Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 16 Januari 2012

kisah hutang hassan ali

Satu daripada skandal yang bakal mengejutkan ramai penyokong PAS ialah tindakan Harakah (Lidah Rasmi PAS) melakukan bail-out ke atas Hassan Ali dengan mengambilalih tangungan beberapa hutang syarikat Hassan Ali, SABHA AMBANG HRD Sdb. Bhd. yang jumlah mencecah jutaan ringgit.

Salah satu daripada hutang SABHA yang diselamatkan oleh Harakah ialah bangunan 2 unit 3 Tingkat di Cosmoplex Bandar Baru Salak tinggi Sepang.

Menurut maklumat yang diterima, labiliti atau hutang SABHA kepada Bank yang ditanggung oleh Harakah ialah berjumlah RM 1, 723, 493.73.

Perjanjian tersebut ditandatangani antara Dato’ Dr. Hassan Ali sebagai pemilik SABHA dengan Pengerusi Harakah, Dato’ Hishammudin Haji Yahya.


kemungkinan beberapa lagi hutang SABHA dengan beberapa buah bank turut diambil alih oleh Harakah yang boleh menjangkau sepuluh juta tinggit.

Haron Din sangkal dakwaan Hassan Ali


PIHAK yang memperkatakan kononnya PAS telah melencong dan terbabas dari perjuangan asalnya, dengan meninggalkan Islam dan berbagai-bagai lagi, adalah dakwaan media massa yang memusuhi perjuangan PAS.Tugas utama mereka adalah untuk mempromosikan parti pemerintah dan memburuk-burukkan lawannya terutama PAS. Dengan apa mereka hendak memburuk-burukkan PAS?
Itulah kerja media yang tidak senang dengan PAS. Selagi PAS teguh memperjuangan Islam, selama itulah Umno-Barisan Nasional tergugat dan akhir-akhir ini semakin tergugat. Oleh kerana itu mereka berusaha melemahkan PAS dengan apa cara pun.
Sebenarnya PAS tidak melencong atau menyeleweng dan jauh sekali daripada berubah dari Islam kepada yang tidak Islam. Mana mungkin PAS hendak berubah kepada yang tidak Islam.
Bukti yang paling nyata, Perlembagaan PAS yang ada sekarang, jelas tidak ada sebarang perubahan dan tidak pernah ada cadangan untuk berubah.
Perlembagaan PAS, Fasal 1, nama pertubuhan disebut Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Pada Perlembagaan PAS, Fasal 3, tujuan PAS ialah:
(i) Memperjuangkan wujudnya dalam negara ini, sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.
Di dalam PAS ada Majlis Syura Ulama, yang di antara tugas utamanya, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan PAS, Fasal 7 (B):
“Mengeluarkan arahan dan perintah, supaya dasar dan ketetapan itu, dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara, supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak di dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan gerakan dan pentadbiran PAS.”
Semua yang saya nyatakan berjalan lancar dan berada dalam keadaan baik, tanpa berlaku penyelewengan dan kelencongan.
