Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Rabu, 4 Mei 2011

Pecah tembelang! GEmpaR Identiti Eskay terdedah


1) Eskay asalnya beragama Hindu. Bapa beliau berbangsa India dan ibu berbangsa Siam. Beliau anak ke-3 dari 4 adik beradik dengan seorang abang, dan seorang kakak, serta seorang adik. Nama abang Eskay adalah Chandran.

2) Tujuan Eskay memeluk Islam adalah untuk membolehkan beliau mendapat status 'Melayu/bumiputera' bagi mempermudahkannya dalam urusan perniagaan dengan kerajaan. Namun begitu Eskay tidak mengamalkan cara hidup Islam dan sering bergelumang dgn maksiat.

3) Eskay bercita-cita tinggi dan juga berminat dengan politik. Beliau pernah cuba merasuah pegawai JPN bagi menukar status bangsanya dari 'India' kepada 'Melayu/bumiputera' semata-mata kerana ingin memudahkan urusan perniagaannya. Eskay juga didakwa berminat untuk menjadi ahli UMNO tetapi gagal kerana status bangsanya.

4) Eskay mempunyai tabiat kuat minum dan suka mabuk. Tempat beliau berhibur adalah di salah sebuah bar di Hotel Armada PJ. Ketika mabuk, tabiat Eskay akan minum dengan gelas yang kacanya bukan dari jenis lutsinar supaya orang lain tak nampak apa yang diminumnya.

5) Eskay juga pernah mengadakan hubungan sulit dengan setiausaha peribadinya bernama Farah Hida. Farah Hida akan sentiasa menemani Eskay ke mana-mana beliau pergi termasuk lawatan-lawatan kerja ke luar negara. Eskay juga akan seringkali ke Hotel Armada PJ sekiranya ingin menjalankan aktiviti seksual.

6) Menurut orang yang rapat dengan Eskay, beliau kini sudah putus dengan Farah Hida dan mempunyai teman wanita yang baru dan tinggal bersekedudukan bersama-samanya di sebuah kondominium di Ampang.

7) Isteri Eskay pula kini tinggal di Sungai Petani bersama ibu bapanya. Difahamkan mereka masih suami isteri namun tidak lagi tinggal sebumbung.



Rupanya Menteri Idris Jala berugama Kristian

NONERupanya ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu dan keliru bahawa Menteri diJabatan Perdana Menteri Datuk Idris Jala berugama Kristian. Perkara ini didedahkan oleh Pertubuhan Pembela Islam (Pembela).
Gabungan NGO Melayu-Islam, Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) mendakwa agama Islam sedang diancam dan digugat di negara ini.

Jurucakapnya Yusri Mohamad, perkara itu dikesan melalui perkembangan terkini melibatkan hubungan Islam-Kristian.

NONETambahnya, pelantikan exco bagi menangani hal ehwal bukan Islam di Pulau Pinang dan pelantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang beragama Kritian Datuk Seri Idris Jala untuk menangani isu Bible berbahasa Melayu mengancam dan menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi.

Yusri berkata, tiada sebarang peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan tentang pembentukan badan untuk hal ehwal bukan Islam. 

Sehubungan itu, bekas presiden Angkatan Belia Islam (ABIM) itu berkata, perkara itu menjadikan bidang kuasa Idris tidak menurut perlembagaan.

"Memang (ada ancaman). Walaupun PEMBELA sudah bergerak sebelum ini, seperti kes murtad Azlina Jailani. Ini bukan kali pertama kita bergerak. 



Ancaman atau gugatan ada musim; dan menjadi lebih serius. Ini ada kecenderungan... (menjadi) sesuatu tekanan kuat terhadap cara kita mengendalikan isu-isu agama berkaitan Islam. 

Yusri berkata, pihaknya bimbang kepada usaha menyamatarafkan agama di negara ini.

'Dia Kristian'
"Kalau pun tidak sampai kepada pluralime agama, kalau ada kecenderungan untuk tuntut layanan yag sama bagi agama lain sama seperti agam Islam, saya kira ia bercanggah dengan perlembagaan, sejarah, latar belakang dan amalam sedia ada serta mengga ganggu formula kestabilan," katanya.

Katanya, tindakan kerajaan melantik Idris menguruskan isu Alkitab juga salah kerana beliau beragama Kristian dan tidak boleh dikatakan tidak memihak.

"Dia menteri Kristian. Ini isu agama, bukan politik. Setakat ini kita faham yang formula 10 perkara tidak muktamad lagi... Kita harap tidak dimuktamadkan... 

"(Ia) perlu ambil kira pandangan yang mewakili masyarakat Islam, majlis fatwa, ilmuan Islam, pertubuhan. (Ini) tidak berlaku dalam perbincangan yang lalu," katanya.

Yusri berkata, isu itu patut diuruskan oleh Datuk Jamil Khir Baharom, menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan perkara berkaiatan Islam bersama Tan Sri Koh Tsu Koon yang bertanggungjawab dalam perpaduan kaum.

Katanya, beliau merasakan kerajaan boleh bertindak dalam bidang kuasanya, tetapi dalam masa yang sama kumpulan Kristian didakwa menggunakan terma seperti "menodai" dan "mengotorkan" dalam mengetengahkan isu itu.

Sementara itu, Yusri berkata, PEMBELA - gabungan 80 NGO - akan mengadakan persidangan pada Sabtu untuk membincangkan isu berkaitan kedaulatan Islam di Malaysia.

Tema berhubung tindakan umat Islam ketika Islam digugat akan diketengahkan dalam acara yang terbuka kepada semua umat Islam.

Berbalas pantun

Ia akan menyentuh pelbagai topik, aantaranya isu Alkitab, isu pertukaran agama dan kebebasan beragama.

Hasil perbicangan itu akan dikemukakan kepada kabinet, perdana menteri, Majlis Raja-raja, parti politik dan mufti, kata Yusri.

NONEMengulas laporan polis terhadap PEMBELA sebelum ini, Yusri menafikan gabungan itu bukan kumpulan ekstrimis seperti didakwa.

"Boleh buat repot polis, ini negara merdeka. Tetapi biar ada asasnya. Dan kalau nak repot, tak (perlu) besar-besarkan satu isu. Ini ada unsur kecenderungan untuk besar-besarkan isu yang tiada.

"Masyarakat Islam dan bukan Islam boleh kaji latar belakang kami, kami bukan pemain baru dalam jaringan pertubuhan Islam. Kita bukan kumpulan ekstrimis. Kita buat perhimpunan aman, selepas solat, secara terkawal," jelasnya.

"Mungkin ada dalam perhimpinan ada ucapan yang berbunyi garang dan tegas. itu biasa dalam demonstrasi. Takkan nak berbalas pantun di situ."

Beliau menafikan ada pemimpin PEMBELA yang mengeluarkan kenyataan "akan bertumpah darah" terhadap kumpulan kristian.

mufti kena histeria

Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara UMNO dan Pas sebagai pengkhianat Islam.

Selain itu beliau berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.

“Penyatuan (UMNO dan Pas) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,’’ katanya kepada Utusan Malaysia.

Kerjasama yang dimaksudkan berkaitan dengan perkara membabitkan kepentingan Islam dan Melayu, bagaimanapun usaha itu sering terbantut ekoran keengganan Pas untuk berbuat demikian.