Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Rabu, 30 September 2009

bahasa Melayu bahasa dunia

Kewujudan Manuskrip Risalah Hukum Kanun membuktikan dengan jelas bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa dunia yang turut dipelajari oleh golongan bukan Melayu.
Pensyarah Kanan Jabatan Bahasa Melayu Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Adi Yasran Abdul Aziz berkata, hakikat itu dibuktikan dalam manuskrip tersebut yang dihasilkan lebih 40 versi hingga kini dan masih tersimpan di luar negara.
Beliau berkata, antara negara yang menyimpan manuskrip itu ialah Belanda, Itali, Jerman, Indonesia, Brunei dan Malaysia.
"Manuskrip itu digunakan oleh para sarjana Barat untuk mengetahui tentang kekuatan, jati diri dan budaya Melayu.
"Kewujudannya jelas membuktikan bahasa Melayu adalah salah satu bahasa dunia dan mereka boleh membaca Manuskrip Risalah Hukum Kanun yang ditulis dalam tulisan Jawi.
"Malah pada satu persidangan bahasa baru-baru ini, para sarjana terbabit boleh bertutur bahasa Melayu dengan fasih. Bila ditayangkan, mereka boleh membaca manuskrip dalam tulisan jawi dengan lancar," katanya.
Adi Yasran berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja bertajuk 'Manuskrip Hukum Kanun Aspek Kosa Kata dan Sistem Tulisan Sebagai Wahana Penyebaran Ilmu' pada Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini hari ini.
Beliau berkata, menerusi manuskrip itu bahasa Melayu jelas sebagai wahana penyebaran ilmu dengan kosa kata banyak dalam bahasa Arab kerana undang-undang yang ada dalam kanun itu berteraskan undang-undang Islam.
Sebagai contoh, katanya, mereka memulakan penulisan atau pembicaraan dengan bismillah yang membuktikan orang Melayu tidak pernah memisahkan jiwanya dengan Islam.
"Kita juga dapati bahasa Melayu sentiasa berkembang dan sedia menerima perubahan demi kebaikan iaitu pada peringkat awal mereka menggunakan waktu sekadar selepas subuh, zuhur, asar dan isyak.
"Tetapi apabila masa berlalu, mereka kemudian menukarnya pada waktu yang tepat iaitu pukul 6 pagi, 2 petang atau 10 malam," katanya.
Mengenai slogan 'Bahasa Jiwa Bangsa', Adi Yasran berkata: ''Ia menterjemahkan tulisan jawi adalah jiwa bangsa Melayu. Jawi melambangkan jati diri Melayu''.
Namun beliau kesal kerana selepas negara mencapai kemerdekaan, tulisan jawi ditukar kepada rumi sedangkan pada abad ke-16, 17 dan 18, bahasa Melayu berada di kedudukan kelima bahasa dunia.
Sehubungan itu beliau berharap kerajaan dapat menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dalam urusan pentadbiran negara sesuai dengan slogan 'Bahasa Kebangsaan Bahasa Kebanggaan' bagi memartabatkan bahasa Melayu di persada dunia. utusan Malaysia
   

bandar tentera darat

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Port Dickson yang terkenal sebagai bandar peranginan dijadikan Bandar Tentera Darat. -utusan malaysia


nota:
istiharkan lah apa saja...bandar tentera darat ke bandar darurat ke...malaysia boleh!

1 malaysia kena kelentong

(laporan bahasa Melayu- petikan Mstar)


KERAJAAN CARI JALAN KURANGKAN PERBELANJAAN -mstar
Kerajaan sedang mencari jalan untuk mengurangkan perbelanjaannya, kata Najib Razak.
Meskipun mungkin terdapat sedikit pengurangan dari segi perbelanjaan operasi, ia tidak akan menjejaskan kecekapan kerajaan, kata beliau pada sidang akhbar selepas diberi taklimat oleh Lembaga Pengarah Bank Negara, di sini, hari ini.

(laporan bahasa Inggeris -petikan Malaysia Insider)
GOVERNMENT TO PUMP RM1BILION MONTHLY TILL 2010 - malaysian insider

The government will spend an extra RM1 billion per month till the end of 2010 in a bid to bolster the country’s economy,i Najib Razak said today.

He added, however, that there might be a slight reduction in government expenditure overall next year. Najib says he was mindful that the budget deficit has to be reined in by making subsidies more targeted to those who deserve it and by expanding the tax base, possibly by reviewing the amount of incentives in the upcoming budget.


nota:
sah... melayu kena kelentong....kena tipu.... kena perbodoh!
sebab melayu mangkok hayun...minta subsidi...
laporan bahasa melayu kata pengurangan  perbelanjaan...
laporan  bahasa inggeris tambahan 1 billion perbelanjaan...
sebab berita bahasa inggeris dibaca bukan melayu..tokan tokey cukong..cukang
1 malaysia kena tipu...satu projek mendangkalkan melayu!
temberang...kelentontong...auta..tipu..tipu...