Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Jumaat, 11 Disember 2009

Harga seorang janda


Dara atau janda, mas kahwin tetap RM300

SHAH ALAM  - Pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan di negeri ini perlu membayar mas kahwin sebanyak RM300 mulai tahun depan.
Kadar baru itu ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengikut perkembangan semasa selepas bayaran mas kahwin kekal RM80 bagi anak dara dan RM40 untuk janda sejak 1978.
Pengarahnya, Datuk Mohamed Kushrin Munawi berkata, pelaksanaan kadar baru itu telah mendapat persetujuan Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Ketua Agama Islam di negeri ini.

Ali Rustam dan Shah Rukh Khan nya...

Kah...Kah..Kah...
Datuk Shah Rukh Khan...
He he he....

Konsert Shah Rukh Khan hari ini batal -(utusan malaysia)

MELAKA . - Hasrat ribuan peminat bintang filem Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan untuk melihat artis pujaan mereka beraksi pada konsert yang dijadual berlangsung esok di Stadium Hang Jebat, Krubong di sini tidak kesampaian kerana ia terpaksa dibatalkan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pembatalan konsert itu disebabkan beberapa faktor termasuk kesibukan aktor tersebut memenuhi undangan konsert selain ketiadaan penaja.
''Kita berasakan tawaran beliau untuk mengadakan konsert di Melaka dibuat pada masa yang singkat. Ingatkan boleh dapat tajaan cepat tetapi penaja juga belum mampu dan Shah Rukh Khan beritahu beliau banyak kerja, jadi, kita tangguh dulu sehingga dapat penaja konsert ini," katanya.

Melayu:
Kesiannya orang melake....
ingatkan member tak sibuk...
rupanye...
i'm sorry....
ha ha ha ha...

Bila bilis dikata jerung

Bilis-bilis dinaiktaraf menjadi jerung..

PUTRAJAYA  – Lebih ramai lagi individu termasuk ‘jerung’ akan didakwa dalam masa terdekat berkaitan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, seorang lagi iaitu jurutera Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB), Law Jenn Dong merupakan individu yang bakal dihadapkan ke mahkamah Isnin ini.




“Ini baru permulaan, apa yang telah diselesaikan (siasatan) akan diteruskan untuk kesalahan-kesalahan lain dan bukan bermakna dengan mendakwa tiga atau empat orang ini maka kes tutup.

Di Mahkamah Sesyen Klang hari ini, tiga individu didakwa iaitu bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datin Paduka O. C. Phang; Ketua Eksekutif KDSB, Steven Abok dan seorang arkitek, Benard Tan Seng Swe.

ah...segarnya...

Bila sudah berada ditanahair sendiri...
bercuti segarkan minda
negeri orang memberi ilham...
cuaca dan suasana mempersona
indahnya bumi tuhan...

Melayu:
New Zealand bersih cantik dan nyaman.....