Pihak yang menyatakan PAS sudah melencong dan berubah dasar perjuangannya, meninggalkan Islam dan Negara Islam dan bermacam-macam lagi, adalah suatu fitnah jahat yang semata-mata bertujuan memburuk-burukkan pejuang-pejuang Islam, yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam, sepanjang zaman.
PAS tidak berubah dan tidak pernah mengubah dasar-dasar utama perjuangannya. Taktik dan strategi boleh berubah mengikut keperluan.
Apa yang disebut Negara Berkebajikan menggantikan Negara Islam, itu sebenarnya istilah. Maknanya sama dan tidak berubah.
Malah menamakan Negara Islam dengan nama Negara Berkebajikan, tidak bercanggah dengan Islam.
Di dalamn al-Quranul karim tidak terdapat istilah Negara Islam secara jelas dan terang. Yang ada seiras dengannya adalah istilah ‘Baldatun Tayyibah’ sebagaimana firman Allah (mafhumnya): “Sesungguhnya adalah bagi penduduk negeri Saba’, ada suatu tanda kemurahan Allah yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu dua bidang kebun yang luas lagi subur yang terletak di sebelah kanan dan kiri. Lalu dikatakan kepada mereka itu, makanlah daripada rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya dan negeri kamu itu adalah negeri yang Tayyibah (Baik atau berkebajikan) dan Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Pengampun.” (Surah Saba’ ayat 15)
Ketika Presiden PAS membentangkan istilah Negara Berkebajikan dalam muktamar yang lepas (Jun 2011), tidak ada sesiapa pun yang meragui istilah itu dan tiada sesiapa pun yang mempersoalkannya di dalam muktamar.
Biasanya, jika ada sesuatu yang tidak kena, ahli dalam muktamar PAS akan menimbulkan berbagai pandangan, teguran dan bangkangan. Yang ternyata muktamar telah menerima.
Apabila ini berlaku, maka ianya adalah sesuatu selaras dengan perjuangan PAS.Penyebar-penyebar fitnah ke atas pejuangpejuang Islam, bukan perkara baru, malah sejak dari zaman sahabat Rasulullah s.a.w, yang memperjuangkan Islam pada waktu itu, musuh-musuh Islam dari kalangan musyrikin dan munafikin, telah menyebar fitnah yang lebih besar.
Antaranya dahulu, mereka menyatakan, ‘Muhammad adalah ahli sihir, dia gila, pembawa cerita dongeng, pemecah perpaduan umat Arab, dia menyembah berhala (Kaabah).’ Berbagai-bagai lagi fitnah dilemparkan terhadap Nabi s.a.w dan para sahabat baginda.
Oleh yang demikian, anda tidak harus mengendahkan media-media musuh Islam yang memang itu kerja mereka.
PAS sekarang, tetap PAS seperti dahulu, tetap memperjuangkan Islam yang syumul, tanpa menghiraukan kata-kata orang menentang.
Berpandulah kepada hadis Rasulullah s.a.w (mafhumnya): “Akan sentiasa wujud di kalangan umatku segolongan orang-orang yang memperjuangkan Islam yang sebenar, tanpa menghirau celaan orang yang suka mencela, sehingga kemenangan yang nyata, berhasil pada akhirnya.” Wallahua’lam.
Artikel di atas dipetik daripada ruangan Bersama Dato' Haron Din yang disiarkan akhbar Harakah Bil. 1704 (8-11 Safar 1433/2-5 Januari 2012)

