Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Rabu, 11 November 2009

SIAPA TUN SABAN? idola MB ZAMBERI

POH: Tun Saban, anak kepada Bendahara Melaka Tun Perak, yang juga orang pertama meneroka daerah Hulu Perak akan dijadikan watak permainan video, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, syarikat MYGO Solutions Sdn Bhd telah diberikan kepercayaan untuk mewujudkan permainan video berkenaan bagi memaparkan sejarah kepahlawanan di Perak.

"Watak Tun Saban dalam permainan video itu kelak sesuai untuk peringkat kanak-kanak dan dewasa," katanya kepada pemberita selepas melancarkan syarikat MYGO 101 Sdn Bhd di sini hari ini.



Zambry berkata, kerajaan negeri komited untuk menjadikan Perak sebagai pusat kandungan kreatif dalam usaha menjadikan negeri itu pelopor utama kandungan sedemikian di peringkat kebangsaan.

Tun Saban dikatakan pernah berperang dengan angkatan perang Sultan Muzaffar Shah, iaitu Sultan Perak pertama yang memerintah dari 1528 hingga 1549, berpunca daripada keengganannya menyerah anak perempuannya yang bernama Tun Merah, untuk dijadikan gundik Sultan.





Melayu:
satu lagi projek arkib negeri perak selepas filem pasir salak....
kong!...kong!...kong...tong...tong..tong...
Saban hari...saban waktu...saban..saban....sebak!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan