Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 16 Januari 2012

Projek I-Sharp (Udang) Punca banjir diSetiu, Permaisuri menangis

(Penduduk Permaisuri menangis akibat banjir yang jarang mereka alami sebelum ini)


Beribu-ribu penduduk Permaisuri mengalami masalah yang tidak mereka alami selama ini apabila kampong mereka ditenggelami air banjir sejak beberapa hari lalu.
Bukan itu sahaja, jalan raya juga tiba-tiba mendap yang menyebabkan seorang imam yang menunggang motosikal jatuh ke dalam lubang yang tiba-tiba mendap.
(Gambar: Laporan akhbar harian yang menunjukkan mangsa jalan jerlus di Setiu)
Projek Taman Akuakultur Udang Bersepadu yang diusahakan oleh Syarikat Blue Archipelago Berhad adalah puncanya. Kejadian banjir luar biasa ini memang berpunca dari kerja-kerja projek i-SHARP ini! 
Kawasan Hutan Gelam Air Tawar di Kampung Nyatoh dan Banggol, Permaisuri Setiu Terengganu seluas 1200 hektar telah dikorbankan bagi memberi laluan kepada projek akaukultur berimpak besar ini yang menelan belanja sebanyak RM300 juta ini dan dijangka siap pada tahun 2012 ini. 

Projek ini diusahakan oleh Syarikat Blue Archipelago Berhad yang juga menyelia projek akuakultur udang di Kerpan, Kedah. 

Blue Archipelago Berhad merupakan anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Berhad, syarikat milik kerajaan persekutuan.


untuk mengelakkan kawasan projek bernilai ratusan juta ringgit ini ditenggelami air banjir, kerja-kerja tebus guna tanah telah dan sedang dilakukan supaya kolam udang berada di aras yang lebih tinggi dari air banjir.

Keadaan ini akan menyebabkan aliran air itu beralih ke kawasan yang lebih rendah di sekitar tapak projek dan ini akan menyebabkan air membanjiri kawasan penempatan penduduk sekitar.
(Gambar: Papan tanda projek)
Tambakan tanah juga akan menghalang pengaliran air banjir ke Sungai Setiu. 
Pembinaan jalan masuk ke dalam tapak projek sepanjang lebih kurang 2 km menjadi penghalang utama aliran air banjir ke Sungai Setiu.

Ia telah menyebabkan berlaku fenomena ‘air sebak’ mengikut istilah penduduk tempatan, walaupun paras air Sungai Setiu sebenarnya tidaklah terlalu tinggi.
Penduduk tempatan juga mengakui bahawa ketiga-tiga kejadian banjir sepanjang musim tengkujuh tahun ini adalah luar biasa dan tidak berpadanan dengan jumlah hujan yang turun.

Terutama sekali di sekitar Kampung Nyatoh, Kampong Bukit Kemudu dan Kampung Banggol di mana di Kampung Banggol, penduduknya menjadi mangsa berganda apabila tanah RTB pertanian yang menjadi sumber pencarian mereka turut dimangsakan demi projek udang ini.
suatu perjudian yang besar apabila sebuah syarikat yang belum berjaya membuktikan hasil dan prestasi dalam industri berkaitan dianugerahkan 1,000 hektar tanah dengan taraf pajakan selama 30 tahun.

Projek ini juga turut mengorbankan hak dan mata pencarian rakyat kemudian menghasilkan pula impak negatif alam sekitar dan sosio ekonomi setempat sedangkan hasilnya masih terlalu samar,


Tiada ulasan:

Catat Ulasan