Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Ahad, 1 April 2012

April Fool: Najib janji durian runtuh


 Perdana menteri hari ini menjanjikan para peneroka “durian runtuh" bersempena penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) di bulan Mei, tetapi tidak mengumumkan jumlah sebenar yang boleh diharapkan.
Datuk Seri Najib Razak  berkata bahawa jumlah yang bakal diumumkan nanti pasti akan membuat para peneroka “tersandar, rebah dalam kejutan".
“Banyak mana? Saya tak akan umumkan hari ini. Banyak mana? Tunggu, kita akan buat pengumuman nanti," Najib berkata, mengikut agensi berita nasional Bernama.
Berucap di FELDA Triang 3 di Bera hari ini, Najib turut berkata bahawa keputusan untuk menyenaraikan FGVH di Bursa Malaysia akan memanfaatkan para peneroka.
“Kerajaan ambil keputusan supaya FGVH ini disenaraikan kerana kita ingin aset FELDA ini untuk menjana kekayaan berlipat ganda seterusnya kekayaan melonjak itu kita akan pulangkan kepada peneroka.
Di bulan Februari, sekumpulan lapan orang peneroka berjaya mendapat perintah mahkamah untuk menghentikan pemindahan saham dari Kooperatif Pelaburan FELDA (KPF) mereka kepada FGVH, suatu langkah penting dalam rancangan menyeranaikan firma perladangan itu.
Ini mendorong Putrajaya mengumumkan pada 14 Mac bahawa kerajaan akan tetap dengan rancangan penyenaraian FGVH tidak kira sama ada keputusan itu menerima sokongan peneroka FELDA.
Kerajaan sebelum ini bertegas bahawa ianya mempunyai sokongan “majoriti peneroka”, walaupun terdapat laporan bantahan meluas.

Para pengkritik berkata bahawa penyenaraian ini akan memberikan FGVH yang serba kerugian kuasa mengawal KPF dan akan merugikan pemegang saham kecil dan membebankan FELDA dengan defisit sebanyak RM1 5 bilion setiap tahun.