Hassan Ali lepas dendam dan terus serang Anwar

Bekas ahli Pas yang kecewa, Datuk Hassan Ali terus kekal dengan perangai buruknya yang tidak melambangkan seorang muslim. Kali ini beliau seperti melepaskan geram dan dendam kesumat dengan menyerang Anwar Ibrahim.
Dalam satu sidang akhbar dirumahnya beliau berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim mesti ditolak oleh semua rakyat Malaysia kerana pemimpin PKR itu akan melakukan sesuatu terhadap undang-undang menentang homoseksual jika dipilih mentadbir kerajaan persekutuan, demikian dakwa Datuk Dr Hasan Ali.
Bekas ketua PAS Selangor itu berkata, itu merupakan sebab mengapa dia tidak boleh bekerja atau menghadiri perbincangan empat mata dengan pemimpin pembangkang tersebut, dan temubual baru-baru ini antara Anwar dengan BBC menunjukkan dia mempunyai “pandangan peribadi” berhubung isu tersebut.
“Ini ialah sebab mengapa saya tidak boleh bekerja dengannya. Ini adalah faktor mengapa rakyat Malaysia perlu menolak Anwar.
“LGBTs (lesbian, homoseksual, dwiseksual dan transeksual) disahkan di Malaysia! Tuhan melarang! Saya boleh melihat keadaan yang sukar jika perkara itu berlaku,” Hasan(gambar)memberitahu pemberita di sini.
“(Dia) akan menjadikan perkara itu 'halal'. Tuhan melarang, dan masyarakat akan berada dalam keadaan huru-hara dan kucar-kacir jika itu berlaku.
“Pandangan-pandangan dalam temubual bersama BBC mencerminkan pandangan peribadinya,” tambah anggota Dewan Undangan Negeri Gombak Setia ini lagi.
Selepas dibebaskan meliwat bekas pembantunya, Anwar telah dituduh menjadi penyokong hak-hak homoseksual, dengan Umno mendakwa memiliki bukti-bukti Anwar berkata demikian semasa satu temubual dengan rangkaian televisyen BBC baru-baru ini.
Mingguan Malaysia memetik pemimpin Pembangkang sebagai berkata semasa temubual bersama BBC itu, undang-undang dan hak-hak homoseksual di Malaysia dianggap “purba” dan “bukan berkaitan.”
Wartawan BBC telah meminta Anwar mengulas sama ada menolak idea anti diskriminasi dan hak-hak homoseksual, di mana dia telah dituduh berkata “kami perlu mengkaji semula beberapa undang-undang purba kami.”
“Kami orang Islam dan bukan Islam di Malaysia pada umumnya percaya dan komited menyokong kesucian perkahwinan antara wanita dan lelaki, tetapi kami tidak sepatutnya dilihat untuk menjadi punitif dan mempertimbangkan undang-undang purba seperti berkaitan,” kata Anwar kepada BBC.
Tetapi petikan tambahan pemimpin de facto PKR ttidak dinyatakan Utusan and Berita Harian.
Anwar juga berkata Pakatan Rakyat (PR), “kami tidak menggalakkan homoseksual, dan kami tidak perlu meminta maaf untuk itu.”
Hasan berkata, jawapan Anwar semasa temuduga itu sahaja menunjukkan mengapa tekaannya terhadap pemimpin de facto PKR itu ialah “sah.”
“Tujuan saya sangat mulia, saya rasa hanya Allah akan tahu,” kata Hasan.
Dia menuduh Anwar gila kuasa, dan berkata PR gagal dalam rampasan kuasa pada 16 September, di mana Anwar telah berjanji akan berlaku pembelotan beramai-ramai dari Ahli Parlimen Barisan Nasional, terutama yang dari Sarawak dan Sabah.
“Jadi, saya atau Anwar yang gila kuasa? Saya berada di puncak kuasa sebagai satu exco, tetapi saya bersetuju untuk dikorbankan,” tambah Hasan


Malay Merdeka: Hassan Ali nie... dah giler apa ke...inilah jadah nya orang ego yang hipokrit nak sembunyikan rasa kecewanya...sejak kena pecat dah semakin tak betul....makin sewel..serang membabi buta...itulah kalau syok sangat dengan Umno..baca akhbar umno...tengok tv umno..tak dapat fakta yang betul...nama aje ada PHD..memang pingat hasad dengki...nak kata bodoh..pandai..nik aziz kata tak cerdik....
memang sengal Hassan Ali nie..tiada perkataan yang semolek-moleknya untuk dilemparkan keatas kebangangan Hassan Ali...konon pejuang Islam...tapi buat fitnah dan busuk hati..beliau tiada ciri seorang muslim pun..hanya kawin ramai...Hassan Ali disarankan balik ke kampong Pulau Lumut (Pulau Indah) di Pelabohan Kelang muhasabah diri atau terjun laut dengan labu-labunya!

Projek I-Sharp (Udang) Punca banjir diSetiu, Permaisuri menangis

(Penduduk Permaisuri menangis akibat banjir yang jarang mereka alami sebelum ini)


Beribu-ribu penduduk Permaisuri mengalami masalah yang tidak mereka alami selama ini apabila kampong mereka ditenggelami air banjir sejak beberapa hari lalu.
Bukan itu sahaja, jalan raya juga tiba-tiba mendap yang menyebabkan seorang imam yang menunggang motosikal jatuh ke dalam lubang yang tiba-tiba mendap.
(Gambar: Laporan akhbar harian yang menunjukkan mangsa jalan jerlus di Setiu)
Projek Taman Akuakultur Udang Bersepadu yang diusahakan oleh Syarikat Blue Archipelago Berhad adalah puncanya. Kejadian banjir luar biasa ini memang berpunca dari kerja-kerja projek i-SHARP ini! 
Kawasan Hutan Gelam Air Tawar di Kampung Nyatoh dan Banggol, Permaisuri Setiu Terengganu seluas 1200 hektar telah dikorbankan bagi memberi laluan kepada projek akaukultur berimpak besar ini yang menelan belanja sebanyak RM300 juta ini dan dijangka siap pada tahun 2012 ini. 

