-malaysia kini
Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini tidak menyalahi hukum syarak, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
Beliau berkata sebagai seorang pemimpin tidak salah untuk perdana menteri bersama-sama dengan bangsa lain dalam perkara yang berkaitan dengan adat.
Mufti Perak itu sebelum ini dipetik sebagai berkata orang Islam yang merestui dan turut serta dalam upacara keagamaan lain melakukan perbuatan syirik.
Sebaliknya, Harussani lebih kecewa dengan tindakan PAS di Perak semasa majlis sambutan Thaipusam dengan mengadakan gerai dan khemah serta mengibarkan bendera PAS seolah-olah menyokong dan redha dengan orang yang melakukan kufur.
Malay Merdeka: Al mufti Perak nie..betul betul gabrah..mcm kena sergah polong..dia jugaak yang sebelum ni cakap najib gadai akidah..buat benda syirik..
la nie..lain pulak cakap dia..lepas jumpa najib...terus tukar lidah...
biar betul mufti nie..swuka buat tuduhan melulu..ini mufti politik ke mende....