ganas. Anggota Cina amat tertib dan beradab.

Para pegawai meskipun ramai Melayu tidaklah sombong sangat. Mungkin kerana mereka mudah dikenali melalui uniform mereka.

Sewaktu di Pulapol saya dibawa ke meja Cawangan Khas (SB). Meskipun saya ditanya soalan-soalan yang saya kira aneh, ia tidak lama. Saya tidak tahu kenapa. Mungkin kerana mereka tidak mahu berdebat dengan saya.

Pesta pukul orang
Atau mungkin mereka simpati. Mereka ada bertanya sama ada saya disakiti. Saya kata saya cuma sakit hati. Saya sempat sebut pada mereka: "Wah hari ni polis berpesta pukul orang."

Saya sakit hati kerana polis tidak peduli hak asasi rakyat. Buktinya cukup banyak. Ada yang mengadu dicekup sewaktu sedang makan dalam dalam restoran. Ada yang ditangkap ketika di lobi hotel. Dan ada juga yang ditahan ketika dia hendak membeli tiket di stesen LRT.

Mereka berada jauh dari Dataran Merdeka yang diisytihar kawasan larangan. Mereka juga sudah bersurai. Mereka dipukul dan diheret oleh polis hanya kerana mereka pakai baju kuning. Malah ada yang tidak pakai baju kuning pun dicekup sama.

Ertinya hari itu polis geram dengan orang ramai. Polis sudah menjadi seolah-olah kaki pukul Umno-BN dan gerombolan anti-Bersih. Ini salah di sisi undang-undang. Apa lagi perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan utama negara.

Pasuka polis, sebagaimana cabang-cabang perkhidmatan awam yang lain termasuk angkatan tentera, perlu bersikap berkecuali dan menjaga undang-undang.

Tanggapan saya terhadap polis, khususnya selepas BERSIH 3.0, mereka jahil, keliru dan tertekan. Akhlak mereka juga rendah. Ini ternyata bila Suruhanjaya Dzaidin sendiri merakamkan bahawa pasukan polis antara agensi kerajaan yang paling korup di negara ini.

Sebab itu saya tidak hairan apabila polis gagal membezakan antara menjunjung undang-undang dengan mengampu atau mempertahankan Umno-BN.

Apa pun jika lihat gambar besar kita itu semua tidak memeranjatkan. Kalau para hakim dan anggota Suruhanjaya Pencegahan SPR yang dilindungi oleh perlembagaan secara jelas pun takut dengan Umno-BN siapalah anggota-anggota polis ini.


NONEDR ABDUL AZIZ BARI pakar perlembagaan dan bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Beliau antara yang ditahan semasa perhimpunan BERSIH Sabtu lalu. Tulisan ini pandangan peribadi penulis.







Malay Merdeka: kena fahamlah sebab tu pangkatnya rendah.......