Projek ini diusahakan oleh Syarikat Blue Archipelago Berhad yang juga menyelia projek akuakultur udang di Kerpan, Kedah. 

Blue Archipelago Berhad merupakan anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Berhad, syarikat milik kerajaan persekutuan.


untuk mengelakkan kawasan projek bernilai ratusan juta ringgit ini ditenggelami air banjir, kerja-kerja tebus guna tanah telah dan sedang dilakukan supaya kolam udang berada di aras yang lebih tinggi dari air banjir.

Keadaan ini akan menyebabkan aliran air itu beralih ke kawasan yang lebih rendah di sekitar tapak projek dan ini akan menyebabkan air membanjiri kawasan penempatan penduduk sekitar.
(Gambar: Papan tanda projek)
Tambakan tanah juga akan menghalang pengaliran air banjir ke Sungai Setiu. 
Pembinaan jalan masuk ke dalam tapak projek sepanjang lebih kurang 2 km menjadi penghalang utama aliran air banjir ke Sungai Setiu.

Ia telah menyebabkan berlaku fenomena ‘air sebak’ mengikut istilah penduduk tempatan, walaupun paras air Sungai Setiu sebenarnya tidaklah terlalu tinggi.
Penduduk tempatan juga mengakui bahawa ketiga-tiga kejadian banjir sepanjang musim tengkujuh tahun ini adalah luar biasa dan tidak berpadanan dengan jumlah hujan yang turun.

Terutama sekali di sekitar Kampung Nyatoh, Kampong Bukit Kemudu dan Kampung Banggol di mana di Kampung Banggol, penduduknya menjadi mangsa berganda apabila tanah RTB pertanian yang menjadi sumber pencarian mereka turut dimangsakan demi projek udang ini.
suatu perjudian yang besar apabila sebuah syarikat yang belum berjaya membuktikan hasil dan prestasi dalam industri berkaitan dianugerahkan 1,000 hektar tanah dengan taraf pajakan selama 30 tahun.

Projek ini juga turut mengorbankan hak dan mata pencarian rakyat kemudian menghasilkan pula impak negatif alam sekitar dan sosio ekonomi setempat sedangkan hasilnya masih terlalu samar,


Siapa Parasit yang dimaksudkan Hassan Ali dalam Pas

Dr Abd Rani OsmanKalau dia ada bukti mengatakan dalam Pas ini ada parasit maka perkara itu perlu didedahkan kerana dalam Islam sendiri setiap tuduhan itu perlu ada buktinya.


“Kita pun nak tahu juga siapa parasit yang ada dalam Pas ini supaya kita sendiri boleh mengambil tindakan terhadap mereka,” cabar Pesuruhjaya Pas Negeri, Dr Abd Rani Osman kepada Dr Hasan Mohamed Ali.


Abd Rani berkata, pendedahan senarai nama itu boleh membantu parti itu untuk mengambil tindakan sewajarnya.
Sementara itu, timba-lannya, Khalid Abdul Samad turut membidas kenyataan Hasan dan memintanya mendedahkan nama-nama tersebut.
.


Malay MerdekaKeceluparan dan tohmahan Hassan Ali semakin menjadi-jadi sejak disingkir dan dipecat dari PAS.


Hassan Ali lah merupakan parasit yang sebenarnya..ejen Umno...semasa beliau menjadi pesuruhjaya Pas, beliau cuba menjaja kerajaan perpaduan..perjumpaan rahsia dengan khir toyo...teringin sangat jawatan MB....menyingkirkan..saari sungip dan khalid samad dar jawatan penting...mewujudkan satu komplot baru dalam PAS....sering menyerang kerajaan Selangor...



Askar naik stim tak tahan jumpa bini...


Kalau iapun saborlah tunggu sampai balik rumah...



Walaupun mungkin pasangan ini laki-bini.. patut-patutlah janganlah menunjuk-nunjuk
Ini kes tak ada tatasusila..takkan depan orang ramai pun nak romen...
Ini budaya apa?..
Tak senonoh betul!
beberapa blog menyiarkan gambar tersebut..namun sumbeernya tidak diketahui...