Presiden PERKASA itu memang menyedari tentang adat dan pantang larang orang Cina.Tiew berkata beliau membuat kesimpulan itu selepas membaca berita mengenai kehadiran Ibrahim di satu majlis Tahun Baru Cina di Pasir Mas, Kelantan.
Berita itu memaparkan gambar Ibrahim berbaju merah ketika meraikan warga emas di Kampung Pasir Tendang pada 21 Januari. Ibrahim adalah ahli parlimen Pasir Mas. Berita itu juga menyatakan bahawa Ibrahim menyampaikan ang pow (sampul merah) dan oren Mandarin kepada rakyat.
Oleh itu, tambah, tidak mungkin pada 29 Januari lalu, Ibrahim tidak tahu bahawa ia adalah adat orang Cina.