ALOR STAR: “Kalau hang tak mau hidup dengan aku, mai kita mati sama-sama.” Itulah kata-kata seorang warga emas sebelum secara tiba-tiba menikam isterinya selepas berang tindakan mangsa meminta cerai daripadanya dalam kejadian di Kampung Kuala Sungai, dekat sini, tengah hari semalam.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari, Zabedah Ali, 73, maut akibat ditikam di sebelah kiri perut oleh suaminya yang berusia 81 tahun menggunakan sebilah pisau di depan pintu masuk rumah mereka.
Suspek yang juga suami ke-11 mangsa, hilang pertimbangan apabila usahanya memujuk wanita itu untuk meneruskan perkahwinan mereka menemui jalan buntu selepas dia tetap dengan keputusannya untuk berpisah.
Mangsa yang ditikam dengan pisau sepanjang 17.8 sentimeter (tujuh inci) cuba melarikan diri ke halaman rumahnya dalam keadaan parah sebelum rebah dan menemui ajal di situ.
Lelaki serang bekas teman wanita selepas cinta ditolak
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki menyerang bekas teman wanitanya menggunakan pisau selepas wanita itu dikatakan menolak cintanya dalam kejadian di Taman Samudera, Batu Caves pagi tadi.
Dalam kejadian jam 11 pagi itu, suspek berumur lingkungan 30an mengunjungi
rumah bekas teman wanitanya berusia 27 tahun, di sebuah pangsapuri di taman
perumahan itu untuk memujuk kembali menerima cintanya.Bagaimanapun, selepas mangsa menolak cinta suspek, suspek marah dan menyerang wanita itu tanpa belas kasihan di bilik tidurnya sebelum melarikan diri dan meninggalkan mangsa dalam kesakitan.
Difahamkan, gadis malang itu kemudian dikejarkan oleh jirannya ke Hospital-Bernama
Cinta maut cinta melayu.