Isnin, 7 Mei 2012
Pengerusi SPR dan timbalannya masih berselindung
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata penjelasan Wan Ahmad yang ghairah menyatakan isu selesai membuktikan beliau begitu cepat melepaskan diri sedangkan isu pokoknya belum lagi dijawab.
Saifuddin mencabar Pengerusi dan Timbalan SPR menafikan mereka bukan ahli Umno dengan memberikan bukti Pengerusi SPR: Abdul Aziz Mohd Yusof, No KP 500124105279, No Keahlian Umno 113804, Kod Cawangan 09920036 (Sri Ampang Baru).
Timbalan: Wan Ahmad Wan Omar, No KP 490101035179, No Keahlian Umno 2374564 Kod Cawangan 02213049 (Kubang Bunggor, Pasir Mas).
Bagaimanapun kedua-dua orang kuat SPR itu mengaku dipetik berkata, “Perkara sudah terlalu lama, saya tidak ingat,” kata Abdul Aziz.
Tanpa berlapik, Wan Ahmad pula mengaku, “Mungkin saya didaftarkan pada penghujung 70-an atau awal 80-an di cawangan Gombak, Damansara atau Subang Jaya,” kata beliau dipetik.
Sejurus itu, tampil pula dua individu penyelamat mereka dengan membuktikan bahawa dakwaan Saifuddin itu merujuk kepada mereka iaitu Wan Ahmad Wan Omar merupakan peniaga kedai makan manakala Abdul Aziz Mohd Yusof pula pemandu di bahagian Kabinet Jabatan Perdana Menteri (JPM).
“Mereka mesti tampil memberi penjelasan, kerana kedua-duanya tidak pernah menafikan bahawa mereka bukan ahli Umno,” tegas Saifuddin.
Malay Merdeka: penyelesaiannya ialah pengerusi dan timbalannya kenalah letak jawatan sebab rakyat sudah hilang kepercayaan kepada mereka walau apa pun tipu muslihatnya sebagaimana mereka kona kiri kanan mengendalikan SPR.
Presiden baru Perancis
Calon Sosialis, Francois Hollande menewaskan penyandang parti konservatif, Nicolas Sarkozy untuk dipilih sebagai Presiden Perancis yang baru. Beliau menjadi pemimpin berhaluan kiri pertama sejak Francois Mitterrand menjadi presiden bermula 1981 hingga 1995.
rakyat perancis meraikan kemenangan parti sosialis.
kebangkitan rakyat perancis berjaya mengubah kepimpinan negara itu.
Malay Merdeka: ....menentang kaum kapitalis...
Ulamak dan perompak besar....penipu dan pengampu...
A: Seorang perompak besar, penipu pilihanraya, catur penindasan sistematik, menggunakan segalanya untuk memihak kepadanya, asalkan benda yang berpihak kepadanya difatwakan sebagai adil.
Mereka yang lebih takutkan kehilangan gaji daripada Allah:
Diam seribu bahasa.
B: Beranikan diri melawan ketidakadilan A. Menggadai titik peluh dan darah untuk memberitahu A, cukuplah menipu - nak lawan, lawan dengan cara adil. Beranikan diri menghadiri perhimpunan yang digelar haram oleh A dan orang agama A. Menjaga kelakukan daripada 8am ke 3pm memastikan himpunan aman dan mesej disampai pada A bahawa mereka serius menuntut perubahan. Melarikan diri apabila pihak A bertindak ganas. Dipukul, dihina, diseksa, diburu, dikecam oleh pihak A yang menguasai segalanya.
Mereka yang lebih takutkan kehilangan gaji daripada Allah:
Haram untuk sertai himpunan yang huru-hara.
Quran 55:5-13
Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;
Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.
Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,
Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;
Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.
Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:
Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;
Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
Quran 18:57
Allah sudah memberikan akal dan panduan untuk kehidupan sementara kita di dunia ini. Pakailah sebaiknya untuk menilai. Jaga pemberian Allah dan jangan menghina pemberian Allah. Gunalah sebaiknya.
Tuan Ibrahim Tuan Man

Quran 5:8
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Quran 18:57
Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya.
Inikah cara jaga nama baik agama dan kepentingan umat Islam?
Allah sudah memberikan akal dan panduan untuk kehidupan sementara kita di dunia ini. Pakailah sebaiknya untuk menilai. Jaga pemberian Allah dan jangan menghina pemberian Allah. Gunalah sebaiknya.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
6 Mei 2012
Malay Merdeka: alat pemerintah...kelihatan seperti tidak berwibawa....mereka perlu mengeluarkan pandangan terhadap kepincangan pengurusan kewangan negara, amalan rasuah yang berleluasa, pengkhianatan pemberian ic kepada bukan warganegara, pemberian warganegara dengan tujuan politik jahat, rasuah politik kepada pengundi, pengunaan dana kerajaan oleh parti yang bertanding dalam pilihanraya dan kepincangan pengurusan pilihanraya.
Langgan:
Catatan (Atom)